Ilmu Reverse Diabetes Obesiti

Ilmu Reverse Diabetes Obesiti

Ilmu Reverse Diabetes Obesiti ? sihat semula melalui pembelajaran Intermittent Fasting. Saya timba ilmu di RDO dan ribuan terima kasih kepada doc Ibn Abdullah dan rakan2 yang tak jemu memberikan segala nasihat, beribu orang sudah pulih dari Insulin Resistance. Di RDO jugalah saya mula kenal personaliti2 Low Carb luar negara dan saya belajar lebih detail, supaya saya dapat menyampaikan kepada semua rakan2.

Ilmu Reverse Diabetes Obesiti

Ini semua adalah jasa Admin2 RDO. Tak terbalas budi mereka, hanya Allah yang mampu memberikan ganjarannya.

Saya ingat dan saya sedar dari mana saya dilahirkan kembali sebagai manusia yang bebas dari penyakit. Unfortunately, ada yang belajar dari RDO dan akhirnya keluar memburukkan nama group ini. Sad thing.

Saya buat group PMLS pun saya tak pernah demonize nama RDO. I choose to collaborate. Aim kita tak pernah hanya utk ajar ahli turun berat badan. Ia adalah utk kesihatan metabolik, elak Insulin Resistance, dengan cara yang realistik.

It was never about money.

Tapi dalam melatih coaches kesihatan, saya juga select mereka yang sudah mahir dan layak utk memberikan nasihat suplementasi. Coaches pun nak juga dapat timbalbalik bonus atas usaha mereka. Luckily PMLS platform ada sediakan sistem yang baik sekiranya mereka yang layak benar benar berusaha.

Ini juga tak sepadan dengan apa yang team RDO buat untuk ahli2. They all did it for free. Kalau tanya saya, kita tak layak komen apa2 yang buruk pada RDO team. Seperti kacang lupakan kulit.

Harap kita memahami. Biarkan yang buruk berlalu. Let’s fight for a better future.

Risiko Ketoasidosis

Antara perkara yang sering dimomokkan kepada pengamal LK ialah risiko ketoasidosis!

Namun Doc Ahmad Helmi pernah kongsi kat abang formula DKA iaitu 3 syarat perlu ditepati bagi menentukan ketoasidosis;

  1. D = Diabetik (blood sugar atas 15.0)
  2. K = Ketones (dalam urine)
  3. A = Acidosis (pH darah jatuh) .

Sebagai masta karnivore, katanya “Geng keto ni gula mana ada tinggi dari 7… celah mana DKA nya “

Guys, bukan seorang dua doktor yang ‘admit’ begini, ‘actually’ ramai lagi di group fb Reverse Diabetes/Obesity (RDO) . Tapi itulah, korang tetap pergi ‘refer’ bab IFLK kat taikun gym.

Yang selalu show off menu nasi kandar @ roti garden*a sambil tayang tangki glikogen dorang. Korang dah tentu sakit, dia tue ‘metabolic tolerance’ mungkin mantap lagi.

Lantak korang ler, yang penting peserta abang sentiasa ‘progress’. Abang ‘guide’ ilmu, SOP diet & suplemen yang berkaitan. Bab ubat, biar pesakit & doktor tentukan.

Sorang-sorang berjaya sehinggakan jadi contoh untuk ‘motivate’ pesakit lain. Korang bab ‘buah’ pun bergaduh lagi, hangguk tuii.

Meow Buka Puasa

Apa yang meow makan pada pembuka puasa akan menentukan perjalanan kesihatan pada hari itu.

Makanlah jajan banyak gula,
Bijirin susu jus dan gandum,
Insulin naik menggila gila,
Perut lapar guruh berdentum.

Kalau ubah makan sahabat,
Telur lauk air kosong,
Kenyang lama semakin sihat,
Tidaklah perut menjerit terlolong.

Biarlah jelata mengata ngata,
Kucing rimau biawak singa,
Pentingnya meow sihat sejahtera,
Pedulilah orang mengumpat cela.

Puasa itu dilupa jangan,
Perut meow perlu berehat,
Kerjanya berat berilah kasihan,
Kosongkan ia tingkatkan sihat.

Delve to the side of the Woken
I Have Spoken.

Buat IF Setahun

First photo: 2019. Dah buat IF dari 2018 tapi stuck SETAHUN di angka 83/84kg. Baru nak start journey Lazy Keto dan supplementation.

Second photo: baru seminggu lepas. 72-73kg. Masih buat IF + Lazy Keto sebagai lifestyle, dan pengambilan appropriate supplementation + aktiviti yang sesuai.

I felt the best at 70, tapi relax la. Pernah je kat 68kg tapi rasa macam nak melayang.

Weight loss journey pada sesiapa yang melakukan IF dan Lazy Keto ialah kesedaran kesihatan dan kemampuan badan sendiri. Kurus datang dengan kesihatan tubuh badan. Caranya ialah mengamalkan puasa termasuk IF, pemakanan yang menghindari elemen keradangan, aktiviti sesuai yang mengaktifkan tubuh badan sesuai dengan kehidupan masing masing dan mengelakkan stress.

Kesedaran paling penting ialah TIADA berat ideal utk sesiapa pun. Yang kita cari ialah kesihatan dalaman. Hanya dengan kesihatan dalamanlah kurus itu menjadi bonus, aktif itu menjadi bonus.

Bonus yang paling besar, ialah dengan izin Allah SWT, jauh dari penyakit metabolik dan pulihkan imuniti.

Unlearn-Rethink .
Intermittent Fasting Malaysia
Reverse Diabetes/Obesity (RDO)
PMLS Lazy Keto Club

Otak Rosak Takde Glukos ? Ilmu Reverse Diabetes Obesiti ?

“Takde glucose, boleh rosak otak, boleh rosak badan. Jadi jangan abaikan complex carbs macam kentang, beras perang dsb.”

Saya menyanggah kenyataan ini, kerana saya dapati anda tidak memahami fisiologi manusia dengan sebaiknya. Anda tidak kenal apa itu Gluconeogenesis.

Badan kita boleh convert simpanan lemak dan protein yang ada untuk supply badan kita dengan glukosa sekiranya ia memerlukannya. Badan kita tidak memerlukan banyak glukosa, ia berkisar dalam hanya 4 ke 5 gram setiap masa di salur darah. Keeping it balanced, ialah hormon Insulin, Glucagon, Growth Hormone, Epinephrine dan Cortisol.

Jadi, katakanlah kamu tidak makan sumber karbohidrat, dan kadar glukosa dalam badan kamu rendah. Maka pankreas akan mengeluarkan hormon Glucagon untuk signal hati supaya memecahkan lemak simpanan dalam badan kamu. Lemak kamu terdiri daripada Triglyceride yang mempunyai rantaian glycerol, yang juga ikatan gula. Maka dari situlah glukosa akan didapati.

Protein yang kamu makan juga boleh dijadikan glukosa oleh badan sekiranya ia diperlukan. Rantaian amino acids juga boleh dipecahkan menjadi gula sekiranya badan memerlukannya, dalam kadar selamat. Read this:

https://www.cambridge.org/core/journals/proceedings-of-the-nutrition-society/article/intestinal-gluconeogenesis-and-protein-diet-future-directions/FF126947FE3821C82F4B9ABE368A3E21

By the way, otak kita tidak memerlukan glukosa sepanjang masa. Kajian menunjukkan bahawa sekiranya kita hanya memprioritikan glukosa sebagai sumber tenaga sel otak, maka kita akan menghampiri penyakit Alzheimer iaitu nyanyuk. Otak berfungsi lebih baik dengan Ketone, iaitu satu sumber tenaga yang 3 kali ganda lebih baik dari glukosa. Ia terhasil dari pemecahan lemak melalui berpuasa dan Ketogenic Diet. Read This:

https://alzres.biomedcentral.com/articles/10.1186/s13195-022-00996-8

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6720297/

https://www.dietdoctor.com/low-carb/benefits/alzheimers

Buat IF Lebih Baik

Untuk sahabat2. Sekiranya personaliti itu ‘justify’ pengambilan gula dan makanan mainstream, maka anda buatlah pilihan yang lebih baik. Kami di Intermittent Fasting Malaysia, PMLS Lazy Keto Club , Keto Diet Malaysia dan Reverse Diabetes/Obesity (RDO) hanya menyarankan anda untuk makan REAL FOOD untuk kesihatan anda yang berpanjangan. Kebanyakan orang cari perkara yang sulit dan merenyahkan untuk mencari kesihatan. Kami hanya mengajar anda perkara yang mudah untuk dilakukan.

Kita juga mengajar banyak perkara yang orang tak tau, seperti kenapa kambing tak perlu makan vitamin C, kerana badan kambing memang buat 3 gram ke 5 gram vitamin C sehari. Begitu juga manusia tidak perlukan gula dan karbo begitu banyak kerana badan manusia sendiri boleh buat gula dari non-carb sources. We humans live better utilizing fats and proteins for our primary macronutrition. Geng sado kat luar banyak tak tau benda macam ni, kecuali Coach Ho Yah Wen dan Telemetric Sight. Diorang ni lain breed, I trust them because they are hungry for real Science, bukan Sains zaman batu.

Leave a Reply