Istighfar Kabir

muslim bow

Istighfar Kabir. ISTIGHFAR KABIR (ISTIGHFAR BESAR/AGUNG)

Kalau selama ini kita mengenal sayidul istighfar (raja istighfar), kali ini ada namanya istighfar kabir (istighfar besar/agung) yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya karena memang tidak termaktub/tertulis dalam hadist Nabi, istighfar ini banyak di amalkan oleh mereka penganut Tarekat Ahmadiah Idrisiyah (Syaikh Ahmad Bin Idris).

Istighfar ini juga sebenarnya juga bersumber dari Rosulullah melalui jalur Kasyaf oleh Syaikh Ahmad Bin Idris, yang beliau sendiri Syaikh Ahmad adalah walinya Allah yang tidak di ragukan lagi kejujuran dan ketaqwaanya kepada Allah.

Istighfar Kabir

Makna istighfar sendiri secara harfiah adalah memohon ampun, secara magnawi memohon ampun kepada Allah atas segala dosa yang di lakukan. Kebanyakan dari kita sering lalai ketika membaca istighfar bukan karena tak faham ertinya tapi karena hati tidak mau meresapi makna dari istighfar tersebut dan kerena juga ketika membaca istighfar hati ini tidak sepenuh hati.
Berbagai macam istighfar apakah itu istighfar rajab, istighfar kabir, sayyidul istighfar ataupun istigfar-istigfar lainnya, semuanya itu hakekatnya memohon ampun kepada Allah tidak ada salahnya untuk di amalkan.

Makna

Aku pohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Hidup lagi Mentadbir langit dan bumi,
Maha Pengampun segala dosa, Empunya sifat Kehebatan dan Kemuliaan,
Aku bertaubat kepadaNya dari semua maksiat seluruhnya dan segala dosa dan kesalahan,
Dan dari setiap dosa yang telah aku lakukan, dengan sengaja dan tersalah pada zahir dan batin, perkataan dan perbuatan, pada seluruh gerak geriku, diamku, lintasan fikiranku dan nafasku seluruhnya sentiasa berkekalan,

Dari dosa yang aku ketahui dan dari dosa yang aku tidak ketahui.
Sebilangan apa yang diliputi dengannya ilmu Allah dan yang dicatit oleh kitab dan yang digariskan oleh kalam dan sebilangan apa yang diadakannya oleh kekuasaan Allah dan yang ditentukannya oleh kehendak Allah,

Dan sebanyak dakwat kalimat Allah seperti mana yang sayugia bagi sifat Jalal Zat Tuhan kami dan JamalNya dan kesempurnaanNya,
Dan sebagaimana yang dikasihi oleh Tuhan kami dan Dia redhai.

Ambe Kongsi Satu Rahsia Amalan Selawat Dan istighfar

Mitok mende mende kecik2..mitok hok besor besor dgn Allah Taala..Dia Maha Kaya kang..mcm kite gok rapat dgn agung xkan mitok tanoh satu lot mitok ratus ekar teruss..doh die kaye kang..mcm Allah jgk Dia maha kaya mitok besor besor lagi Dia suke lagi Dia maroh kalo x mintok dgn Dia..mitok besor2 dalam Doa tu

Same jgk bab istighfar ade hok penghulu istighfar…ade istighfar kabir(istighfar besor)..ade selawat azimmiyah selawat agung sape bace ni besornye pahala dan khsiatyer tobak ah..amal ah..link ambe beri doh tu..tunggu tekan dan buke je…selawat ni ramai doh dok beramal lening..hok para wali wali je amalan bawoh ning..hok beramal awok terpilih je tu..bace sehari 10x ke 100x.besor doh tu deh

Selawat tibbil Qulub..selawat sembuh penyakit..orang hok ade masaloh hati..masaloh dunia mcm2.la..masaloh hubungan dgn manusia..dengki ke ape..bace hok ning..mahal bos ni ayat die..bace dan aamal pahtu tekang share..dok like pun dakpe..sebab matlamat ilmu nok sebor bile baik dan soheh

ISTIGHFAR KABIR (KUNCI PENYELESAIAN SEGALA MASALAH)

Kelebihan
1. Memperoleh keampunan dari Allah Subhanahu wa Ta‘ala atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.
2. Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.
3. Mendekatkan diri kepada Allah kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada Allah dan untuk mencapai keredhaanNya.
4. Memperolehi perlindungan dari Allah daripada tipu daya serta hasutan syaitan.
5. Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh Allah.

6.Diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.
Jadikan saat-saat sebelum terlena ini sebagai ruang muhasabah diri dengan Ilahi.
Semoga kita sentiasa mendapat redha Allah dalam apa yang kita lakukan dan di mana sahaja kita berada.
Semoga kita mendapat manfaatnya
Assalamualaikum dan selamat pagi..

7 ZIKIR NI SAYA TAK TINGGAL BACA SETIAP HARI

Ada yang nak tahu, ‘ustaz setiap hari amalkan zikir apa?’
Saya nak share amalan kecil kami. Tak banyak mana pun tapi inilah 7 zikir ‘wajib baca’ yang sebolehnya saya takkan tinggal baca setiap hari :
1. Zikir terbesar : Baca Al-Quran (mengaji)
2. Zikir agar diampuni dosa & bersihkan hati : istighfar kabir
3. Zikir yang buatkan kita dijaga (protect) Ilahi : Ayat Kursi
4. Zikir untuk beratkan timbangan Mizan : Subhanallahi wabihamdih, subhanallahil Azim
5. Zikir agar mudah dapat anak kunci syurga : La ilaha illallah
6. Zikir mudah dapat syafaat Rasul : selawat
7. Zikir supaya Allah sukai kita : Subhanallah, alhamdulillah, la ilaha illallah, Allahu Akbar

Kenapa saya jaga betul-betul baca zikir-zikir ni?
Sebabnya tuan puan semua, dengan menjaga zikir inilah, hidup saya lebih bahagia. Dengan tak tinggal zikir inilah banyak masalah dapat diselesaikan. Dengan kerap berzikirlah, banyak pintu rezeki Tuhan buka untuk kami sekeluarga.

ISTIGHFAR WITH MUSIC

Semua kita melakukan kesalahan, saya melakukan kesalahan.. Anda melakukan kesalahan… Namun tidak menjadi suatu keaiban pun kita mengakui kesalahan kita dan memohon kemaafan, bahkan akan mengangkatkan lagi darjat kita disisi Allah dan manusia..

Perhatikanlah hadis Nabi SAW :
” setiap anak Adam itu pendosa, dan sebaik2 pendosa ialah mereka yang bertaubat “

Jadi, dengan penuh rendah hati saya memohon maaf andai ada salah silap dan menyakitkan hati sahabat2 khususnya sahabat2 salafi baru2 ini, menjawab tentang amalan mujarrabat habib …
Saya juga manusia biasa, terkadang tak mampu nak menahan kemarahan apabila guru dicerca dihina.. Jadi, saya harap kosong2 lah guys….??

Sama2 kita baca alunan Istighfar Kabir ini, memohon keampunan bersama-sama…
** special thank you kepada penganjur / orang yang sponsor video ini iaitu kak Puteri Mas … Semoga dimurahkan rezeki akak dan family, serta bercurah-curah pahala Allah berikan sehingga hari kiamat **

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply