Isu Viral Profesor Roshana Takim

Isu Viral Profesor Roshana Takim

Dengaqnya Kerja Tanpa Gaji.

1. Netizen kalau buat kerja memang laju. Satu Malaysia bash Prof ni bila viral video dia marah seorang pelajarnya. Simpati bertali arus kepada pelajar lelaki berkenaan. Bila dah viral, macam macam maklumat yang sampai kepada kita sama ada positif mahupun negatif. Saya kongsikan sedikit perkongsian maklumat, sama ada sahih atau tidak, wallahualam.

2. Kejadian berlaku dah lama. Prof tu dah bersara, dan pelajar tersebut pun telah bergraduasi. Prof ni memang jenis ‘mulut laser’ dan garang. Tapi hati dia baik. Itu penanda aras yang bekas2 pelajarnya katakan.

3. Maklum balas daripada majoriti bekas pelajar beliau, semua memuji sikap dan komitmennya kepada anak bangsa beliau di UiTM. Dan, khabarnya, selepas dia marah pelajar berkenaan, dia juga belikan laptop untuk pelajar tersebut dan juga bantuan zakat. Hebat kan?

4. Selepas bersara, beliau terus mengajar tanpa gaji. Kata kawan2 pensyarah, notice tak kat title tu ada tulis khas. Tu maknanya dia takde gaji, cuma beliau boleh guna title Prof dan guna facilities Universiti. Punya lah nak tengok anak melayu berjaya, dia kerja tanpa gaji. Kalau kita? Ermmmm..

4. Dan Prof ni pun pencapaian dia bukan alang alang. Banyak kejayaan dan kajian ilmiah beliau yang sukses terutama dalam bidang kejuruteraan. Dan UiTM sebagai sebuah Universiti berteraskan melayu dan B40, beruntung dapat menggunakan kepakaran beliau.

6. Silap Prof ni cuma dia sentuh B40 je. Namun, itu bukan sebuah pemberitahuan umum pun. Ia hanya dalam kelas beliau. Cuma tak tahu kutu mana yang pi rakam dan viralkan. Cuma, proses membasmi kemiskinan ini bukan sebuah proses yang mudah. Kemiskinan adalah dinamik. Ia sentiasa bergerak. Setiap hari akan ada orang miskin.

7. Kadang2 B40 yang nak memohon bantuan ni pun, ayat2 mereka lebih pedih daripada ayat Prof ni. Contoh paling mudah, KWSP. Sewaktu PM belum umumkan yang baru baru ni, apa netizen tak kata dan maki pada PM? Cuma sebab netizen tu bukan Profesor, bukan seorang selebriti umum, maka nampak macam tak salah dan bebas bersuara lah.

8. Saya mengzahirkan simpati kepada Prof Roshana ini. Mesti dia sekeluarga tertekan emosi dan fizikal bila tiba tiba jadi tumpuan ramai dari semalam. Moga beliau kuat dan terus halalkan ilmu yang beliau curahkan kepada anak bangsa beliau. Setiap orang berbeza. Ada yang keras, ada yang lembut. Ada yang nampak sopan, ada yang nampak kurang ajor. Yang penting niat dan output mereka.

9. Saya tidak memihak mana mana. Dua2 ada salah. Cuma sedikit lebih adil penilaian kita kepada jasa-jasa Prof tu untuk anak anak kita di UiTM.

Perkongsian : Anggun Tg Malim

Leave a Reply

%d bloggers like this: