Jana Duit Dengan AI

Jana Duit Dengan AI

5 IDEA JANA DUIT DENGAN AI. AI atau kecerdasan buatan ni memang teknologi tengah hot demand sekarang ni. Actually AI ni dah lama, cuma sejak ChatGPT wujud, semakin ramai yang mula nak belajar mengenai AI ni

Posting ni saya share 5 idea bisnes korang boleh buat untuk tambah extra income dengan wave AI ni. Here we go

1) Buat Kelas Berbayar

ChatGPT ke, Midjourney ke atau apa tools lain orang nak belajar korang boleh ajar, memang boleh buat duit. Tak susah pun nak belajar kalau korang dah dalam bidang ni, buat modul dan boleh buat kelas. Charge RM50-100 kalau ajar basic dapat 50-100 orang dah 2500-10k extra siapa nak bagi kan?

2) Jual buku/video panduan

ebook atau video ajar step by step ni pun boleh make money. Berbeza cara pertama, ini kerja sekali buat boleh income berkali kali. Tips dia jual yang murah murah harga marhaein lepas tu dah ada database bolehlah upsale seterusnya kelas ke or personal coaching ke dan lain lain

3) Meningkatkan produktiviti sedia ada

AI ni untuk bantu kita. Team saya ada buat service untuk tulis blog SEO, dengan ada AI ni setiap writer boleh tulis lagi laju. Bukannya copy paste terus apa yang AI bagi tapi idea itu yang akan membuatkan writer mudah nak dapatkan idea menulis. Sebelum ni hanya amek 3 client per month sejak ada AI ni boleh amek 5-6 client dengan writer yang tak bertambah.

4) Buat freelance AI application

AI tools dah banyak API yang mana boleh sambungkan dengan system korang. Nak buat ni tak ramai yang boleh buat jika tak belajar coding. Jadi kalau korang programmer bolehlah ride wave ni dengan tawarkan one off service kepada yang memerlukan

5) Buat start up AI Based

Ini yang tak ramai nak buat. Sedang hot dengan AI ni, sepatutnya kalau korang ada plan nak buat start up or venture into new business, developlah satu produk AI dan jadikan ia produk/service boleh dijual. Kos nak set up maybe mahal tapi VC and angels memang looking forward untuk invest start up yang ada AI based ni

Ramalan Jack Ma tentang 30 tahun akan datang (Bahagian 1).

Dalam satu temuramah, beliau berkata:

1. Revolusi teknologi ketiga berlaku seiring dengan dunia digital dan internet tanpa sempadan.

2. Artificial Intelligence (AI) / robot / mesin berkembang dengan pesat di seluruh dunia.

3. Sekiranya latar belakang pendidikan seseorang tidak berinovasi dan kreatif, manusia akan kehilangan kerja kerana diambil alih oleh mesin.

4. Berikan fokus kepada usaha globalisasikan bisnes atau pekerjaan kerana manusia tidak boleh bergantung kepada bisnes dan pekerjaan lokal sahaja.

5. Cara terbaik untuk mencipta peluang pekerjaan adalah dengan membantu bisnes kecil menjual produk tempatan ke luar negara melalui internet. Persiapan awal mestilah dilakukan sekarang.

6. Manusia akan mula bekerja 4 jam sehari dan 4 hari seminggu.

7. Manusia akan dapat travel lebih banyak negara.

Travel Satu Dunia

8. Jack Ma travel ke serata dunia untuk memberi tahu kerajaan dan pimpinan negara agar “moving fast!” Jika mereka tidak bergerak laju, masalah akan berlaku. Jika kita melihat sesuatu sedang muncul, kita mesti bersedia dari sekarang.

9. Apabila ditanyakan apakah mesin akan mengatasi manusia? Beliau menjawab: “Tidak, manusia akan menang. Mesin sangat bagus pada ‘knowledge’ tetapi manusia sangat hebat pada ‘wisdom’.

10. Oleh sebab itu, beliau sentiasa mengingatkan kerajaan agar memberikan perhatian serius kepada sistem pendidikan bagi mengembangkan ‘wisdom’ manusia. Mesin / AI hanya ada ‘intelligence’ dan ‘smart’ tetapi manusia ada ‘wisdom’.

11. Wisdom adalah tentang pengalaman hidup.

12. Smart people (AI) tahu apa yang mereka mahu. Wise people (human) tahu apa yang mereka tidak mahu.

13. Manusia perlu mencipta mesin dengan ‘memberi minum’ data. Tanpa data, ‘innovation society’ menjadi mustahil.

Kepimpinan Negara

14. Ali Baba percaya bahawa data sangat penting pada hari ini untuk kehidupan manusia pada masa depan. Dengan data manusia boleh mengenali kehidupan dengan lebih baik untuk masa depan.

15. Data boleh meningkatkan status kehidupan manusia dan meningkatkan kualiti mesin untuk memastikan mesin boleh melakukan kerja dengan lebih baik untuk menyokong manusia selain mencipta peluang kerja.

16. Dengan data yang ada, beliau percaya AI / mesin tidak akan mempunyai ‘wisdom’ seperti manusia.

17. Wisdom daripada hati dan intelligence daripada otak. Kita sentiasa boleh buat mesin belajar pengetahuan baru tetapi sangat sukar untuk mencipta mesin mempunyai hati seperti manusia.

18. Mustahil untuk kita mencipta mesin yang sama seperti manusia. Kita hanya perlu pastikan bahawa mesin boleh melakukan perkara yang manusia tidak boleh buat. Jana duit dengan AI.

Interview Dengan AI

Saya baru lihat satu interview calon undi bercakap mengenai Ai (Artificial Intelligence) dalam CCTV Surveillance untuk mengurangkan kemalangan

Kalau tanya saya antara CCTV dengan makan, saya pilih makan. Isu makan isu survival yang lebih penting. Food bank, food security dan juga kenaikan harga barang mentah (especially sumber protein)

Kita perlu solve problem ni dulu

Dalam isu makan, kita lebih banyak import dari eksport. Sumber input untuk pertanian dan penternakan saja kita dah kalah

Tanaman seperti jagung, pembuatan dedak dll perlu dikembangkan. Fokus 2 penggal perlu diutamakan ke sektor ini dan menggunakan teknologi secara meluas

This is not the time to seek balance. This is the time to take risk to make big decision

Tahun depan ekonomi bukan calang calang punya keadaan. Banyak bisnes akan gulung tikar, pekerjaan berkurangan, orang hilang kerja, harga barang naik serta kejatuhan nilai matawang

Bukan itu saja, saya mendapati Pokok Hemp (Cannabis) adalah satu sumber kekayaan baru. 1 Tan production boleh mencapai sekitar 8 Juta USD perolehan

Pada saya, sepatutnya kita tanam pokok ni semalam. Bukan esok, bukan lusa

Semakin banyak negara yang legalkan penggunaan hemp @ cannabis sebagai perubatan. Kenapa kita masih perlu tunggu lagi?

Ini sumber kekayaan baru. Ada 3 bahagian yang kita boleh tackle

a. Production (tanaman)

b. Manufacturing (end-product)

c. Distribution (eksport/penjualan)

Cuba bayangkan jika negara kita ambil bahagian dalam production?

Dengan 100 tan satu bulan maka Malaysia akan mencipta 800 juta USD setiap bulan

Tahukah anda, di Thailand kerajaan berikan pokok percuma untuk anda tanam di rumah? Dan mereka beli semula dari anda sebagai pendapatan isi rumah

Ini baru kerja orang bijak

Jadi untuk itu, saya lebih cadangkan untuk bawa teknologi Artificial Intelligence secara meluas dalam pertanian dan penternakan di Malaysia

Product is ready. Technology is ready

Siapa boleh panjangkan hasrat saya kepada kerajaan?

Coach Rizwan

Peneraju Ekonomi Digital Malaysia. Jana duit dengan AI.

Leave a Reply