ANGGUR

Peluang Untuk Penganggur

Jeff Bezos Amazon

Jeff Bezos Amazon

TAK NAMPAK HASIL WAKTU MULA ITU NORMAL.
.
Jeff Bezos mulakan Amazon tahun 1994. Amazon catat kerugian Dan Amazon mula buat keuntungan pertama pada tahun 2003, 9 tahun lepas Jeff Bezos bermula. Dan 24 tahun lepas Jeff mulakan Amazon, dia jadi org terkaya di dunia.

Amazon bermula sebagai tempat jualan buku secara online. Senang cerita, kalau Amazon hari ini masih jual buku sahaja, besar kemungkinan Amazon akan masih tak mungkin buat untung lebih 100 juta dan mustahil Jeff akan jadi orang terkaya di dunia. Beliau tak putus asa dan mula pivot kepada buat marketplace yang boleh jual semua benda. Dan sebab beliau tak putus asa, dan ubah bisnes beliau, hari ini Amazon merupakan antara syarikat gergasi terbesar di dunia, dan Jeff merupakan antara orang terkaya di dunia.
.
Kisah saya sendiri ramai yang lupa yang kejayaan yang kita dapat bukannya kejayaan segera :

1. Saya belajar sendiri hampir 2 tahun sebelum beli rumah saya yg pertama.
.
2. Saya pakai motor sahaja hingga dah beli rumah ke 13.
.
3. Saya dapat untung hampir RM2 juta selepas harga rumah naik 8 tahun lepas saya mula melabur.
.
4. Saya dapat rasa nikmat untung banyak sebab property bullrun hanya 8 tahun lepas saya melabur.
.
5. Hari ni kumpulan FAR Capital merupakan pembeli terbesar di Malaysia, dan mempunyai lebih 15,000 klien. Hari ni baru boleh merasa beli rumah pada diskaun lebih 50%, selepas 8 tahun kami mulakan FAR Capital. Dulu nak dapat diskaun 15% pun susah. Hari sebab kita beli banyak, tak susah nak dapat diskaun 30k hingga 200k lebih dari orang luar.

Kesimpulannya kawan-kawan, tak apa kalau kita tak nampak macam kita berjaya untuk 5 tahun pertama. Sebab great things memang akan ambil masa. Dan ini punca kenapa tak ramai yang boleh berjaya sebab mereka give up cepat sangat bila tahun pertama-kedua tak nampak hasil. Tak kira la industry atau pelaburan apa pun.

Rahsianya mudah sahaja. Sengsara dan kerja keras dulu hari ini, supaya kita boleh enjoy 6 – 10 tahun dari skrg. Siapa yang sanggup buat benda ni akan berjaya, tapi berapa ramai je kan yang sanggup buat?

Selamat hari raya korban semua. 🙏❤️

Leave a Reply

%d bloggers like this: