Jeruk Madu Bawang Putih

jeruk madu bawang putih

JERUK MADU BAWANG PUTIH. Madu lebah Tualang original sememangnya enak bila dicampur dalam jus minuman, masakan, atau ramuan herba.Salah satu minuman traditional yang popular dikalangan masyarakat Melayu dan dunia adalah Jeruk/Acar Madu Bawang Putih.Atau orang putih sebut, 𝘧𝘦𝘳𝘮𝘦𝘯𝘵𝘦𝘥 𝘨𝘢𝘳𝘭𝘪𝘤 𝘩𝘰𝘯𝘦𝘺.

MANFAAT

Bawang putih dan Madu Tualang mengandungi sebatian antioksidan yang sangat tinggi. Bahan kimia sihat ini membantu mengimbangi sistem imun anda dan mencegah wabak penyakit.

Bawang putih digunakan secara tradisional untuk merawat selesema dan batuk. Ia juga dilaporkan dapat meningkatkan sistem imun dan membantu mengurangkan gejala asma.

Ubat tradisional Arab mengesyorkan bawang putih untuk membantu merawat penyakit jantung, tekanan darah tinggi, artritis, sakit gigi, sembelit, dan jangkitan kuman/virus.

Menurut kajian perubatan, bawang putih membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan strok dengan: menurunkan tekanan darah tinggi, menurunkan kolesterol tinggi, mencegah pembekuan darah terlalu banyak (𝘣𝘭𝘰𝘰𝘥-𝘵𝘩𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨), mencegah saluran darah yang mengeras atau kaku.

Satu kajian makmal dari sumber dipercayai mendapati bahawa kombinasi bawang putih dan Madu mampu menghentikan beberapa jenis bakteria daripada tumbuh. Kajian ini menguji setiap makanan tersebut secara berasingan dan kombinasi. Para penyelidik mendapati bahawa bawang putih dan madu kedua-duanya dapat membunuh bakteria ketika diuji sendiri. 𝗠𝗮𝗻𝗮𝗸𝗮𝗹𝗮 𝗸𝗼𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴 𝗽𝘂𝘁𝗶𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗱𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗳𝘂𝗻𝗴𝘀𝗶 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸.

Kombinasi bawang putih dan Madu dapat memperlambat atau menghentikan pertumbuhan bakteria penyakit termasuk radang paru-paru dan keracunan makanan.Ini termasuk 𝘚𝘵𝘳𝘦𝘱𝘵𝘰𝘤𝘰𝘤𝘤𝘶𝘴 𝘱𝘯𝘦𝘶𝘮𝘰𝘯𝘪𝘢, 𝘚𝘵𝘢𝘱𝘩𝘺𝘭𝘰𝘤𝘰𝘤𝘤𝘶𝘴 𝘢𝘶𝘳𝘦𝘶𝘴 dan 𝘚𝘢𝘭𝘮𝘰𝘯𝘦𝘭𝘭𝘢.

Kajian makmal lain menunjukkan bahawa kombinasi bawang putih dan madu bahkan dapat menghentikan jenis jangkitan bakteria yang tidak dapat diatasi dengan ubat antibiotik!

CARA PERAM BAWANG PUTIH DAN MADU

1. Boleh guna bawang putih di dapur atau bawang putih tunggal.

2. Letakkan bawang putih yang dikupas dalam balang yang bersih dan steril.

3. Sterilkan balang kaca dan penutup dengan mendidihnya ke dalam air.

4. Tuangkan madu ke atas bawang putih dan kacau hingga sebati.

5. Pastikan bawang putih ditutup sepenuhnya dengan madu. Sisakan sedikit ruangan pada balang supaya madu tidak meleleh keluar.

6. Tutup balang dan biarkan selama 3 hari.

7. Buka balang untuk mengeluarkan gas.

8. Sekiranya anda melihat gelembung kecil di dalam madu, itu bermakna bawang putih dan madu sudah mula berfermentasi.

9. Tutup dan biarkan selama sekurang-kurangnya seminggu sebelum menggunakannya. Sebaiknya adalah 1 bulan, baru sedap dimakan begitu saja.

10. Boleh tahan sehingga 2 tahun.

SUKATAN PENGAMBILAN

Pencegahan:
Cukup 1 sudu teh Madu per hari.

Rawatan:
1 – 2 ulas bawang putih 2 kali sehari.

Sumber: Jabatan Penyelidikan Quadmeds

Khasiat dan Kebaikan Cengkih

Cengkih merupakan salah satu rempah yang sering digunakan sebagai perencah masakan. Mampu membuat masakan menjadi lebih wangi. Meskipun bentuknya kecil namun khasiatnya sangat besar, termasuk dapat merawat beberapa penyakit. Antaranya;

1. Kolera dan meningkat Denyutan Jantung

Bahan: Bunga cengkih yang sudah kering

Cara: Dikunyah, dihisap airnya, dilakukan setiap hari. Minyak cengkih dapat memperkuat lender usus dan perut serta menambah jumlah darah putih.

2. Campak

Bahan: 10 Biji bunga cengkih dan gula batu

Cara: Bunga cengkih direndam dalam air masak semalam, kemudian ditambah dengan gula batu dan kacau rata. Diminum sedikit demi sedikit

3. Menghitamkan Alis Mata

Bahan: 5-7 biji bunga cengkih kering dan minyak kemiri.

Cara: Bunga cengkih dibakar hangus, kemudian Ditumbuk sampai halus dan ditambah dengan minyak kemiri secukupnya. Disoleskan pada alis mata setiap pagi

4. Sakit Gigi

Selain mengurangi rasa sakit pada gigi dan gusi, cengkih juga mengurangi infeksi kerana sifat antiseptik. Selain itu, minyak cengkih juga bermanafaat mengurangi rasa sakit gigi berlubang.

Cara: Rebus segelas air, kemudian tambahkan beberapa butir cengkih. Setelah ramuan tersebut dingin, berkumurlah secara perlahan.

5. Gangguan Pencernaan

Cengkih membantu system kerja aliran enzimatik dan meningkatkan fungsi pencernaan. Ia digunakan dalam berbagai bentuk mual perut dan gangguan pencernaan (dyspepsia).

6. Mual

Pengambilan serbuk cengkih goreng dicampur dengan madu dapat secara berkesan mengawal muntah. Tindakan lalian (anesthesia) cengkih membantu menangani nyilu perut dan juga menghentikan muntah-muntah.

7. Batuk

Gejala batuk berkahak juga boleh ditangani dengan pengambilan cengkih.

Cara 1: Ambil beberapa butir cengkih dan sejemput garam dapur. Kemudian kunyahlah kedua-duanya secara bersama. Cara ini dapat memudahkan pengeluaran kahak dan juga mengurangkan rasa gatal pada tenggorok.

Cara 2: Kunyah beberapa butir cengkih yang dibakar.

8. Stres (Tekanan)

Cara: Didihkan air dengan daun kemangi, daun pudina dan cengkih. Gunakan air rebusan ini sebagai minuman teh hitam dengan menambah sedikit madu.

Khasiat Anggur Hitam

1. Ginjal

Anggur hitam merupakan makanan sihat untuk ginjal. Oleh itu, anggur bermanfaat untuk kesihatan penderita sakit ginjal serta radang sendi.

2. Pankreas dan Diabetes

Makanan sihat untuk pankreas dapat membantu mengurangkan kadar gula darah yang tinggi. Selain itu turut bermanfaat untuk pesakit diabetes.

3. Penyakit Jantung

Buah anggur sangat bagus untuk pesakit jantung. Ini kerana tahap oksida nitrat di dalam darah akan meningkat ketika anda memakan anggur hitam

Seterusnya bermanfaat untuk mencegah pembekuan serta mengurangkan risiko penyakit jantung.

Antioksidannya juga dapat membantu menghentikan pengoksidaan kolesterol.

4. Gangguan Ginjal

Dapat membantu menyingkirkan asid yang berlebihan pada fungsi ginjal. Oleh itu ia dapat mengurangkan gangguan yang berlaku pada sistem tekanan ginjal.

5. Pencernaan

Selama ini mungkin anda kerap kali mengalami gangguan pencernaan contohnya perut kembung, sembelit serta kerap membuang air besar.

Dengan kerap memakan anggur hitam masalah perut serta pencernaan dapat diatasi kerana anggur hitam mengandungi gula dan selulosa.

6. Mengurangkan Keletihan

Sekiranya anda banyak beraktiviti maka keletihan akan dirasai. Keletihan boleh diatasi dengan mendapatkan rehat yang secukupnya. Jus anggur hitam akan membantu anda dalam menghilangkan keletihan kerana kandungan zat besinya yang tinggi.

7. Migrain

Migrain merupakan penyakit yang sering menyerang bahagian kepala (sakit sebelah kepala). Sekiranya anda mengalami keadaan seperti ini minumlah jus anggur pada setiap pagi tanpa tambahan air yang membantu penyembuhan migrain secara semula jadi.

8. Asma

Cuaca sejuk dan alergi debu merupakan faktor yang sering terjadi serta menjadi punca kepada serangan asma. Ia kerap kali menyerang kerana berlakunya penyempitan di bahagian saluran pernafasan. Anggur hitam dapat membantu mengurangkan gejala asma mahupun sesak nafas.

9. Kanser Payudara

Dalam sebuah kajian menunjukan bahawa anggur yang berwarna hitam dapat membantu mencegah kanser payudara serta mengurangkan jangka masa tumor payudara.

10. Antibakteria

Anggur hitam memiliki kandungan antibakteria serta antivirus yang sangat kuat. Sekiranya anda kerap mengamalkan makan anggur hitam dapat membantu melindungi tubuh daripada jangkitan yang merbahaya.

Selain dari rase yang sedapp anggur hitam nie banyak khasiat nye. Kak Ya kalau makan nie tak cukup setangkai

Nak lagi info sihat jom follow Leha Yusuf .

Khasiat Pokok Mempelas

Setelah melihat pos seorang daripada sahabat kita yang bertanyakan mengenai pokok mempelas atau sepelas, saya tertarik kepada komen-komen yang menyebut khasiat perubatan tumbuhan tersebut dari akar, daun sehingga batangnya. Saya peminat perubatan tradisional yang berasaskan herba, jadi sempatlah saya salin dengan gigihnya petua berkenaan. Nama saintifiknya ialah Tetracera scandens.

Antara khasiat dan kegunaannya:
membersihkan periuk belanga, tembaga, melicinkan kayu,

Bersihkan kuku yang kotor,

Mengubati kurap disapu bersama minyak tanah,

Mengubati batu karang di dalam buah pinggang dengan diminum air rebusan daunnya,

Memegang belut semasa disiang,
Pucuknya ubat buasir, sakit sendi

Air batangnya diminum untuk mengubati athma,

Cuci kulit siput dan kerang,
Ubat kencing manis, darah tinggi dengan air daun yg diblend,

Letak dalam nasi ulam,

Buang lumpur dari siput sedut dengan diramas daunnya untuk dibuat cucian,

Akar untuk membersihkan pundi kencing dan buah pinggang,

Digunakan untuk memeram buah ciku sebab daun mempelas bersifat panas,

Ubat gastrik dan demam, diminum air batangnya

Lilit pada pokok yang tidak berbuah supaya berbuah.

Yang paling menarik petua untuk mengelakkan kecederaan ketika kaki tergesel pada batang pokok mempelas, membuat bunyi seperti suara kerbau.

Mungkin ada yg tertinggal tolong tambah.

Di samping, itu kalau dilihat di dalam website berkenaan tumbuhan ini, banyak lagi khasiatnya. Di Indonesia pucuknya digunakan untuk mengubati gigitan ular. Di Vietnam akarnya digunakan sebagai ubat gout.

saintifik ialah hasil daripada kajian yg berulang-ulang. jadi sekiranya petua menggunakan pokok sempelas ini telah melahirkan kesan yg sama pada setiap kali menggunakannya maka itu bererti terbuktii secara saintifik.

Leave a Reply

%d bloggers like this: