Kalau Dah Jodoh ? Perlu Tak Usaha Cari Pasangan ?

Kalau Dah Jodoh ? Perlu Tak Usaha Cari Pasangan ?

Pernah dengar tak benda nih, kalau dah jodoh tak kemana, kalau bodoh pun tak kemana? tak pasal pasal bodoh pulak, ini jodoh weih. Hahhaa, ada orang sampai salahkan tuhan, katanya tak temukan jodoh beliau. Memang ada orang yang sukar nak kahwin. Tadi baru je aku baca, Stephen Chow pilih untuk tidak kahwin, hahaha, hadoi. Banyak duit pun, payah jugak. Jadi, aku nak cerita pasal bertemu jodoh ini. Best tak ?

kalau dah jodoh

Cara Dulu : Pilihan Mak Ayah

Hooo, zaman dulu nih, lagi payah, anak perempuan kena lah ikut cakap ayah. Kalau ada orang yang masuk meminang, lepastuh ayah terus setuju, jawabnya kenalah terima, tanpa banyak tanya. Itu terjadi kepada family mertua aku.

Diceritakan oleh wife aku, mak memang sekolah best, tapi tak masuk universiti, sebab dah ada orang masuk meminang, jadi jawabnya, terus kahwinlah. hahaha.

Kawan Rekomen

Hada pulak yang kengkawan, rekomen, kenen kenen. hahaha, ini pun terjadi kepada kengkawan jugaklah. Rasanya Nurul dan Akmal, direkomenkan oleh Atie dan Ober, hahahah. Best jugak tuh.Kakak ipar, tauke mumsluv pun , bertemu jodoh, sebab ada orang tolong temukan. hahaha, best tak ?

Ada Ke Perkhidmatan Temukan Pasangan ?

Zaman makin canggih, kau tahu tak, kat negara moden sana, memang ada pakar matchmaker. Siap ada sijil semua. Depa memang pakar, temukan kau dengan orang yang mungkin sesuai dengan kau, dan depa usaha supaya kau dapat kahwin. Hahhaa, power tak.

Nak lagi power, kat Malaysia ni, ada seorang insan, yang rupanya dah lama buat kerja nih. Hahhaa, power siut, cuba kau buka LunchActually, hahaha insan hebat bernama Violet Lim nih, pakar, memang belajar dan ada sijil dalam bidang bertemu jodoh nih. Hhaha, power weih. 

Jodoh Kena Usaha.

Apapun, kalau kau rasa betul betul nak kahwin, kau usaha sebaiknya. Kalau kau rasa pilihan mak bapak kau tuh macam kuno sangat, why not kau cuba cara moden nih. Hahahha, usaha usaha, yang buka hati ni kerja tuhan.

Apa lagi lelaki nak?

Dapat wanita hot dan cantik pun bercerai. Ini tanda walau anda cantik macam mana pun, Kebanyakan lelaki tak pernah puas.

Dah la kaya, Cantik pula tu, Dah la cantik, Hot lagi, body solid, Duit banyak, Full package. Dari atas sampai bawah tip top. So ini contoh untuk anda.

Cantik² sangat pun bukan Jaminan laki tak lari, Kalau nak buat hal dia tetap buat hal. Ketat macam balang kuih mak kau pun tak bermakna. Apa pun jodoh tu di tangan Tuhan, Tapi kalau Tuhan dah sampaikan pada tangan kau dan kau bodoh tak jaga pun tak jadi juga, Jodoh kena cari, Ia tak datang berlari.

So cari. Cari yang betul², First, Second, Third marriage tak jadi bukan petanda kau malang, Someday somehow there will be someone who truly worthy.

Dan Talak bukan satu penghinaan.

Tapi talak mengangkat Darjat wanita, it means you stand for something, sama ada maruah diri atau kualiti kehidupan yang lebih baik, Jauh lebih baik dari hidup dengan jantan pemalas atau tak guna. Wanita akan jadi hina dan bodoh kalau terlampau setia dengan lelaki, Hidup di takuk lama dan pengaruh lelaki tak guna.

Duit bukan segalanya, Harta pun bukan, Kalau hidup tak happy then apa pun tak jadi… Life is Short, You need to stand up and fight.

Bagi lelaki yg masih cari jodoh

saya nak share 1 benda yg saya tak pernah cakap kat orang pun. Sebenarnya korang tak perlu susah payah sangat nak cari jodoh ni. Usaha kena ada. Tapi tak perlu try hard sangat.

Korang yakin satu benda je. Korang kena fikir “ada orang suka kat aku”. Benda ni bukanlah magic. Ia satu statement yang bagi kita mental state yang BEST pasal diri kita sendiri.

Pabila kita rasa positif pasal diri kita sendiri, orang bercakap dan tengok kita pun rasa seronok. Opkoslah bukan sekali jumpa terus jadi.

Korang kena konsisten sampai jumpa the right one. Abang (sebab dah kawen) pun kena jumpa oramai orang baru lekat. Ia bukan magic. Ia adalah pasal yakin pada diri. Pabila kita yakin, cara kita cakap dengan orang pun lain.

Orang mudah tertarik. Benda ni bukan eksklusif utk orang hensem je. Tak hensem takpa, janji confiden. Sebab tu korang akan jumpa, laki tak hensem mana pun tapi awek dia fuhhh.

Sebab ia bukan pasal hensem, tapi pasal confiden. Benda ni bukan untuk jodoh je tau. Boleh digunakan juga dalam bisnes dan kehidupan.

Elemen Alam Mencari Jodoh ?

Tanah dgn tanah tak sesuai, tanah sesuai dgn air…api dgn angin tak sesuai, api sesuai dgn air…Anak sulung tak sesuai utk berkahwin dgn anak sulung…anak sulung kena cari anak bongsu…baru serasi, baru jodoh panjang…kalau dah jodoh

Percaya tak dgn kaedah menentukan keserasian jodoh sebegini? Melalui unsur ataupun turutan kelahiran…Bagi saya la kan, ada anak sulung kawin dgn anak sulung, kekal sehingga akhir hayat…ada anak sulung kawin dgn ank bongsu, tapi terhenti di pertengahan jalan…

Kenapa jd mcm ni…silap perkiraan dlm penentuan keserasian jodoh?

Tak…anak sulung kawin dgn anak no 2 ke, no 3 ke, bongsu ke, keserasian rumahtangga itu dibentuk oleh sifat dan sikap pasangan itu sendiri sama ada mereka faham atau tidak tanggungjawab mereka, mereka ada kesungguhan atau tidak utk menjalankan kewajipan mereka, mereka saling melengkapi atau tidak antara satu sama lain, mereka pandai membezakan atau tidak apa keutamaan mereka…Ini kuncinya…

Apa yg kita perlu faham jika berkahwin dgn anak sulung?

Dia ada byk tanggungjawab…tanggungjawab kpd org tuanya, tanggungjawab kpd adik2nya…jika kita sebagai pasangannya mampu utk faham tugasnya sebagai anak sulung, maka insyaAllah xkan berlaku konflik asbab berkahwin dgn anak sulung…

Sama ja jika kita berkahwin dgn turutan anak bernombor apapun…Kuncinya, kena faham tugas dan tanggungjawabnya terhadap keluarganya…dan kita juga perlu utk tidak terlalu demanding sehingga pasangan jd serba salah utk memilih…jika dia terlebihkan pihak disana sehingga mengabaikan pihak disini, maka kita wajib ingatkan dia semula…

Itu sahaja…bukannya kita xbleh cari pasangan yg sama turutan kelahiran dgn kita, atau sama elemen dgn kita…jodoh kita ditentukan Allah s.w.t bukan berdasarkan perkara2 ini…jgn ramal nasib dan masa depan jodoh kita melalui kaedah ini…

Buatlah yg terbaik walau dgn siapapun kita dijodohkan..

Leave a Reply