Karakter Jahat Bell

Karakter Jahat Bell

WATAK NOSTALGIA : KARAKTER jahat BELL . Bell Ngasri pernah memegang watak sebagai Ajoi dalam drama Pae (1997). Sebagai seorang budak nakal yang banyak memberi masalah kepada keluarga dan pihak sekolah.

Ajoi bukan saja kerap membuli Pae dan merosakkan harta benda gurunya. Malah turut menfitnah Pae mempunyai hubungan intim dengan guru itu. Memyebabkan ramai yang salah anggap terhadap guru dan Pae.

Walaupun masih muda ketika itu, Bell dilihat berjaya membawa karakter biadap ini dengan berkesan. Sehingga watak Ajoi diingati dikalangan peminat drama TV tempatan.

Rasanya…. Elok juga, jika Bell kembali memegang watak yang biadap seperti ini. Sudah agak lama, beliau tidak memainkan watak antagonis, setelah sekian lama sinonim dengan karakter komedi.

Saya tengok Bell Ngasri ni dah lama.

Pasal umur pun lebih kurang nak sama. Balik sekolah dulu selalu tengok dia kat TV. Ramai ingat dia sebagai Barkoba. Tapi saya paling ingat dia berlakon drama Pa’e. Rasa macam nak cekik-cekik. Jahat sungguh. Sikit takda tapis dia punya jahat tu. Pernah juga jadi doktor dulu rasanya. Drama lama-lama. Drama Ampang Medic ke apa.

Lepas tu filem ni. Kaki Bakar. U Wei pengarah. Bukan biasa-biasa cerita tu. Berapa lama jadi berita suratkhabar dulu. Sebab itu filem pertama pernah tercalon untuk Festival Filem Cannes. Bell Ngasri jadi watak penting dalam filem tu. Maknanya tersangat baguslah dia. Tapi tu lah.

Orang macam Bell Ngasri ni ramai.

  • Dia datang kerja.
  • Dia punch kad.
  • Dia buat apa je boss suruh.
  • Dia angguk.
  • Dia tak buat hal.
  • Dia tak melawan.

Kerja mantap. Bagi apa saja dia boleh buat. Perangai elok. Masalah pun takda. Tapi sayang. Tak pernah seumur hidup dapat anugerah cemerlang.

Setiap tahun dia tengok orang lain naik pentas dengan megah. Yang lagi baru dari dia pun dapat dah. Dia belum merasa. Tapi tetap. Dia buat juga. Dia pujuk hati. Aku ni mencari rezeki.

Dah 30 tahun lebih berlakon. Kalau kerja gomen tak lama lagi dah nak pencen.

Kita sendiri tahu betapa peritnya hati. Kalau kerja tidak dihargai. Tapi kita malas nak cakap banyak mana. Sebab itulah punca rezeki kita.

Bukan semua orang mampu bekerja selama itu. Dengan kesabaran yang tetap jitu. Dengan semangat masih kekal padu. Mencari rezeki masih tujuan nombor satu.

Moga ada rezeki buat kamu. karakter jahat bell.

Kongsian dan penulisan asli Siti Suryani Yaakop

BELL NGASRI SENDIRI ADALAH ANUGERAH ….

Tahniah Bell Ngasri kerana menang bintang paling popular ABPBH 35. Anda telah menang anugerah setelah sekian lama . 37 tahun suatu penantian yang cukup panjang. Tapi tanpa sedar, anda sebenarnya adalah ANUGERAH kepada

1. Seorang budak kecil yang tahu mereka kena bermula awal untuk berjaya.

2. Seorang anak yang sentiasa menurut cakap ibunya

3. Seorang ibu yang sanggup bersusah payah ingin melihat anak mereka berjaya

4. Seorang suami yang bekerja keras tanpa rasa jemu walaupun tak dipandang boss

5. Seorang isteri yang sabar dan sentiasa memberi sokongan kepada suami.

6. Seorang insan seni yang tak perlukan gosip untuk berjaya

7. Seorang pelakon tambahan yang boleh berjaya jika berusaha kuat.

8. Seorang pemandu bas mini yang membawa penumpangnya mencari rezeki.

9. Seorang bapa yang berusaha keras mencungkil bakat anaknya.

10. Seorang pengarah yang memerlukan seorang hero yang tak hensem tapi berbakat.

11. Seorang pelawak yang tak perlukan lawak bodoh untuk menang

12. Seorang voice over radio yang simple tapi berkesan.

Dan semestinya BELL NGASRI sendiri adalah ANUGERAH KEPADA RAKYAT MALAYSIA yang berjuang tanpa jemu dalam kehidupan mereka .

YAK YAK YEAH !!!!!

*cuba tambah lagi siapa jiwa yang terinspirasi dengan kejayaan yb barkoba . karakter jahat bell.

“Sepanjang hidup ni 1st time undi ABPBH kerana Bell Ngasri “

Siapa macam ni angkat tangan?

Sama lah saya hehe.. sebelum ni tak heran pun nak undi undi ni. Buang masa aku je.

Tapi bila tau Bell di calonkan terasa aku kena undi dia..sebab dia memang popular dan kita membesar dengan muka dia di tv, suara dia di radio

Tiba masanya kita angkat orang yang berbakat menang bukan sebab ada muka ensem, body hot, follower berjuta, ada rumah kete mewah.

37tahun dia menunggu. Kemenangan Bell mengajar kita untuk tidak berputus asa,ikhlas dalam buat apa sahaja

Bell Ngasri 37 tahun dalam industri baru menang anugerah, kita baru setahun dua dalam business sudah give up.

Keep consistent dan buat sehabis baik.Hanya yang consistent akan berjaya.

Bell menang nak request kat tv9 drama Joyah

Anak saya tanya ” syak menang ke mama “hehe

Yak yak yehhhh !!!

Ok sebab Abpbh tahun ni menarik. Jadi nak ulas sikit. Jarang aku tulis panjang macam ni

Bell menang bintang paling popular tanpa kelab peminat. Kalau tengok kat fb dan tik tok memang rakan media dan netizen bersatu untung menyokong bell.

Usaha penat lelah bertahun bekerja akhirnya membuahkan hasil. Aku membesar pun tengok cite cili padi dulu . Tapi tu la bell tetap nampak muda. Nampakkan rezeki seseorang tu kita tidak tahu cepat atau lambat yang penting terus usaha tanpa mengenal kalah dan berdoa. Dan jangan bandingkan diri dengan orang lain.

Kak lina pulak aku suka betul la tone suara dia. Lagu-lagu dia yang kurang popular macam bicara kasih dan jeritan hati tu aku suka dengar. Yang popular apatah lagi. . Bayangkan seorang penyanyi zaman DCT boleh menang sebagai pengacara selepas berpuluh tahun. Penyanyi,pelakon,pelawak,dj dan pengacara semua kak lina buat. Nampak tak kita tak tahu rezeki kita kat mana dan potensi diri kita dalam bidang lain.

Apa yang kita dapat belajar ialah jangan berputus asa, jangan bandingkan diri dengan orang lain, tetap berusaha dan kenali bakat lain yang kita ada.

Dan jika ada yang kata masih melayan hiburan. Ini yang kita bimbang, sepatutnya kena lihat dari sudut yang positif dan ambil nilai pengajaran. Penyakit hati bukan sahaja riak ye, tapi iri hati atau dengki dengan kejayaan orang lain pun mencerminkan hati tu macam mana. “Bilakah seseorang itu mula menjadi jahat. Bila dia merasakan dirinya baik”.

Leave a Reply

%d bloggers like this: