Karakter Sumareh Wakil Negara ?

Karakter Sumareh Wakil Negara ?

Minit permainan VS karakter? Apa yang lebih mustahak? Izinkan Jang mengupas sedikit.

Kedua-duanya boleh dilihat dengan mata kasar. Bukan semua pemain ada karakter yang kuat. Ada yang perlu diberi masa (minit la tu) dan ada yang ready steady go!

Sebelum itu, mengikut kamus dewan, karakter adalah sifat atau perwatakan yang membezakan seseorang itu dengan orang lain.

Safawi jelas mempunyai karakter ready steady go dan dia hanya perlu sedikit masa sahaja untuk jadi solid. Sebati dalam dirinya mempunyai tendangan kiri yang padu jadi dia sentiasa mengunakan senjata ini. Letaklah dia dipasukan atau liga mana pun, dia akan bermain seperti yang dijangka.

Akhyar jelas karakter dia suka mengelicik lawan sampai 3,4 orang. Dari Kedah hingga ke Johor dia menonjolkan permainan yang sama. Hujan pun tahu berhenti tapi Akhyar terus mempamerkan karakternya mencari gol. Akhyar tak perlukan minit tapi minit yang Akhyar tiada.

Shafik Ahmad, akan berlari kesana kesini mengejar bola dikaki lawan walau semua pemain lain dalam keadaan tenang menyusun nafas. Tidak pasti karakter ini bagus atau memakan tenaga sendiri.

Sementara Sumareh jelas sepanjang kariernya perlukan masa untuk panas. Begitu jelas dia gagal mengawal bola dengan baik dan membuat passing lemah. Apabila dia telah lakukan 2,3 kesilapan sama, dia sendiri merasa kecewa dan mula bermain melulu.

Apa karakter De Paula?

Apa karakter Shukor Adan? Seorang pengadil pernah memberitahu Jang, ketika Shukor Adan berdiri ditepi padang untuk dimasukkan sebagai subs, pemain pasukannya sendiri yang mengelabah dan jadi alert lalu bermain bersungguh-sungguh dan akhirnya menang selepas ketinggalan 1-2. Kenapa? Kerana karakter beliau yang begitu kuat dan semua pemain lain tahu, u dun fuck with Abang Long.

Hai-O? Khairul Anuar Baharom? Mat Yo? Azam Azih? Kita kenal karakter mereka kerana kita melihat mereka bermain sepanjang karier.

Kim Pang On berhak memilih siapa yang beliau rasakan sesuai berdasarkan karakter dan DNA kepercayaanya dan beliau bertanggungjawab jika pilihannya menjadi atau gagal. Jang hormati pilihannya dan setakat ini beliau berfungsi baik.

Tetapi bak kata Jörg Peter Steinebrunner, bekas jurulatih Negeri Sembilan FA (2018) dalam satu temuramah bersama Ultrajang;

“Memilih pemain yang tiada minit permainan samalah seperti memberi penampar kepada pemain yang bermain sepanjang musim tapi tidak terpilih”

Juga kata-kata dari bekas jurulatih Negeri Sembilan 2019, Sazali Saidon;

“Memilih pemain yang tidak menonjolkan karakter atau semangat yang baik semasa latihan samalah seperti menyerah tengkuk untuk disembelih”

Kesimpulannya, semua pemain perlukan minit untuk memastikan mereka berada pada kualiti yang optimum sambil dibantu gandingan yang serasi, posisi kegemaran, on-form dan semangat yang tinggi.

Sementara karakter atau sifat perlukan sepanjang musim atau sepanjang karier untuk dicipta, inikan dalam masa 90 minit.

Jang,
Sekadar order Tom Yam dikedai mamak Azhar Maju Senawang. Rasa out. Tapi Jang sedar, mamak perlukan sepanjang zaman untuk pandai masak paprik.

Leave a Reply

%d bloggers like this: