Kashmir Stone Metal Tamil

Kashmir Stone Metal Tamil

Kashmir stone metal tamil ? Masa dulu ada satu masa tuh, ntv7 ada pasang video klip lagu tamil, tapi bukan sebarang tamil, tapi ini tamil banyak keras, metal baik punya. Layan jugak lagu tamil nih, dan tengok oh ni lagu tamil. 

Zaman kumpul kaset cd dulu

cepat cepat pergi cari kaset kumpulan nih. Masalahnya memanf susah nak cari lagu tamil kat kedai biasa , sampai masa tuh terpaksa ajak bapak aku datang taman sri muda seksyen 25. Kat situ memang ada banyak kedai lagu tamil. Layan satu kaset diorang ialah album Mangga Thopu.Sekali ni masa ni zaman John Guna. Ingat lagi lagu first album tuh memang sebijik tiru lagu shewolf Megadeth. Hahaha, memang layan siut, sebab memang keras dan boleh masuk, walaupum dia bahasa tamil.

Ada masa tuh mereka buat album Nandey Khatey, ni album yang paling mantop,paling popular. Lagu diorang masa tuh, Malaysia Makkal memang hits terus, masa tuh dj THR Isma Halil Hamzah selalu pasang, siap masuk radio rancangam melayu lagi. Jadi sebab aku tertinggal album ni, aku pun terua cari cd album nih. Hahahha, sekali pasang sound dia memang sedap,rekod kat King Studio. 

Tapi dengar cerita band ni tak aktif lagi, ke aku tak tahu yang mereka nak buat comeback. Tapi bagi aku ni band tamil, boleh aku kata macam band XPDC versi tamil pun ada. Lagu indian melody, roots indian pun diorang boleh metalkan dan jadi satu lagi yang memang layan.

lagu diorang ni memang melekat

bila diorang campurkan tamil dengan melayu macam lagu Malaysia Makkal. Hahha, lagh diorang tak sah kalau tak sebut Samy Vellu. Tapi bila bab lagu jiwang, korang cari lagu Rozana. Hhhaa ni feel lagu lentok melayu baik punya, tapi feel tamil. Kalau mula mula dengar memang kelakar, tapi dah lama dengar boleh feel baik punya. Ada satu version cover budam melayu nyanyi lagu nih,memang budak budak tamil ni respek kat penyanyi nih.

Semangat kashmir stone nih adalah satu contoh macam mana nak pecahkan barier lagu dalam bahasa, macam mana nak masuk dengan geng berbilang kaum ni. Jawapan dia ialah gunakan muzik . Aku harap band ni akan terus buat muzik best untum rakyat malaysia.

Kashmir Stone ialah suatu ilham sebab mereka minat Kashmir dan minat band Rolling Stone, ahahhaha. MALAYSI MAKKAL !!!!

Kashmir Stone

Sebuah band pertama berkonsep Rock/Heavy Metal tamil dari Malaysia yang ditubuh sekitar lewat 90an dan pengasasnya adalah Brahma. kashmir stone metal tamil

Kashmir Stone telah mengeluarkan album mereka yg berjudul Mangga Thoppu pada tahun 1999.Album & lagu ini sepatutnya menjadi demo percubaan tetapi menjadi lagu kebangsaan di kalangan die hard fans mereka.

Dengan lagu kontroversi “Mangga Thoppu” band ini memberi perhatian dari rockers² & media Melayu

LINE UP :

1. Brahma – Vokalis & pemain gitar

2.Arun – Pemain Bass & Vokal sokongan

3.Adrian- Pemain Lead Gitar

4.JIKA- Pemain Drum

kashmir stone metal tamil

TRIBUTE KHAS: BRAHMA & KASHMIR STONE – BERSAUDARA DALAM ROCK

Apabila Kashmir Stone menerbitkan album sulung mereka, Mangga Thoppu pada 1999, ia memecahkan beberapa equation penting dalam scene rock di Malaysia. Khusus dalam hubungan ini ialah demografi rock yang didominasi oleh kumpulan Melayu. Walaupun ada beberapa anggota bukan Melayu menyertai band rock mainstream, aku tak pasti sama ada jumlahnya melebihi kiraan dua tangan (walaupun fenomena yang sama tidaklah asing bagi band-band 1970-an yang lebih bersifat multietnik).

Ada pandangan mengatakan setiap kaum mempunyai muzik yang boleh mereka affiliasikan sebagai identiti (warga kulit hitam di US dengan rap dan jazz – terima kasih Dr Raja Iskandar!). Ada juga yang melihat pendengar akan cenderung mendengar muzik yang mencerminkan bahasa yang mereka fasih. Bermakna, kalau seorang pendengar Cina di Malaysia fasih berbahasa Melayu, ada kemungkinan besar yang beliau akan lebih mendengar lagu Melayu (terima kasih bro Fauzi Marzuki). Namun kemunculan Kashmir Stone menimbulkan beberapa tanda tanya. Satu darinya ialah bagaimana sebuah kumpulan Tamil boleh menembusi psiki pendengar Melayu?

Pada tahun 1996, rock sedang berada dalam era kemerosotan sebelum XPDC memberi semula talian hayat setahun kemudiannya melalui album Brutal. Menurut Brahma – “saya agak fed-up pada ketika itu dengan genre leleh yang mendominasi pasaran. Malah, ada kumpulan rock sendiri terpaksa menukar konsep mereka. Jadi saya nak segarkan semula scene itu dengan menubuhkan Kashmir Stone pada tahun itu”.

Begitu pun, usaha ini dilakukan dengan kaedah yang berbeza apabila Kashmir Stone membawa sepenuhnya lagu-lagu Tamil dalam album mereka. Kelihatannya, Brahma telah pun melakukan kerja rumah beliau sejak sekian lama. “Kebanyakan orang India ada kecenderungan kepada visual. Dia suka dengar sambil tengok MGR lari dari bukit itu ke bukit ini. Mereka nak video dan imej. Orang Melayu adalah sebaliknya, Mereka boleh buka radio dan layan semua jenis lagu”. Dan terbukti pengamatan ini semacam berhasil apabila lagu-lagu mereka diterima dengan begitu baik dalam kalangan rockers Melayu.

Lahir dan membesar di Kajang, Brahma terdedah kepada muzik menerusi pengaruh abangnya yang mempunyai sebuah band, Big Bugs. “Mereka semua budak-budak India dan bermain Led Zep, Deep Purple dan Black Sabbath. Tapi mereka hanya jamming dan tidak merakam album. Tiap kali mereka jamming belakang rumah, saya akan melihat mereka. Saya juga lebih terdedah pada muzik rock Barat sejak awal lagi seperti Creedance Clearwater Revival (CCR). Bila rock mula naik, saya banyak ikuti perkembangan melalui majalah seperti URTV. Show pertama yang saya pergi ialah konsert Wings di fun fair Kajang”.

Pada 1993, Brahma yang ketika itu bermain drum menyertai kumpulan Mediana yang turut berasal dari Kajang. “Kumpulan itu ada dua member Melayu, dua member India dan seorang Cina. Jadi Mediana ialah gabungan Melayu, India dan Cina”. Album pertama mereka diterbitkan oleh Zainal Rampa dan mengemukakan konsep rock santai dengan 4 lagu Inggeris dan 6 lagu Melayu. “Hamdan Triump (pemain drum Bloodshed) yang cadangkan kami pada Abang Zainal. Beliau telah lama mengenali kami sebab kami selalu jamming di studio Bloodshed. Saya bertuah dapat berada bawah bimbingan Abang Zainal. He is no doubt the best blues guitarist I’ve ever seen. He is out of this world”. Ia juga mungkin antara album terakhir seseorang dapat mendengar permainan Zainal Rampa yang bermain untuk album itu. Mediana juga selepas itu dapat mengikuti beberapa show seperti pembuka untuk konsert Exist dan bermain di USM dengan Sheeqal dan Ramli Sarip.

Apabila Brahma menubuhkan Kashmir Stone pada 1996, ia pada asalnya dianggotai oleh dua anggota lain iaitu Guna (vokalis dan gitaris) dan Arun (bass). Namun line up ini berubah apabila album pertama mereka diterbitkan pada 1999 dengan kemasukan Jika (drum), Adrian (gitar) dan Brahma sendiri memikul peranan sebagai vokalis. “Arun sebelum tu main dengan church. Susah nak bawa dia dalam band ni sebab dia kuat agama. Tapi di gereja, dia tak boleh main lagu-lagu yang heavy dan hanya main lagu-lagu ballad sahaja. Lepas pujuk, akhirnya dia setuju.”. Nama Kashmir dipilih kerana Brahma mendapat tahu yang Kashmir merupakan tempat yang cantik. Manakala Stone pula merupakan istilah yang mempunyai makna tersendiri dalam kamus hidup Brahma.

Pada 1999, Kashmir Stone merakamkan album pertama di studio legenda, King Studio. “Kami bertiga tidak ada duit pada waktu tu. Family saya yang tolong dan mereka banyak membantu. Ibu saya sampai jual barang kemas. Sound engineer kami ialah Sarra Kings . Ada kawan kenalkan saya dengan Sarra dan Sarra pada masa yang sama sedang merancang membuat rakaman untuk band India. Jadi, kami dapat kos yang murah sikit. Kami selesaikan rakaman hanya dalam empat hari sahaja menerusi rakaman live. Tiga hari lagi untuk proses mixing dan mastering bersama Sarra dan Cl Toh”. Berbeza dengan pandangan ramai pemuzik yang melihat King mempunyai aura dan badi tersendiri, Brahma menyatakan – “For me, King memang berhantu tapi in a positive way. Studio itu menjadikan melodi lagu kami benar-benar baik dan ramai yang suka sound album itu”. kashmir stone metal tamil

Mangga Thoppu menjadi hit popular dalam album itu. “Lagu tu memang ada unsur satira sikit terhadap beberapa pihak. Ia berdasarkan pengalaman saya sendiri. Tapi Era selalu mainkan. Begitu juga NTV7 yang selalu mainkan video kami. Yang buatkan saya kecewa kerana RTM dan stesyen radio Tamil sendiri tidak main”. Namun ada tiga lagi karya yang menjadi favorite aku dalam album itu. Teratas sekali tentu saja lagu ballad, Nee Thane yang dicipta Brahma. Begitu juga satu lagi lagu ballad iaitu “Oh My Love” yang cukup membekas pada aku. Dan mendengar lagu rancak mereka seperti Dhevathai terasa seperti mendengar glam rock dari kumpulan Barat. Brahma sendiri menyumbang suara dalam dua buah lagu.

Tiga tahun selepasnya, Kashmir hadir dengan album kedua mereka, Nande Kattey. Ia menceritakan tentang sikap ketam yang gemar menjatuhkan orang lain seperti yang dijadikan imej album itu. Lagu yang menjadi hit dalam album itu ialah Malaysian Makkal yang turut menyentuh mengenai Mahathir dan Samy Vellu. “Tapi lagu tu cerita yang bagus-bagus. Its about race. Its about our country. Saya berterima kasih kepada Isma Halil THR yang banyak up lagu tu”.

Ballad yang menjadi popular dalam album itu ialah Rozana nyanyian Brahma yang telah mencapai 850k di youtube. Bila aku ajukan perkara ini, Brahma membalas – “saya nyanyi lagu tu sumbang la bang. Sampai sekarang kalau saya dengar lagu tu, saya ketawa seorang diri dan tanya macam mana la saya boleh nyanyi lagu ni”. Lantas aku membalas balik – “mana la aku tahu sumbang atau tak sebab kau nyanyi dalam bahasa Tamil”. Nama Kashmir terus menjadi bualan dengan album 80s remix yang berkonsepkan metal pada 2004. “Album tu laris macam kek panas. Lagu trafik jam KL tu memang kukuhkan nama Kashmir. Kami juga ada remix lagu Tamil lama dari movie dalam album ini”. kashmir stone metal tamil

Dua show menjadi kenangan paling manis buat Brahma iaitu di Stadium Batu Kawan pada awal 2000-an dan juga konsert di JB pada 2011 yang menyaksikan kehadiran penonton yang begitu ramai. Walaupun lagu Malaysian Makkal menggunakan separuh Bahasa Melayu dan separuh Bahasa Tamil, Brahma masih belum pernah merakamkan walau satu lagu penuh dalam Bahasa Melayu. “Ramai sangat dah beritahu saya untuk rakam lagu Melayu. Dan saya memang sudah berusaha ke arah itu. Saya memang wow bila lihat penyanyi India atau Cina yang fasih menyanyikan lagu Melayu”.

Scene rock Malaysia menurut Brahma masih lagi vibrant dan beliau mengharapkan stesyen radio memainkan peranan yang lebih effektif dalam hubungan ini. “Kenapa mesti mainkan lagu-lagu yang dah biasa orang dengar sedangkan banyak lagi lagu dari sesuatu album yang tak pernah di dengar?. Contohnya Bloodshed. Kenapa nak mainkan lagu dari album Samarkand sahaja? Kenapa tak mainkan lagu-lagu dari album Villa Misteri contohnya seperti Villa Misteri dan Bermuda? Saya suka sangat album itu. Lagu Bermuda tu Farid nyanyi sampai pitch yang orang dah tak boleh nyanyi. Kita harus highlightkan yang orang Malaysia boleh menyanyi setinggi pitch itu.

Lagu-lagu Kashmir di youtube kebanyakannya mencapai hits 200k ke atas. Dan melihat dari komen-komen yang diluahkan penyinggah, ternyata pendengar kaum Melayu sudah tidak kisah mengenai faktor bahasa atau faktor kaum. Mereka hanya mahu mendengar muzik yang baik dan mereka menghargai sepenuhnya kemunculan Kashmir Stone yang bersolidariti dan menyegarkan semula scene rock dengan cara tersendiri. Satu komen yang boleh aku rumuskan mengenai lagu-lagu mereka ialah “bagi yang baru pertama kali mendengar Kashmir Stone, mereka tidak akan langsung menyangka bahawa mereka sebenarnya mendengar lagu dari sebuah kumpulan rock Tamil”. kashmir stone metal tamil

Walaupun niat Brahma untuk merakamkan lagu-lagu Melayu tentu sekali wajar diberi kredit, namun aku fikir ia tidak semestinya menjadi satu keharusan. Aku menjangkakan di situlah keunikan Kashmir dengan membawa lagu-lagu rock atau metal dalam versi Tamil. Di situlah aura yang memikat pendengar-pendengar Melayu kerana ia menyerlahkan faktor solidariti tadi dan sikap menghargai kepelbagaian. Jika rock dan muzik seringkali dianggap menyatukan, Kashmir Stone merupakan testimonial penting mengenai diktum tersebut.

Kepada Brahma dan mereka-mereka yang pernah mendirikan Kashmir Stone – khususnya line up pertama seperti Guna dan Arun – sekalung hormat atas sumbangan yang melangkaui kaum dan agama. kashmir stone metal tamil

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply