Kelantan Gagal Kawal Hutan ?

kelantan gagal kawal hutan

Kelantan Gagal Kawal Hutan ? FOKUS SETERUSNYA – PILIHANRAYA NEGERI KELANTAN. Salam Jumaat, Alhamdulillah, PRU-15 telah melabuhkan tirainya dengan perlantikan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Perjuangan reformasi harus diteruskan di negeri-negeri lain. Pilihanraya Negeri Kelantan dijadualkan pada tahun depan sewaktu musim kering, dijangka bulan Mac

Sebagai aktivis alam sekitar yang telah bekerja selama 8 tahun memfokuskan isu ini di Kelantan, tinggal 4 tahun di Kelantan, saya melihat Kelantan adalah negeri yang perlu diberikan tumpuan utama untuk perubahan sebenar.

30 tahun kerajaan PAS memerintah,

ia sudah mencapai kemuncak di mana kita melihat pemerintahan ini tidak mampu lagi membawa islah yang sebenar, menjadi kerajaan yang baik dan bagus untuk rakyat Kelantan dengan perincian berikut:

Kesombongan dan keangkuhan pimpinan kerajaan negeri yang mengamalkan dasar pemerintahan tertutup, tidak boleh dikritik dan ditegur serta suka mengeluarkan kenyataan yang bodoh dan tidak sensitif apabila menjawab permasalahan rakyat seperti masalah air, jalanraya, kemusnahan hutan, bencana alam dan sebagainya. Banyak kertas cadangan dan memorandum hanya dibakul sampahkan. Orang angkuh seperti Nik Amar (Timbalan Menteri Besar) diberikan tugas untuk menjawab bagi pihak kerajaan negeri. Tidakkah ia memalukan?

Pengurusan hutan – hutan merupakan landskap asasi negeri Kelantan. Ia mempengaruhi kehidupan rakyat, bekalan air bersih, kesuburan tanah, menjamin keselamatan dari bencana, keselamatan makanan dan sebagainya. Kegagalan menguruskan hutan membawa bencana dan kesusahan kepada rakyat.

Pengurusan hutan Kelantan antara yang terteruk di Semenanjung Malaysia.

Walaupun kerajaan negeri mendabik dada mereka mempunyai kawasan Hutan Simpan yang masih banyak, namun, statistik menunjukkan zon ladang hutan (zon yang membolehkan aktiviti pembalakan secara tebang habis utk pembukaan ladang) di dalam kawasan Hutan Simpanan Kekal adalah yang terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan 169,000 hektar – iaitu 1/3 Hutan Simpanan Kekal kelantan dizonkan utk dimusnahkan secara habis / botak untuk tujuan perladangan. Zon pembalakan biasa yang lain lebih kurang 200,000 hektar. Manakala 1/3 sahaja daripada kawasan hutan simpan mereka dikelaskan untuk perlindungan. 2/3 lain untuk pembalakan.

Selain itu, Kerajaan Negeri Kelantan tidak langsung menghormati dasar-dasar persekutuan tentang perlindungan alam sekitar dan biodiversiti dengan sewenang-wenangnya meluluskan projek yang tidak sepatutnya di dalam kawasan sensitif alam sekitar & Central Forest Spine (melanggar ketetapan Rancangan Fizikal Negara dan Majlis Tanah Negara). kelantan gagal kawal hutan

Jika kita melihat daerah yang mempunyai kawasan Hutan Simpanan Kekal terbesar iaitu Gua Musang & Kuala Krai

kebanyakan aktiviti pembalakan yang diluluskan sejak tahun-tahun terakhir ini banyak pembalakan tebang habis , jarang dijumpai pembalakan secara terpilih menurut kesaksian saya selaku pemantau hutan yang banyak membantu Jabatan Audit Negara, SIRIM / Malaysian Timber Certification Council & SPRM untuk mendapat laporan lapangan. Bahkan SPRM – Bahagian Perundangan dan Pemeriksaan telah menegur kerajaan Negeri Kelantan kerana tidak mengamalkan SOP sewaktu aktiviti pembangunan ladang hutan. Selain itu, sijil Pengurusan Hutan Lestari MTCC juga telah ditarik balik sejak tahun 2016.

Hasilnya, banyak kawasan tadahan air lenyap, pencemaran hulu sungai dan alur air semakin kerap berlaku, kemerosotan hidup komuniti pedalaman khususnya Orang Asli dan Orang Kampung apabila sumber air bersih mereka tercemar, terpaksa menghadap banjir, gangguan hidupan liar, dan masalah kesihatan seperti malaria, malnutrisi dan sebagainya.

Dalam masa 20-30 tahun untuk satu tempoh yang singkat, kemusnahan hutan, biodiversiti dan kawasan sensitif di Kelantan terjadi dgn amat dahsyat sekali. Bagaimana nasib negeri ini untuk 50 tahun yang akan datang? Tidakkah rakyat Kelantan sayang melihat khazanah ekonomi mereka dimusnahkan utk keuntungan ekonomi jangka masa pendek?

Kerajaan negeri juga gagal memikirkan alternatif ekonomi yang lebih baik. Misalnya sumber terbesar ekonomi negeri masih bergantung daripada kemusnahan alam sekitar seperti pembalakan, perlombongan, pembukaan tanah dan sebagainya. Tatkala dunia sedang serius untuk melaksanakan agenda pembangunan lestari akibat kemerosotan sumber, perubahan iklim, kemiskinan dan bencana alam, kerajaan Kelantan yang memegang negeri terkaya sumber asli masih ke belakang dengan mengharapkan pembangunan / ekonomi warisan penjajah ini. Sehingga kini, Kelantan belum mempunyai model pembangunan lestari lagi.

Bahkan, walaupun menjana ekonomi daripada pembalakan

kerajaan negeri gagal memaksimumkan keuntungan daripada pembalakan dengan mewujudkan industri hiliran kayu – sebaliknya banyak mengeksport / menghantar keluar kayu-kayu balak mentah untuk diproses di negeri dan negara lain. Ini adalah satu kerugian

Peluang pekerjaan juga masih gagal disediakan dengan baik akibat kegagalan menarik pelabur, menyediakan premis, logistik dan kerajaan negeri dilihat seakan-akan tiada pemikir ekonomi untuk menarik pelabur, serta mengembangkan produk negeri sedia ada khususnya memanfaatkan sumber alamnya untuk penjanaan ekonomi secara lestari melalui aktiviti eko-pelancongan, industri IKS, dan sebagainya.

Masalah air

air kotor akibat paip berkarat akibat tinggi kandungan manganese, permangate, manganese chloride (tiada pokok / zon riparian sungai, maka air tinggi Manganese Chloride hasil daripada mendapan dari bukit tapak kuari, pembalakan akan masuk sungai / alur air tanpa ditapis. Pokok dan tumbuhan semulajadi sahaja boleh tapis heavy metal ini.

Paip tidak diganti sehinngga mewujudkan banyak air hilang (non-revenue water – NRW). Jangka hayat paip selalunya sekitar 10 tahun lebih, selepas itu ia wajib diganti kerana ia berkarat. Tetapi paip di Kelantan banyak lagi yang sudah mencecah 30-40 tahun.

kurangnya penyediaan kawasan tadahan hujan baru, kurang sistem rawatan air moden dan sebagainya masih gagal diselesaikan sehingga sekarang. Solusi untuk menyedut air bawah tanah juga adalah tidak mampan. Ia boleh membuatkan kejadian tanah mendap yang berbahaya kepada penduduk.

Infrastruktur sekali lagi, kurang infrastruktur seperti jalan besar, lebuh raya lebar. Ini membuatkan aktiviti perdagangan dan perniagaan tidak mampu diperkembangkan dan kurang menarik minat pelabur, sekaligus merencatkan pertumbuhan ekonomi.

Kerajaan Kelantan perlukan reformasi ekonomi, urustadbir dan pengurusan yang menyeluruh.

Sekian lama dipulaukan persekutuan sejak dari zaman Mahathir, kerajaan Persekutuan harus membantu negeri ini. Caranya dengan memberikan royalti minyak dan juga insentif (Ecological Fiscal Transfer). Ini untuk membantu negeri dalam melindungi khazanah alam dengan mengurangkan aktiviti kemusnahan hutan

Sudah tentu, dengan prestasi dan sikap kerajaan negeri yang sedia ada tidak mempunyai kompetensi ke arah ini. Tidak selari dengan aspirasi Kerajaan Persekutuan ke arah ini. Maka kita perlukan perubahan kerajaan untuk memastikan agenda ini terlaksana. kelantan gagal kawal hutan

Tidak ada maknanya kerajaan negeri Kelantan mendabik dada kononnya mereka kerajaan Islam, tetapi perlaksanaannya tidak menggambarkan langsung Islam yang sebenar. Mereka gagal menjalankan amanah sebagai khalifah yang memakmurkan muka bumi. Gagal membela nasib golongan tertindas khususnya masyarakat Orang Asli dan penduduk kampung. Gagal menjalankan amanah untuk menjaga hak rakyat untuk mendapat keadilan ekonomi dan air bersih sebagai hak asasi. Pelbagai sikap dan moral yang tidak Islamik ditunjukkan pimpinan kerajaan negeri.

Oleh itu saya berharap, Pakatan Harapan & Barisan Nasional dapat bergabung membentuk kekuatan bagi menumbangkan Kerajaan PAS buat kali pertama dan memenangi Pilihanraya Negeri.

Saya juga berharap, seorang wakil Orang Asli dapat dicalonkan sebagai wakil BN / PH di DUN Galas. DUN Nenggiri Gua Musang bagi kita membawa suara Orang Asli ke dalam Dewan Undangan Nenggiri.

Jika perkara ini dapat direalisasikan, saya dan rakan-rakan aktivis alam sekitar. Politik yang lain akan berkampung di Gua Musang komited memberikan seluruh tenaga kami untuk berkempen. Membentuk jentera pilihanraya yang kuat – akan memasuki seluruh pelusuk kampung pedalaman. Kawasan pekan dan kampung Melayu bagi memenangkan calon Orang Asli ini.

Akhir kata, buat perantau-perantau Kelantan yang mengundi PAS baru-baru ini. Saya pun tak faham kenapa anda masih mengundi PAS tatkala mereka sudah gagal menguruskan negeri. Kita pula, selesai mengundi bukannya kita nak tinggal di Kelantan membantu kerajaan negeri. Sebaliknya, kembali keluar dan hidup selesa di negeri orang. Ada yang tinggal di negeri PH menikmati peluang ekonomi. Sedangkan kita tinggalkan kerajaan yang gagal ini untuk mak ayah kita di kampung. Mereka yang terpaksa menghadap masalah air, banjir, ekonomi dan sebagainya. Bukalah mata. Selamatkanlah negeri anda.

Kelantan adalah rumah kedua saya dan saya sayangkan negeri yang istimewa ini. kelantan gagal kawal hutan

Leave a Reply