Kelebihan Bisnes Shaklee

Banyak kelebihan bisnes Shaklee yang Nuha nampak sepanjang lebih 6 tahun Nuha bersama dengan Shaklee. Alhamdulillah lebih daripada separuh dekad dengan bisnes Shaklee, kalau bisnes Shaklee banyak kekurangannya tak mungkin Nuha akan bertahan sebegini lama dengan bisnes ini. Harini Nuha akan kongsikan kelebihan buat Bisnes Shaklee yang memaksa Nuha masih teguh bertahan hingga kini.
Dalam entri ini Nuha tak akan memburuk-burukkan bisnes lain sebab pada Nuha setiap bisnes ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Nuha pun tak pernah cuba buat bisnes lain selain Bisnes Shaklee ni. Nah Nuha kongsikan 7 kelebihan buat Bisnes Shaklee berbanding bisnes lain.
KEKUATAN BISNES SHAKLEE PADA PRODUKNYA
Sebagai peniaga, kita mesti nak jual produk yang terbaik. Shaklee ada produk-produk hebat yang selamat, terbukti dan berkesan.
PRODUK SHAKLEE SELAMAT
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk-produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard yang tinggi bagi menjamin bahawa semua produk Shaklee adalah selamat.
TERBUKTI
Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan tulen dan mujawab dari alam semula jadi, membuat semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan sesuatu bahan.
BERKESAN
Keberkesanan produk Shaklee telah dibuktikan melalui Kajian Suplemen Pemakanan Shaklee – satu kajian penanda aras yang telah menunjukkan bahawa mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tidak mengambil apa-apa suplemen.
Dengan produk yang syarikat sediakan, kami para pengedarnya tak perlu pening kepala nak buat R&D bagai. Produk terbaik sudah tersedia, kami cuma pasarkan dan berkongsi kebaikan produk-produk Shaklee kepada orang ramai.
POTENSI PELANGGAN REPEAT ORDER SANGAT TINGGI
Selain produk penjagaan diri, kecantikan dan penjagaan rumah, Shaklee menawarkan banyak produk pemakanan sihat. Pengguna mengamalkan suplemen-suplemen setiap hari. Sama seperti makanan-makanan lain, sampai masa suplemen akan habis.
Dengan manfaat kesihatan yang diperolehi daripada pengambilan produk-produk suplemen Shaklee, potensi pelanggan-pelanggan untuk sentiasa repeat order adalah sangat tinggi.
GANJARAN BISNES YANG MEMUKAU
Shaklee menawarkan ganjaran tunai (cash) dalam pelbagai kategori tidak termasuk untung runcit. Semua pengedar Shaklee berpeluang untuk menikmati Personal Bonus, Net Personal Bonus, Leadership Bonus dan Coordinator Bonus.
Selain cash bonus, ada lagi insentif kereta dan trip percutian percuma untuk mereka yang layak. Alhamdulillah, Allah dah lorongkan Nuha dengan pilihan yang sangat tepat iaitu memilih untuk buat Bisnes Shaklee. Segala peluang dan ganjaran sudah tersedia cuma perlu rajin-rajin berusaha dengan sabar dan solat sahaja.
Nuha percaya semua bucket list Nuha bakal tercapai melalui Bisnes Shaklee, InshaAllah. Awak ada bucket list sendiri kan, jom hit satu persatu bucket list awak bersama Shaklee!
BISNES SHAKLEE DI MANA-MANA
Bisnes Shaklee boleh dilakukan di mana sahaja Nuha berada. Balik kampung bisnes masih on, pergi kemana-mana tetap boleh kendalikan bisnes seperti biasa sebab Shaklee dah sediakan sistem online yang lengkap bagi memudahkan kami semua.
Semua urusan buat pesanan boleh dibuat bila-bila masa selagi Nuha bersama dengan rangkaian internet. Mudah sangat!
GAJI ONTIME TAK PERNAH LEWAT
Pernah Nuha tanya pada seorang kawan “kenapa awak dah tak buat bisnes XX tu?“. Jawapannya sebab syarikat ada masalah nak bayar komisyen. Allah.
Bila kita dah letak usaha dan kita tahu yang kita akan dapat ganjaran hasil titik peluh tu, tentu lah kita mengharap dan nak kan hak kita tu.
Alhamdulillah sepanjang 6 tahun Bisnes Shaklee ni belum pernah walau sehari syarikat masukkan bonus lambat dari 15 hari bulan. Lebih awal dari yang sepatutnya adalah.
Kadang-kadang 13 hari bulan dah masuk bonus bulan lepas dalam akaun. Syukur sangat sebab buat bisnes dengan syarikat yang mantap macam ni.
BISNES SHAKLEE ADA PENYATA BONUS
Ini satu kelebihan besar yang Shaklee tawarkan sebab bukan semua bisnes ada “slip gaji”. Biasanya orang berniaga ni takkan ada slip gaji sebab dialah majikan, dialah pekerja.
Kalau ada urusan yang perlukan slip gaji, perlu dapatkan pengesahan pendapatan daripada individu tertentu. Tapi dengan Shaklee tak perlu susah-susah macam tu dah sebab syarikat ada sediakan penyata bonus
Dengan penyata bonus ini, ramai pengedar Shaklee berjaya lulus untuk buat pinjaman beli rumah, kereta dan lain-lain.
TIDAK BERSEORANGAN, BISNES SECARA BERKUMPULAN
Buat bisnes ada cabarannya yang tersendiri. Dengan bisnes Shaklee, segala masam masim dan pahit cabaran bisnes Nuha tak tanggung sendirian. Masalah sebesar mana pun, kalau dapat dikongsi dengan individu yang sehaluan dan memahami pun dah rasa lega sangat.
Nuha sentiasa ada mentor bisnes sebagai rujukan dan tempat untuk mengadu cabaran bisnes. Alhamdulillah, berada di bawah #TeamJutawan banyak membantu Nuha untuk dapat info-info pemasaran terkini, Produk-produk dan sokongan motivasi sesama ahli kumpulan.
Nuha juga ada Organisasi Bisnes Shaklee sendiri iaitu Team Excellenters. Sama macam #TeamJutawan buat, Nuha aplikasikan perkara yang sama kepada downline-downline Nuha.
Tulah dia 7 kelebihan buat Bisnes Shaklee yang Nuha dah rasa. Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan buat Bisnes Shaklee yang Nuha nak kongsi. InshaAllah di entri lain. Hubungi Nuha untuk pertanyaan lanjut tentang kelebihan bisnes Shaklee ini dan sertai Team Excellenters bersama-sama Nuha.

BIG WHY SAYA BUAT BISNES SHAKLEE
Secara jujurnya Nuha tak pernah rancang untuk buat bisnes Shaklee. Merancang untuk buat bisnes tu ada, tapi bukan bisnes Shaklee. Nuha pernah tolong kawan jual tudung masa mengandungkan anak pertama dulu. Kemudian ada juga seorang kawan lama ajak buat bisnes jual bengkung yang memerlukan Nuha untuk buat pinjaman peribadi mencecah RM20 000. Tengok macam mudah dan wow sangat, tapi bila melibatkan pertambahan hutang awal-awal lagi Nuha dah tolak dengan cara baik.
Lepas bersalin Nuha ditakdirkan ada masalah penyusuan. Nuha dipertemukan dengan Shaklee atas sebab masalah penyusuan. Alhamdulillah produk-produk Shaklee banyak membantu menyelesaikan masalah Nuha dalam penyusuan.
Nuha kembali menjadi job hunter lepas masalah penyusuan Nuha setel. Beberapa kali Nuha pergi interview kerja, setiap kali pergi interview Nuha minta tolong ibu saudara suami tolong jagakan anak.
Walaupun interview kerja tak makan masa seharian, tapi sepanjang tempoh beberapa jam tu Nuha asyik teringatkan anak. Terbayangkan muka dia, bau dia, suara dia. Sampai satu hari sebelum pergi interview Nuha dapat kemalangan kecil melibatkan kerosakkan pada bahagian kereta. Nuha terfikir adakah ini petanda untuk Nuha tidak keluar rumah bekerja?
Ditambah lagi dengan rasa bila Nuha tinggalkan anak di bawah jagaan orang lain menjadikan Nuha lebih berat hati untuk kembali ke dunia pekerjaan. Pada masa yang sama Nuha dah mula teruja dengan #ShakleeEffects Nuha dan mula berkongsi pengalaman Nuha mengamalkan produk-produk Shaklee pada kawan-kawan. Sedar tak sedar Nuha dah mula dapat income daripada Shaklee!
Kaji Serius Pasal Shaklee
Bila Nuha mula kaji secara serius peluang pendapatan yang Shaklee tawarkan, Nuha makin bersemangat nak pulun habis-habisan dengan Shaklee. Ini peluang yang Allah beri untuk Nuha tak berenggang dengan anak-anak. Secara jujurnya, anak-anak adalah big why Nuha buat bisnes Shaklee.
Walaupun dunia bisnes ni ada pasang-surutnya, tapi alhamdulillah Nuha masih di sini dan masih setia dengan Shaklee. Sungguh Nuha rasa lebih selesa bila anak-anak ada di bawah jagaan Nuha sepenuhnya walaupun Nuha akui Nuha ibu yang serba kekurangan dan setiap hari masih lagi bertatih untuk menjadi ibu yang lebih baik.
Nuha sangat kagum dengan wanita bergelar ibu yang begitu hebat menguruskan emosi berjauhan dengan anak-anak dibawah jagaan orang lain. Allahu Nuha tidak sekuat itu.
Dengan anak-anak sebagai Big Why, InshaAllah selagi diizinkan Allah Nuha akan terus gigih mencari rezeki melalui Shaklee. Semoga niat suci Nuha ini Allah lapangkan seluas-luasnya rezeki Nuha melalui bisnes Shaklee.
Orang bisnes ni banyak main emosi. Bukan setiap masa kami di atas, bukan setiap masa juga semangat berkobar-kobar. Sampai saat Nuha rasa jatuh paling bawah, Big Why inilah yang memandu Nuha untuk bangkit. Anak-anak.
Semoga Murah Rezeki Dengan Shaklee
Semua yang membaca entri ni Nuha minta doakan Nuha terus dilimpahkan dengan rezeki Shaklee yang berkat. Kepada semua wanita bergelar ibu yang berada dalam situasi yang sama seperti Nuha dan masih tercari-cari aktiviti jana pendapatan dari rumah sahaja, bisnes Shaklee memang terbaik. Awak boleh baca insentif-insentif yang Shaklee tawarkan di entri 3C Janjikan Bisnes Shaklee Luar Biasa.
Hubungi Nuha sekarang untuk awak mulakan langkah pertama jana pendapatan dengan Shaklee. InshaAllah dengan pengalaman 6 tahun bersama bisnes Shaklee, Nuha akan bimbing awak semuanya tentang bisnes Shaklee from zero and become a hero.