Kelebihan Rider Misi

kelebihan rider misi

Kelebihan Rider Misi ? Saya ada baca di Group Rider Grab tentang Misi. Sangat ramai Rider yang memperlekehkan Misi. Jadi saya ingin jawab secara terbuka disini..

Ni kelebihan Rider Misi :

1. Rider Official beli beg dan baju Misi, tapi selepas diorang capai 300 order.. kita bagi semula duit beg dan baju malah kita tambah bonus lagi RM150.. so total kita bagi pada rider ialah RM313

2. Rider di Misi, dapat upah delivery 100% milik rider. Kita tak potong keuntungan diorang.. 5km pertama Min Fare RM5.. kemudian setiap tambahan kilometer tambah RM1.. tapi setiap hari sabtu, Minimum Fare diorang RM7..

3. Selain Upah, kita juga programkan sistem Pasif income seumur hidup untuk semua Rider Official supaya apa sahaja yg dibeli oleh customer mereka, rider dapat 1% secara percuma seumur hidup. 1% ni sekitar 20sen – RM1.

4. Kita juga sedang program sistem tabung emergency untuk rider yang ditimpa kemalangan supaya apabila berlaku eksiden, notification akan dihantar kepada semua Rider, vendor, admin dan komuniti untuk sama2 bantu ringankan beban rider. (Coming soon)

5. Kita melihat komuniti seluruh negara memerlukan Rider. Jadi, kita perkenalkan konsep kebajikan dalam setiap kawasan yang terdiri daripada Rider dan Admin.. coming soon kita akan membawa konsep yg sama untuk komuniti peniaga. Supaya kita menjadi satu ekosistem yang jaga penduduk dalam komuniti. Sehingga tidak ada orang susah di dalam kawasan.

6. Misi bukan hanya sekadar delivery, kita adalah rakyat yang ada Misi untuk membina ekosistem yang lebih baik untuk negara.

Mmg ramai dulu tak kenal Misi, tapi ramai yang akhirnya kenal dan terus bersama Misi.. dan perjalanan ni memang panjang.. sebab sy tak izinkan pelabur masuk.. saya mahu kita berdiri sendiri dan tentukan hala tuju sendiri demi rakyat. Install Misi.

Pasif Income Rider Misi ?

Duit ape tu? Itulah pasif income yg misi bina untuk rider. Rider dapat pasif Income ni sekitar 20sen hingga RM1 lebih secara auto seumur hidup. Rider tak perlu buat ape pun, duit ini masuk secara sendiri setiap kali customer mereka beli apa sahaja di Misi. Apa maksud “customer mereka”?

“Customer Mereka” bermaksud customer yg rider uruskan pada kali pertama mereka order. Customer tersebut akan ditag oleh ID rider dan selepas itu, setiap pembelian mereka, rider akan dapat 1%.

Tapi kelebihan ni hanya untuk official rider yg ada baju dan beg misi sahaja. Anda daftar je jadi rider dan upgrade ke Status Official. Harga RM163 utk 1 Beg 64L + 2 helai baju longsleeve.

Selepas order ke 300, anda akan dapat balik duit RM163 termasuk RM150 hadiah dari Misi. Total RM313. Install App Misi sekarang untuk order makanan atau daftar rider, vendor, admin.

Stok Beg dan Baju dah available

Apakah kelebihan Rider official Misi? Kelebihan utama ialah Pasif Income seumur hidup. Sebab setiap customer yang rider uruskan ialah pasif income seumur hidup.

Apa sahaja yg dibeli oleh customer tersebut akan memberikan profit kepada rider seumur hidup walaupun rider telah berhenti bekerja. Contoh customer spent RM100, rider dapat 1% which is RM1 tanpa perlu buat apa2..

Jika customer pasif income seramai 1000 orang.. dan masing2 belanja sekitar RM200 dalam sebulan.. ertinya total RM200,000. Rider akan dapat RM2000 secara pasif tanpa buat apa2.

Rider buat job dapat upah, pasif pun dapat malah akan dapat balik duit beli beg dan baju sebanyak RM163 termasuk bonus RM150.. total RM313. Sila cari admin kawasan masing2 untuk dapatkan full info dan register. Misi semakin bertebaran dimana2 sahaja.. insyaAllah Allah bantu kita.

Saya perasan dekat kawasan saya dah banyak rider MISI buat penghantaran makanan.

ini bermakna dah mula orang ramai beralih ke MISI sama ada pembeli, penjual dan penghantar makanan (rider). Saya juga dah daftarkan cafe saya dalam apps MISI ni.. kelebihan platform ni mereka kata mereka kekalkan harga kedai.. pernah dulu order dekat Food *anda kena charge tinggi harga makanan tersebut

Saya akui banyak lagi apps MISI ni kena improve tapi saya yakin founder MISI akan upgrade dari semasa ke semasa. Jika kita xmampu mengangkat senjata berperang dengan musuh kita di sana.. sekurang2nya kita dapat usaha dengan cara begini selain kita panjatkan doa..

Apa yang saya nampak dengan apps MISI ni kita dapat support perniaga2 tempatan, ketahui product yang ada kaitan dengan zioni* isra hell dan memperkukuhkan ekonomi kita sejagat. Siapa yang belum install lagi apps ni boleh tekan link yg diberikan.

Semalam saya lancarkan sistem automatik bina pasif income untuk pengguna..

fuhh laju betul. Ok sy explain satu-satu. Sape faham, jgn lepaskan peluang ni. Cuba tengok gambar, 317 users tu adalah jumlah user yg sistem misi susun bawah Wak Misi. Kemudian wak dapat RM19.46. Bagaimana sy set benda ni sebenarnya? Kenapa boleh bagi duit free begini?

Ok, kelebihan ni hanya untuk akaun misi Level 5 sahaja. Apabila ada user baru daftar akaun misi untuk order makanan delivery, user-user ni akan diberikan kepada semua akaun level 5 secara bergilir. Wak dapat sampai 317 org database kelmarin sahaja dan RM19.46.. ni Pasif income naa.. tak buat apa pun dapat duit.

So, apabila user bawah wak beli makanan, wak akan dapat 1% dari setiap pembelian. Kalau depa belanja RM30, wak dapat 0.30 sen. Begitulah kiraannya. Kalau RM100 dptlah RM1. Sy pun terkejut, sebab lagi laju pula pengguna jana pasif income daripada admin dan rider. So sape nak join. Sila ikut step berikut

  1. Install App MISI di playstore/Appstore
  2. Daftar atau Login akaun Misi
  3. Klik button Go Next Level di laman utama
  4. Select Level 5

MISI SEMAKIN DIKENALI DI JALAN KEBUN !

Alhamdulillah Syukur kepada Ilahi. Order meningkat setiap hari kerana orang ramai dah mula nampak kelebihan menggunakan servis MISI ni. Tarikh 10/11/2023, Sekali lagi Marketplace JALAN KEBUN menembusi rekod baru. 100 Order untuk SEHARI !

Secara Rasminya, Official Rider di MISI dah ada 28 Orang ! Jadi anda jangan risau tentang ketiadaan RIDER setiap hari ! Cumanya pada hari JUMAAT pada jam 1230 PM sampai 2PM kita tutup SISTEM RIDER untuk memberi laluan kepada perlaksanaan SOLAT JUMAAT.

Vendor di JALAN KEBUN pun dah mula banyak ada lebih kurang 100 vendor yang berdaftar. Marketplace Jalan Kebun merangkumi Jalan Kebun, Johan Setia, Kota Kemuning, Bandar Rimbayu, Bandar Tropicana Aman, Kampung Lombong, Kampung Jaya Sepakat dan Bandar Putera 2.

Jadi kita masih mengalu-alukan pekedai-pekedai dan peniaga-peniaga untuk sertai kita dalam MISI. Jika anda fikir berapa bayaran untuk sertai, jangan risau berkenaan bayaran kerana dalam MISI tiada sebarang bayaran dikenakan semasa pendaftaran mahupun semasa jualan. Keuntungan Vendor adalah 100% pada Vendor.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply