Kena Boikot Langkawi ?

Kena Boikot Langkawi ?

Kena Boikot Langkawi ? L.A.N.G.K.A.W.I. Byk betul kisah Langkawi sekarang ni kan.. Pelancung tempatan tak datang.. Hotel kosong.. Peniaga makanan resah.. Kereta sewa tak laku.. Jualan barangan tak seperti dulu..

Byk kisah sebenarnya.. Yang datang tau lah kenapa ye.. Orang Langkawi pun tau kenapa.. Orang luar yang kerja kat Langkawi pun tau kenapa..

Dengar cerita.. Ni geng2 Tourism dgn Motac berkampung kat sini skrg cari idea nk buat apa.. Promosi apa..Ni..

Contoh terbaik..

Sila lihat harga..Orang Langkawi LAIN HARGA. Orang Malaysia LAIN HARGA. Sape punya Dream Forest ni?? Pelakon terkenal katanya..Ko dah kenapa? Orang Langkawi tak guna RM ke? Kami ni guna matawang apa pulak???

Sape punya ajaran ko guna?? Mula nk g sini bawak anak.. Terus CANCEL.. Kami ni dtg dengan flite ticket dgn hotel bagai.. Lagi kau nak kebas lebih duit kami ye.. Kamjadd punya orang..Ni baru 1.. Ada lagi.. Pasal makanan .. Nanti laaaaaa…

Contoh boikot yang berkesan.

Boikot Langkawi sebab mahal nak mampos bila alternatif yang lebih baik dan murah dah pun wujud.Kesan: Tourism Langkawi gagal dalam kalangan warga tempatan. Kalau diorang nak hidup atau kompetitif, diorang kena turunkan harga.

Kau tau kenapa boikot Mekdi bodoh lagi bebal? Sebab orang Islam tak ada alternatif kepada Mekdi. Carikan aku alternatif kepada franchise Mekdi kat negara ni yang dimiliki oleh orang Islam.

Jawapannya: tak ada. Semua alternatif bukan hak milik orang Islam. Burger King bukan Isley, Spade Burger lagilah, langsung tak halal.

Inb4 korang sebut burger Ramli, Burger Ramli tu berapa kerat je orang singgah? Aku bercakap pasal restoran franchise dia, bukan burger tepi jalan. Kenapa aku specifically mention restoran franchise dia? Sebab kelas yang sama, atau hampir sama. Burger tepi jalan kelas dia lain, tak setaraf langsung.

Kalau korang betul betul bersungguh sungguh boikot Mekdi apa ke jadah tah, kenapa aku tak nampak orang mention restoran franchise burger Ramli sebagai alternatif?

Oh ya, korang yang benak memboikot ni pun tak tahu yang Burger Ramli tu ada restoran franchise dia sendiri. Tak pernah makan kat situ pun. Celaka hipokrit.

Kau tengok jelah, 2-3 bulan lagi, kau jugak yang beratur beli burger kat Mekdi tu. Restoran Ramli tu kau tak pernah jejak pun. Kau lah, siapa lagi?

Cekik darah kena bayar sampai RM 40 nak buat apa ?

Paksa org masuk benda2 bodo tu . Jadi pada semua org Malaysia silalah boikot kereta gondola ni supaya harga boleh dikurangkan bg mereka yg kurang berkemampuan tp ada hak utk bercuti dalam negeri .

Jangankan kat Langkawi, kat mana² pun aku dah boikot oder siakap ni…

Seekor siakap sekilogram berat harganya dalam RM17 lebih kurang sama dengan ikan kembong tapi bila dah jadi 3 rasa, memang terangkat poket…

Sebab tu pentingnya gugel edukesyen, beli seekor masak sendiri kat rumah… Dengan air tangan kasih sayang rasanya jauh lagi sedap dan jiwa pun lebih aman…Dah, jangan nak bising sangat… Masa oder eksyen tak henggat.

NASIHAT SAYA

Seandainya kos di Langkawi agak mahal berbanding Thailand, tetap lah pilih Langkawi. Terutama nya ketika RM lemah akibat ekonomi Riba yang di gunakan sebagai senjata oleh Uncle Sam.

Tak kan lah kita tersilap boikot kot? Mustahil peniaga dan pengusaha serta pemberi perkhidmatan Malaysia turut menyumbang dana ke Israel? Sekiranya ada perselisihan bab harga yang di tawar dan di kenakan, bincang elok elok. Tak payah lah Tular kan perkara negatif dalam MedSos. Itu perangan Yahudi nama nya.

Pengalaman saya berurusan di Langkawi, AlhamduliLlah memuaskan hati. Tak lah mahal sangat bila di ambilkira kualiti. Lagi pun kita sedang bercuti, kenapa perlu rosakkan pengalaman tersebut? Lebih kurang tolak pi tolak mai, REZEKI untuk kedua dua belah pihak kan? Kita sudah beraqad jual beli, ikhlas, move on. Insya-Allah berkat.

Sekarang musim tengkujuh atau monsun timur laut. Bercuti di sebelah pantai barat pasti lebih menghiburkan keluarga.dan sanak saudara ye tak? Masih banyak daya tarikan pelancong yang belum kita kunjungi.

Nak ajak Mohaini Jais dan Azami Ibrahim depa baru saja ‘tawan’ Langkawi baru baru ini. Zulkifli Bin Yahaya lama dah kot tak pi? kena boikot langkawi ?

Sebenarnyer selama ni tak reti nak order setabak,

nak order mcm mana pun tak tau. Nak mengaku malu.. Nasib baik la ada isu boikot Isreal.. Boleh skit cover malu… Meh komer layan kopi Local, Pondok Kopi 68 .. Open Weekend, kalau segan nak cakap melayu sebab bunyi Jawa, cakap jer Jawa.. Owner dia Waq Jangguttouch II tak kisah.. Orang Ipoh tak layan Setabak. Pour Over tu layan tepi tangga jer..Tu pasal Setabak Reserve tak berani bukak kat Ipoh, takut bukak sebulan tutup…

Lepas tu dgr sekarang ada gerakan Boikot Langkawi. Pasal deme ni kejam sangat. naikkan harga makan harga Hotel, dengor citer sekniker benda deme naikkan.. Elok ler boikot.. kejam sangat deme naikkan harga..

Dengor cerita Cameron Highland pun sama.. Boikot ajer.. Bio tumpo deme tak dapat meniaga.. Mcm mana kita buat McD dgn Setabak, benda yg sama kita buat dekat Langkawi dengan Cameron..Lajok sikit komer pegi Thailand, sana ada Happy Ending… Dengor cerita rege Siam lagi murah dr Langkawi..

Boikot…

Perkataan boikot itu sendiri adalah negatif sama seperti perkataan cerai yang amat tidak disukai tuhan walaupun ianya dibenarkan. Dibenarkan hanya jika ianya benar2 menyelesaikan sesuatu masalah yang kita hadapi. Jika tiada sebarang keuntungan dalam menyelesaikan masalah maka jalan lain yang lebih bertamadun wajib dicari.

Dibenarkan juga jika tiada pihak terdekat yang teraniaya, masyarakat umum tidak bertelagah dan tidak pula salahgunakan toleransi agama, kaum dan nationality.

Jika ianya tak mampu selesaikan masalah dan ada pihak2 terdekat pula yang teraniaya serta masyarakat jadi konfius dan berpecahbelah, maka boikot sedemikian adalah jelas haram.

Dan masyarakat akan mendapat bala kerana membiarkan sesuatu yang merosakan mereka dibuat atau disokong tanpa akal dan pengetahuan yang betul. Hj Ali the mamak, kuah langkawi. kena boikot langkawi ?

Leave a Reply

%d bloggers like this: