Kena Kanser Sebab Dosa ?

Kena Kanser Sebab Dosa ?

Kena Kanser Sebab Dosa ? “Saya kena kanser dulu mungkin sebab dosa tak jaga makan.”​

Mesti ramai yang dah tahu saya pernah sakit teruk. Punca utamanya adalah tak jaga makan.​

Ya, saya makan macam-macam. Paling suka makan fish ball, fish cake, crab stick. Yong Tau Fu tu memang kesukaan betul.​

Satu ketika, perut saya membesar sikit. Demam, buang air besar berdarah. Batuk keluar darah. Ingatkan sebab banyak berceramah, suara kuat.​

Waktu bawa jemaah buat umrah, badan rasa lemah sangat. Saya minum air zam-zam dan berdoa.​

“Ya Allah. Kalaulah ada penyakit dalam badan aku ini, Kau keluarkanlah”. ​

Tiba di hotel, perut memulas. Pergi ke tandas, bukan najis yang keluar tapi darah lebih kurang dua gayung!​

Saya disahkan kanser Limfoma Stage 4 pada 31 Jan, 1 Februari saya lalui 5 jam pembedahan dan doktor berjaya keluarkan kanser seberat 1kg! Ngeri tuan-puan. Kanser usus pun ada sehingga 1.4 meter usus terpaksa dipotong. Antara yang terpanjang dalam sejarah. Sampai sekarang rasa tak selesa.​

Subhanallah. ​

Namun, saya tak merungut dan sentiasa bersangka baik pada Allah. Bahkan syukur dengan hikmah ujian sakit. ​

Sekarang bulan Ramadan ni, saya teringat semula dosa tak jaga makan ni. ​

Allah pesan dalam Al-Quran, pilih makanan yang halal dan baik. Halal dari segi sumbernya. Baik dari segi manfaat serta khasiatnya.​

Tapi begitulah. Kita manusia seringkali terlupa.​

Jadi, jom waktu berbuka dan sahur. Tengok semula apa makanan yang kita sediakan untuk keluarga.​

Untuk follower semua, ambillah tip pemakanan ini untuk elakkan terkena kanser atau disembuhkan daripada penyakit ini :


1. MAKAN PAGI​

Makan pagi jangan tinggal, sahur jangan skip. Waktu pagi, asid nak ke perut, kalau tak makan akan jadi toksik.​

2. AMALKAN LEMON​

Bagus minum lemon waktu sahur atau makan epal. Makanan masam macam ni boleh neutralkan asid perut. ​

3. MAKAN BUAH SEBELUM MAKANAN BERAT​

Makan kurma, buah sebelum makanan berat. Zat-zat akan diserap dengan baik.​

4. JADIKAN BAWANG PUTIH BAHAN UTAMA DALAM MASAKAN.​

Ada anti-oksida. Jangan kisar hancur, ketuk-ketuk masuk dalam masakan.​

5. MINUM KOPI SEBELUM MAKAN.​

Minum waktu perut kosong. Kalau lepas makan, kopi akan serap khasiat makanan. Itu kaedahnya. ​

6. NANAS.​

Nanas bagus untuk pesakit kanser. Perubatan Islam gunakan untuk rawat kesan santau. ​

7. ELAKKAN GULA PUTIH.​

Ganti dengan gula sihat. 10-20 tahun dulu, waktu ceramah saya selalu sebut elakkan bagi anak gula-gula. Penyakit tak datang waktu kecil, ia jadi bila dah besar.​

8. ELAKKAN MEE SEGERA.​

Ini paling utama. Mee segera sebabkan sel kanser berkembang cepat. Memang sedap dan cepat, tapi sangat bahaya.​

Penyakit kanser ni sangat sakit tuan-puan. Saya dah alaminya. Adalah pembohong besar mereka yang kena kanser jika kata tak sakit. ​

Sakitnya masih terasa sampai hari ini dan kemudiannya, badan kita sangat lemah.​

Saya tak nak tuan-puan rasa apa yang saya rasa.​

Jom azam, Ramadan ni ubah cara makan kita ya. ​

Dengan puasa, jiwa kita jadi kuat. ​
Dengan puasa juga, badan kita jadi lebih sihat.

KHASIAT AIR KELAPA MUDA

1. Membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
2. Boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
3. Membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
4. Membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
5. Mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Boleh juga dijadikan minuman tenaga.
6. Merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
7. Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
8. Boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
9. Meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
10. Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
11. Membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam dan juga AIDS.
12. Membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
13. Membantu merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
14. Membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.
selamat mengamalkan

DIET DAN KANSER

Saya pernah bertugas di Institut Kanser Negara dan melihat pelbagai pesakit kanser sebab di situ setiap pesakit yang masuk wajib jumpa dietitian.
Sebelum tu pun bertugas di wad Hematology (kanser darah) di sebuah hospital besar di selatan.
Sukar untuk saya bagi satu diet that ‘fits for all cancers’.
Setiap jenis kanser akan memberi kesan yang berlainan terhadap badan anda.
Contoh:

Kanser mulut : susah nak makan, kunyah dan menelan tapi mungkin tiada masalah dari segi penyerapan
Kanser breast: tiada masalah dari segi pengambilan dan penyerapan tapi akan effect psychology yang kuat sehingga boleh effect selera makan
Kanser usus: telan,kunyah,makan tiada masalah tapi akan ada masalah penyerapan
Nampak point saya..jika nak diet khas untuk kanser anda/ahli keluarga/kenalan minta mereka mohon dari Doktor yang merawat untuk merujuk kes kepada Pegawai Dietetik di Hospital yang merawat.
In Sha Allah kami jumpa free ajer
Sementara itu saya bagi tips untuk naikkan selera makan pesakit kanser yang sedang menjalani rawatan

1. CARA BUKA PENUTUP MAKANAN
Apabilah hidang makanan panas kepada kita stim,wap bau makanan lagi menyelerakan tapi pesakit kanser boleh lebih meloyakan.
Maka masa nak buka penutup masakan hala ke arah bertentangan dari pesakit.
Jangan bawah muka atau menghadap pesakit
2. MAKANAN MINUMAN YANG SEJUK, MANIS DAN SENANG DITELAN
Manis, sebab akibat dari kurang selera makan makanan manis dapat membantu naik selera
Sejuk sebab bagi pesakit kanser terutamanya kemoterapu besar kemungkinan akan ada ulser di mulut dan kerongkong, suhu sejuk akan kurangkan kesakitan
Senang ditelan tak perlu usaha pesakit untuk kunyah sebab amalan mengunyah tu pun amat sakit
3. JAGA JAGA KEBERSIHAN
Pesakit kanser antara yang boleh masuk dalam kategori immunocompromised dan lebih senang kena jangkitan
Antara yang perlu dijaga jaga
– kebersihan alat
– perlu kupas kulit buah
– no makanan tak masak seperti telur separuh masak, sushi
– tak perlu garnish (daun sup, daun bawang etc)
– seeloknya air masak dan ditapis bukan RO sahaja.
4. BERI MAKANAN/MINUMAN PADAT TENAGA
Masukkan macam macam untuk padatkan tenaga supaya pesakit tak perlu makan banyak tapi dapat macam macam
Saya pernah buat/cadang untuk pesakit
– Milkshake: Susu formula (khas untuk pesakit) + aiskrim + coffee/cocoa/chocolate powder + protein dan semua tersebut telah jadi 500kcal.
Pesakit suka sebab sejuk, senang telan dan saya suka sebab padat dengan tenaga.
– Kuehteow soup dan lauk cincang: kuehteow lebih senang nak telan banding dengan bubur, bubur sebenarnya ada butiran halus yang sakit juga kalau stuck dkt ulser.
5. GUNAKAN SUPPLEMENT ATAU SUSU KHAS ATAS SARANAN DIETITIAN
Tak boleh lari dari ini jika tak cukup makan.
Pesakit kanser jika makin malnoursihed lebih sukar nak baik dan berhadapan dengan kanser.
Walaupun jenis formula telah nyatakan sesuai untuk sakit apa tapi kuantiti, dos,kekerapan masih perlu ditetapkan oleh Pegawai Dietetik. Jika tak ambil dengan secukupnya membazir sahaja..
Yang paling penting
STAY AWAY FROM SUPPLEMENT AND PRODUK OVERCLAIM

Sangat membazir
Tak berkesan pun
Dan lebih memudaratkan
Walaupun anda antivaks ke, doula tak bertauliah ke, penyokong geng sesat ke, penjual produk teh overclaim ke saya masih akan membantu anda bila anda pesakit saya.

Leave a Reply