Kenapa Harga Ayam Naik ?

kenapa harga ayam naik

Kenapa Harga Ayam Naik ? Saya tak nak salahkan sesiapa. Saya bela ayam sendiri. Lepas itu saya bela ayam kampung kacuk. Saya tak jual dengan pemborong. Ada juga saya bela kambing sendiri, saya bela lembu sendiri.

Saya dah cakap hari tu. Sayur, ayam dan daging ni naik harga sebab pihak yang beruntungan nak desak kerajaan ambil ayam, sayur dan daging import.

  • Bila sayur naik harga
  • Bila ayam naik harga
  • Bila daging naik harga

Nanti adalah media, NGO, pembangkang bising sana sini. Semua tu konon-konon je jadi hero.

  • Nasib petani macam mana?
  • Nasib penternak macam mana?

Jangan harap ada yang tengok dan bela. Saya berkata benar. Saya bela ayam sendiri. Sepanjang tempoh harga ayam naik. Saya tak naik kan harga pon. Saya juga tahu kawan-kawan penternak tak dapat pun harga yang cantik dari pemborong. Banyak je ayam yang lebih hari dan tak terjual. Macam mana boleh kata bekalan tak cukup.

Siapa je yang naikan harga ni sebenarnya?

Bukan petani, pekebun atau penternak. Katanya orang tengah. Mereka boleh je sesuka hati naikan harga. Tengah hari harga lain, petang harga lain, malam harga lain. Kenapa saya tahu? Sebab saya pergi pasar borong setiap hari untuk beli sayur. Harga hari ni dengan semalam tak sama.

Macam-macam taukey tu cakap. Sayur mahal sebab hujan. Ayam tak ada sebab banyak permintaan. Janganlah nak bodohkan bang oi. Macam mana boleh mendadak naik. Sayur kita tanam hari ni bukan boleh terus petik esok. Kalau lada perlukan 2 bulan dari tanam baru berbuah itu belum boleh dipetik.

Ayam, boleh naik sampai RM5 sekilo dari harga asal. Mana boleh tak cukup. Ayam boleh masuk peti sejuk beku. Bukan busuk pun. Lepas tu boleh jual bila ayam tak cukup.

Saya nak ajar korang satu je kira-kira. Saya bela ayam 5000 ekor je satu pusingan. Ada syarikat besar bela ayam 5 juta keluar sebulan. Kalau ayam naik harga RM2 je sekilo. Sehari berapa deorang dapat untung.

Lama lah dulu.

Saya ada seorang kenalan. Bukanlah rapat sangat. Tapi kira mewahlah. Dia kata dia bisnes import export. Sekali saya tanya lah dia. Bisnes apa?. Dia kata dia bekalkan kepak ayam dari luar negara. Hantar pasar raya besar. Sekali lagi saya tanya soalan lurus bendul. Halal ke ayam tu. krik krik krik dia tak jawab terus cerita lain.

Ingat lagi setahun lepas. Satu syarikat yang dapat AP di dakwa kerana telah cuba menipu dengan mengatakan membekal daging lembu sedangkan daging yang dibekalkan adalah daging kuda dan daging kanggaro. Kenapa Harga Ayam Naik ?

Boleh percaya ke lagi syarikat yang dapat AP ni?

Kekadang jadi penternak ni katanya kerjaya paling bawah. Nampak bersusah payah. Nampak baju koyak, murah dan nampak bodoh. Plot-plot drama pun tayang orang kampung ni selalu miskin.

Rakyat kita pun nak yang murah. Deorang kempen sendiri kata daging import, ayam import, sayur import jauh lebih murah. Orang kampung ada seorang dua tanam sayur, bela ayam susah nak beli. Baik beli kat pasar raya. Ada class gitu.

Pernah dulu kerja kat Jordan setahun. Sebelahnya negara Palestine. Yang korang beri derma selalu tu. Mereka pun makan nasi basmati. Mana ada makan beras hancur. Kita ni dari dulu tak berubah. Anak-anak kita beri makan beras hancur, ikan paling murah. Macam mana anak-anak kita nak membesar dengan sihat. Berfikir dengan cerdas.

Saya surah isteri saya tukar beras. Kalau boleh anak-anak beri makanan yang paling berkhasiat. Dah tahu sayur import pakai racun yang merbahaya. Tapi sayur kita yang baik-baik kita export ke Singapore. Rakyat kita makan sayur yang kurang berkualiti.

Tak payah nak fikirlah. Dunia ni medan tipu-tipu. Hanya ada 2 pilihan untuk dibuli atau membuli. Selagi ada yang berkepentingan dan beruntung pasti perkara ini akan terus menerus mengikut pusingannya.

Bila saya tulis macam ni, ada yang mesej ” ko pandai sangat ko jadi lah YB, bertanding lah. Jangan pandai cakap je? “. Apasal pulak aku nak jadi YB, aku cuma pekebun cabuk je. Korang ni selalu cepat koyak le.

HARGA AYAM LEBIH MURAH TANPA SUBSIDI DAN APABILA DIAPUNGKAN:

Yang percaya rasanya walanon saja sebab mereka tiada otak, mereka hanya ada lobak… Tujuan kerajaan beri SUBSIDI adalah supaya harga sesuatu barangan dapat dikurangkan dan dapat DIKAWAL. Sebab tu ada subsidi RON95, LPG, diesel, minyak masak polibeg 1kg, beras, telur, ayam, subsidi bil letrik.

LOGIKNYA – jika diberi subsidi pun harga boleh MELAMBUNG, inikan pula jika TANPA SUBSIDI.

Tujuan kerajaan menetapkan harga siling sesuatu barangan dan TIDAK MENGAPUNGKANNYA, adalah supaya peniaga TIDAK BOLEH MENJUAL LEBIH TINGGI daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebab itu ditetapkan harga telur mengikut gred, misalnya Gred A, 45 sen sebiji, harga siling ayam segar pada RM9.40 sekilogram.

LOGIKNYA – jika selepas kerajaan menetapkan HARGA SILING sesuatu barang pun, harga ayam, telur boleh MELAMBUNG, inikan pula apabila harganya DIAPUNGKAN. Tentulah kartel suka dan menari2 apabila HARGA SILING sudah TIADA. Kenapa Harga Ayam Naik ?

Tujuan kerajaan mengklasifikan sesuatu barangan sebagai barangan KAWALAN,

adalah supaya peniaga TIDAK BOLEH MENJUAL LEBIH TINGGI daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebab tu ada harga yang ditetapkan untuk minyak RON95, diesel, LPG, minyak masak polibeg 1kg, beras tempatan.

LOGIKNYA – sebab itu pengeluar, pengilang tidak suka barangan mereka dijadikan BARANG KAWALAN kerana mereka tidak boleh mengambil keuntungan yang lebih besar. Jadi tidak pelik jika mereka akan gunakan kaedah lain untuk barangan mereka agar tidak termasuk dalam kategori BARANG KAWALAN ini – misalnya minyak masak biasa diupgradekan menjadi minyak masak tapisan berperingkat, telur biasa diupgradekan agar berkualiti omega, gula biasa diupgradekan menjadi gula bertapis kualiti premium, beras tempatan diupgradekan menjadi beras dalam packing beras import…

JADI APABILA KERAJAAN MEMBERITAHU HARGA AYAM AKAN TURUN – (SELEPAS HARGANYA DIAPUNGKAN, BUKAN LAGI MENJADI BARANGAN KAWALAN DAN TIDAK LAGI DIBERIKAN SUBSIDI)… maka, saya yakin hanya walanon sahaja yang akan percaya dan menelannya bulat2 kerana mereka biasanya tidak berakal.. rakyat tidak sebodoh walanon..

Kenapa harga turun?

1. Walanon tak tahu bezakan harga AYAM SEGAR berbanding AYAM FROZEN

2. Permainan kartel, sama seperti permainan sebelum PRN 6 negeri, harga turun beberapa hari sebelum PRN tapi naik melambung sebaik selepas hari mengundi. Jadi tunggu sajalah…. [Bukti – harga boleh diturunkan walaupun tanpa kerajaan beri subsidi]

3. Alasan harga ayam naik sebab perang di Ukraine, ringgit merudum, dollar meningkat, harga dedak melambung adalah PEMBOHONGAN, sebab harga masih boleh diturunkan walaupun masih ada perang di Ukraine, ringgit masih merudum, dollar masih meningkat dan harga dedak masih mahal. [Bukti selama ini rakyat telah diayam2kan..]

Logik tak apa yang saya cakap? JANGAN TERTIPU…#PM10Gagal. #KerajaanGagal

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply