Kenapa Kena Makan Ubat Cacing ?

Kenapa Kena Makan Ubat Cacing ?

Kenapa kena makan ubat cacing walaupun aku dah dewasa. Makan suppement & pkai skincare still nmpk sama je xberkesan meh baca sini

PENTINGNYA UBAT CACING

Persoalan yg menjadi tanda tanya
1. Kenapa saya mengambil apa-apa supplement /vitamin atau jamu tidak nampak kesan kepada saya?
2. Kenapa saya sering rasa gatal-gatal di kawasan tertentu, penyakit di hadapi payah sembuh? Kemaluan saya berbau busuk , walaupun sudah beberapa kali berjumpa doktor mendapatkan perawatan dan hilang sekejap tetapi berulang lagi.
3. Kenapa saya mudah selalu gastrik / masuk angin dan perut jadi sensitif .Badan tidak bertenaga. Kadang-kadang saya makan sudah terlalu banyak tetapi masih lagi lapar di waktu tengah malam?
Perut saya buncit berbunyi sesuatu dalamnya.
Dan banyak lagi simpton cacing banyak didalam tubuh badan manusia.

Dari sudut perbidanan kampung dipercayai setiap 15hb -21hb bulan Melayu biasanya cacing akan bertelur dan membiak-biak dalam usus manusia.
Ini juga salah satu cara bagi menjadikan badan sentiasa sihat dan bertenaga dengan memastikan pengambilan ubat cacing setiap enam bulan sekali.
Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.
Ramai kebanyakan orang bila saya bertanya bila kali terakhir mengambil ubat cacing? Rata-rata memberitahu di ketika usia budak zaman sekolah dahulu.

Bayangkan ..jika anda sudah berusia 40 tahun..pelbagai jenis cacing beranak pinak dalam badan anda!!!!.
Sekarang ini , bila kita mengambil ubat cacing , cacing takkan keluar seekor demi seekor seperti zaman dahulu. Cacing-cacing akan hancur melalui najis. Jangan takut mengambil ubat cacing.
Jangan ambil mudah dengan masalah kecacingan kerana kebanyakan kita mungkin beranggapan cacing hanya berada di dalam usus sahaja. Sebenarnya jangkitan cacing boleh berlaku di mana-mana bahagian badan – mata, hati, paru-paru, salur darah. Jangkitan juga boleh berlaku melalui sentuhan pada kulit.

Tanda-tanda kecacingan:-
* Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
* Alahan kulit yang teruk – bengkak atau ruam & gatal terutama pada waktu malam
* Gatal sekitar lubang najis (dubur)
* Alahan terhadap makanan
* Sakit perut – cirit-birit, kembung, sembelit
* Anemia – kurang darah (ada cacing yang menghisap darah)
* Keletihan luar biasa – lesu, kurang tumpuan, kemurungan, gelisah, demam
* Tiada selera makan, pucat,
* Kurang berat badan walaupun selera makan ada
* Mengetap gigi ketika tidur malam (grinding of the teeth at night)
* Kedutan dan lingkaran hitam pada kelopak mata
* Hiperaktif
* Sakit kepala
* Sensitif terhadap cahaya
* Gusi & hidung berdarah
* Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)

APA YANG PERLU DILAKUKAN ?
1)“Deworming” (Pembasmian cacing):
a. Perlu dilakukan setiap enam bulan sekali untuk mengelakkan jangkitan cacing. Ubat cacing boleh didapati di farmasi.
b. Walaubagaimanapun, seseorang yang sudah dijangkiti perlu mengambil ubat ini mengikut preskripsi doktor.
2)Tingkatkan kebersihan diri dan persekitaran:
a. Basuh tangan dengan sempurna (terutama di celah dan di bawah kuku) sebelum makan dan setiap kali masuk ke dalam rumah.
b. Gunakan kasut/selipar semasa di luar rumah.
3)Tingkatkan kebersihan semasa penyediaan dan pengambilan makanan:
a. Masak unsur daging dan ikan dengan sempurna.
b. Basuh sayur dan buah-buahan dengan sempurna.
c. Minum air yang telah dimasak atau ditapis dengan sempurna.
d. Pastikan system penapisan air kerap diselenggara.
4) Utamakan aspek kebersihan dalam pemeliharaan haiwan:
a. Haiwan peliharaan juga perlu menjalani “deworming”.
b. Gunakan sarung tangan semasa membersihkan sisa tinjaan haiwan peliharaan.
c. Basuh tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan.
d. Elakkan daripada dijilat haiwan.

Berapa Banyakkah Zentel Yang Harus Saya Makan Dan Berapa Hari Lamanya
– Jangkitan Cacing Gelang, Cacing Cambuk, Cacing Kait dan Cacing Kerawit:

Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berusia dua tahun ke atas : makanlah satu botol 10 ml cecair Zentel (400mg) atau 2 tablet Zentel (400mg kesemuanya). Anda dikehendaki memakan ubat ini hanya sekali sahaja

*Bagi kanak-kanak berumur 12-24 bulan : berikan separuh bahagian daripada dosis orang dewasa.

Tidak semua jangkitan cacing itu merbahaya tetapi rawatan serta pencegahan awal harus dipertimbangkan demi kesihatan & kualiti hidup.

HANYA C&P MASA NI ,TAK INGAT DRI SIAPA ..MAAF YA

APAKAH PARASIT ?

SERANGAN PARASIT pada tubuh manusia adalah sejenis penyakit yang tersembunyi. Simptom-simptom yang diberi oleh jangkitan parasit ni menyamai simptom penyakit lain, jadi tak ramai orang sedar sebenarnya mereka mengalami masalah parasit.

Adalah organisma yang masuk ke dalam tubuh kita, hidup dengan memakan nutrient kita, dan meninggalkan toksin pula kepada kita! Pendek kata ianya umpama tetamu tak diundang yang menyusahkan. Antara jenis-jenis yang biasa menyerang manusia adalah cacing tambang (paru-paru dan usus), anisakis (cacing dalam ikan dan biasa berpindah ke usus manusia bila makan ikan mentah), cacing gelang (menyerang usus, paru-paru, otak dan hati), Acanthamoeba (bila tak bersihkan contact lense), dan banyak lagi. Oleh itu menjaga kebersihan terutama persekitaran dan makanan amat penting untuk mengelakkan jangkitan parasit.

SIMPTOM-SIMPTOPM JANGKITAN
kelesuan

stress
tekanan perasaan
sering dalam keadaan ‘blur’
kembung
berat badan menurun
alergi
sensit terhadap makanan/persekitaran

sering sakit
kegatalan pada bahagian sulit
sakit otot dan sendi

sembelit atau cirit-birit
ketidakstabilan haid

ekzema

teringin benda manis
sukar tidur dan sukar bangun
eye floaters

MAKANAN PANTANG DETOKS

Kalau nak ikutkan, memang banyak jugaklah nak kene pantang sewaktu berdetoks parasit ni. Tapi untuk memudahkan kita terutamanya mereka yang baru pertama kali nak mencuba detoks parasit, makanan larangan utama sewaktu berdetoks adalah seperti berikut:-

Gula putih (termasuklah makanan yang bersumberkan gula putih). Tapi boleh ganti dengan pemanis yang asli seperti gula tebu organik, gula perang, madu, gula kabung, gula apong dan sebagainya.
Tepung gandum dan segala macam makanan yang berasaskan tepung seperti biskut, kek, roti.
Segala jenis roti
Kafein kecuali yang organik
Kordial kecuali jus buah asli atau kita blend sendiri

Petua Untuk Membuang Toksid Dalam Badan

Bahan-Bahan:
1 biji epal hijau
Daun saleri

1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri.
2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan.

NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

Share dan tag rakan2 anda diruangan komen yang nak diet.

Banyak manfaat yang kita akan dapat kalau kita berjaya untuk menjalani sesi detox dengan betul.

1. Berat badan mudah turun

ini disebabkan toksin dalam badan telah dikeluarkan semasa proses detox. Selepas detox proses penurunan berat badan menjadi lebih senang. Perut menjadi lebih kurus dan ramping

2. Kulit semakin cantik dan bebas jerawat

Bila toksin telah tiada dalam badan, jerawat bukan sahaja di muka malah disemua bahagian badan akan berkurangan dan beransur hilang.

3. Fizikal lebih muda

Lepas detox kita akan menjadi lebih cergas. ini disebabkan organ dalaman seperti hati, usus dan darah telah dibersihkan dari toksin. Badan juga menjadi lebih ringan dan kita akan rasa lebih sihat.

4. Mulut dan badan tidak berbau lagi.
Ini disebabkan toksin dalam badan telah disingkirkan dari badan kita.

5. Kitaran haid teratur

Untuk wanita, lepas detox kitaran haid lebih teratur. Peluang untuk hamil yang sukar hamil menjadi lebih baik. Ini disebabkan kitaran haid yang lebih teratur memudahkan lagi proses untuk hamil.

6. Sukar mendapat penyakit kronik.

Ini disebabkan semasa detox kita telah mengambil banyak air untuk menyahkan toksin dari badan. Detox juga membersihkan organ penting hati dan juga usus serta darah. Peluang untuk mendapat penyakit kronik adalah sukar.

7. Menghindarkan migrain.

Lepas habis sesi detox migrain akan berkurangan dan beransur hilang. ini disebabkan darah kita telah dicuci semasa detox

8. Angin dalam badan hilang

Selepas sesi detox angin dalam badan akan berkurangan dan hilang. Ini adalah pengalaman sendiri. Selepas detox tiada lagi sendawa. Badan terasa lebih ringan dan segar.

Leave a Reply

%d bloggers like this: