Kenapa Perempuan Sangat Manja ?

Kenapa Perempuan Sangat Manja ?

Kenapa Perempuan Sangat Manja ? Perempuan berjiwa sensetif. Tak kire laa sekasar mana pon perwatakannye. Perempuan suka dibelai, dimanja dan diberi perhatian. Sebab tu kalau dengan lelaki yang caring perempuan cepat cair..

Perempuan ni senang merajuk tapi susah nak marah. Tapi kalau dah marah puting beliung jadinya. Perempuan ni cerewet. Mesti nak dapatkan yang sebijik, serupa dengan apa yang dia mahu. Cth : Kasut, beg, baju, shawl & bla bla blaaa…

Perempuan mudah memahami tetapi sukar difahami. Perempuan suka berangan. Cth : Suka berfantasi nak jadi macam watak heroin dalam drama or novel. Perempuan curang sebab mereka keliru dengan kehendak diri mereka sendiri. Cth : Nak yang hensem tak berduit ke nak yang hodoh si baik hati.

Perempuan kalau yang setia kalah lelaki. Kalau yang rela bermadu tu memang terbaik habaq hang. Perempuan yang pakai make up tebal sebab mereka kurang keyakinan diri. Hakikatnya mereka lebih cantik kalau tak pakai make up sangat..

Kelemahan perempuan adalah perempuan lain

Ini kerana mereka cepat merasa iri hati. Perempuan sememangnya dicipta sebagai insan yang penyayang dan lemah lembut. Walaupon luarannya kasar, tegas, or garang. Tapi perempuan still ada perasaan ingin disayangi dan menyayangi.

Sebenarnya perempuan yang garang ni hatinya lembut & mudah tersentuh. Tetapi dia cuba menutupi kesahihan itu sebab tak mahu dilabel lemah. Air mata yang lahir selalu dilabel sebagai simbol kelemahan perempuan tetapi hakikatnya itulah kekuatan mereka

Sejahat mana pon perempuan tu tapi kalau ada lelaki yang sanggup bimbing, dia pasti berubah menjadi yang lebih baik. Alahai, perempuan ni hatinya macam kerak nasi. Sematang mana pon perempuan pasti ada terselit jiwa keanak-anakan dalam diri mereka.

Perempuan suka benda yang cantik cantik, yang wangi wangi. Perempuan sangat sensetif dengan berat badan mereka. Haha. Perempuan suka pendam perasaan sampai kadang-kadang makan diri. Memang Perempuan cepat jatuh hati tapi susah nak melupakan.

Perempuan susah nak puas dengan apa yang dia ada & apa yang dia dapat. Yelah, perempuan kan ada 9 nafsu tapi hanya ada satu akal. Sebenarnya dendam perempuan lebih merbahaya daripada dendam seorang lelaki. (O.o) kenapa perempuan sangat manja ?

Perempuan suka meluahkan isi hati melalui lagu, puisi or sajak.. Muihh Muihh

Perempuan berupaya melakukan banyak kerja dalam satu masa. Cth : Berbual dalam telefon semasa memasak sambil menonton televisyen. Perempuan suka benda yang menyakitkan or yang merumitkan asalkan mereka nampak cantik. Cth : kasut tumit tinggi & selendang berbelit belit. Perempuan memang suka berhias. o(n_n)o

Kalau perempuan dengan best friend dia memang macam laki bini. Cth: Jalan pimpin tangan, peluk peluk, tidur sebantal. Bla bla blaaa… Tak hairan laa kan sebab perempuan memang jenis penyayang.

Bagi perempuan benda & peristiwa yang memalukan adalah perkara yang sensetif buat mereka. Cth : Dulu kecik kecik pernah jatuh masuk longkang then terminum airnya.. Haha. Ni contoh jelaa weh. Kebanyakkan perempuan adalah internet bergerak. Muih muihh. Kebanyakkan okay tak semua

Perempuan kalau dah cemburu, kalah inspektor Sahab ! Hahaha. Perempuan suka membebel tetapi tak suka dibebel. Acanne tu ? Perempuan banyak cakap tapi kalau dia dah tak bercakap masalah laa tu. Bila Perempuan bila marah macam macam dia cakap, tapi dia tak maksudkan pon ape yang dikatanya tuu..

Perempuan cakap je dah tak suka, benci, putus jelaa, ceraikan aku. Bla bla blaa. Tapi sebenarnya hati masih sayang.. Perempuan kalau cakap memang ikut perasaan, sebab tu lafaz cerai tak diletakkan pada isteri.. 🙂

Perempuan ni jenis yang teliti. So jangan sesekali tersasul or terlepas cakap. Kalau perempuan tengah marah biarkan dia bersendirian & jangan ungkap kata kata maaf pada waktu tu, nanti kalau dah sejuk dia sendiri akan cari kamu. Jangan ceritakan betapa cantik, baiknya bekas kekasih kamu yang dulu, perempuan benci tu !

kredit: akugadiskidal

kenapa perempuan sangat manja

Uqasha Senrose, ini hadiah dariku, seorang lelaki yang imannya turun naik sama sepertimu’

Dulu, sewaktu saya dijemput untuk sebuah event untuk bacakan doa, awak ada sama dalam majlis itu. Tetapi awak tiba lewat, awak bersama rakan-rakan artis yang lain. kenapa perempuan sangat manja ?

Awak cantik sangat malam tu. Tak berkelip mata lelaki yang terlihat awak. Berpakaian cantik dan bertudung cantik. Kehijauan penuh. Tertutup dari atas sampai bawah. Warna2 syurga dapat saya perincikan kalau nak ikut hadis Nabi.

Saya terus sahaja tundukkan pandangan. Iyalah, ustazkan. Ececeh. Tapi hati saya kerap sahaja terasa nak terdongak melihat awak. Saya tahu saya salah. Sepatutnya saya beristighfar. Terbalik jadinya. Ha2. Itulah powernya wanita buat laki-laki.

Umur kita sama Uqasha.

Tapi mungkin dunia kita berbeda, lagu Tetap Dalam Jiwa, Isyana Sarasvati. Ya, hidup kita berbeda Uqasha. Saya jauh dibumi dan awak pula tinggi di langit. Namun awak tahu apa? Tak pernah sekali pun saya fikir yang kita takkan bertemu. Saya yakin kita pasti bertemu meskipun dunia kita berbeda kini.

Nak tahu sebab apa? Sebab awak punyai agama yang sama saya miliki kini. Uqasha, bila awak tercari-cari akan hidayah Allah swt disaat dulu awak diuji, itu mungkin sebenarnya ‘The right time’ yang mana kami seluruh rakyat Malaysia tahu, itu sepatutnya menjadi turning point untuk awak.

Awak berhijrah dengan mengenakan tudung. Meskipun sampai dinihari tak pernah sempurna, tapi awak kekal istiqomah.

Uqasha, baca ni.

‘Saya berikan pujian dan penghormatan pada awak khas dari saya sendiri sebagai seorang lelaki apatah lagi seorang yang berstatus ustaz.’ Uqasha, terima kasih untuk hidayah Allah swt yang telah sampai pada hati awak dan awak terima baik dengannya.

3 tahun lebih, dan awak masih istiqomah. Saya puji ni, Uqasha. Saya puji kerana kita telah sama kini. Kita telah letakkan penganggungan syariat Allah swt dalam diri kita semata untuk tunaikan perintah Allah swt.

Kita sama kini Uqasha. Tiada beza saya seorang ustaz dan awak seorang selebriti, selagi kita dua tahu yang mana patut kita agungkan dalam hidup kita. Syariat Allah swt, that’s it. Itu yang patut kita agungkan sampai kita mati nanti Uqasha sebagai seorang Islam.

Namun saya faham.

Kehidupan awak jauh diufuk awanan nun tinggi dilangit sana. Awak hidup dilangit bersama bintang2 yang memagari hanya bulan. Makna kata kehidupan yang ‘Exclusive’. Kehidupan awak serba cantik diatas sana. Kehidupan saya pula hanya sahaja membumi ditanah gersang ini. Kadang2 mendongak juga keatas melihat kehidupan awak dan bintang2 yang lain.

‘Mungkin saya tidak punya apa-apa melainkan titipan sebuah doa untuk mereka-mereka yang diatas’ berkata saya saat mendongak itu. Alhamdulillah, Allah makbulkannya Uqasha dan salah seorang lagi yang terpilih ialah awak.

Hari ni, awak sudi memandang ke bumi, tempat saya melihat awak. Saya sedang berbicara dengan awak kini, maka dengarkanlah dan fahamkan ini:

1. Kecaman manusia

2. Fitnah manusia

3. Cakap belakang manusia

4. Dengki & cemburu manusia

Ni semua ujian Allah untuk kita, Uqasha.

Saya tahu awak perempuan, awak cepat rasa tak mampu menanganinya seorang diri walaupun Allah dah bagitahu yang dia uji takkan lebih dari kemampuan hamba Dia.

Saya hadir malam ini Uqasha, berikan awak satu harapan baru untuk ubah cara hidup awak sendiri. Bukan ubah siapa awak. Itu. Cuma saya minta, awak tanamkanlah ‘Tekad’. Itu sahaja Uqasha ya.

Pertama, untuk istiqomah ialah suasana. Awak tak nak dilabel munafik, pura-pura, dah lah pakai tudung tapi kerja berlakon, mungkin ada scene peluk sana dan sini, pegang sana sini, awak tak nak dikecam. Awak risaukan hal itu. Ya, saya faham. Jadi, malam ini saya minta awak ubah suasana awak berkawan. Jangan putus kawan dengan siapa2 kini, tapi buat tambahan baru. Saya syorkan, kenal dengan mereka ini, Heliza Helmi, Yatt Hamzah, Felixia Yeap, Irma Hasmie, Safiey Ilias, sertai usrah bersama dengan mereka dan ustazah seperti ustazah Norhafizah Musa atau ustazah Isfadiah contohnya.

Bukakan pintu hati awak untuk pergi usrah, at least 1 jam dalam 23 jam yang telah awak gunakan untuk kerja.

Kedua, awak perlu tegas dan kuat dengan pilihan awak untuk menutup aurat. Sebab itu saya 2-3 kali juga tweet Mira Filzah, mengingatkan dia yang dunia hiburan dengan perwatakan muslimah yang dia nak bawa adalah satu benda yang sangat susah dalam dunia hiburan sebenarnya, semuanya disebabkan 4 faktor yang saya sebutkan kat atas tu.

Ketiga, awak bersabarlah. Setiap cemuhan, fitnah, kecaman yang tidak bersudah itu adalah tanda Allah nak lihat, sejauh mana awak berani atau sanggup letakkan harapan pada Allah. Itu sahaja sebenarnya. Allah nak lihat. Awak bergantung tak betul2 pada-Nya. Jadi Awak bulat tak hati untuk-Nya. Awak betul tak bersungguh nak tutup aurat demi-Nya.

Nah, lihat, saya dah bukakan pintu fikiran awak dari sisi yang baru. Renungkan dengan cuba jawabnya sendiri.

Kuasa ditangan awak Uqasha, Celcom-X Pax. #eh

Bila awak dah ada ‘Suasana’, kemudian awak ‘Tegas’ dengan pilihan awak. Awak pasti akan akan mampu ‘Sabar’ dengan sendirinya. Nak tahu kenapa? Kerana Allah swt telah berfirman: ‘Sesungguhnya Dia bersama orang-orang yang bersabar.’

Surah Al Anfaal ayat 46. Dia bersama dengan Uqasha. Kalau Allah nak buka pintu rahmat Dia untuk Uqasha, tiada satu makhluk pun di alam semesta ini dapat menghalangnya. Ingat kata-kata saya ini.

Uqasha, selepas saya buat coretan ini, saya akan kembali sibuk memakmurkan manusia dibumi, saya tinggalkan nota ini untuk awak dan rakan-rakan yang dilangit.

Kita mungkin jarang atau takkan bertemu didunia ni sebab kita jauh antara satu sama lain, tapi saya tahu saya akan jumpa awak disyurga, mungkin rumah awak disebelah rumah isteri2 Nabi Muhammad saw sahaja. kenapa perempuan sangat manja ?

Siapa tahu?

Saya mungkin akan tersenyum bila melihat awak saat itu, kerana dakwah saya hanya dari beberapa baris perkataan dari applikasi alam maya. Membuatkan awak terpanggil untuk jadi lebih baik dan cubalah untuk cari kunci pintu hati adik awak juga, ajak dia, bersama dengan dia, tunjukkan sayang awak sebagai seorang kakak yang nakkan adik dia turut sama2 ke syurga-Nya.

Sampaikan salam dan doa saya untuk dia, Nelydia Senrose, dengan lafaz ‘Assalammu’alaikum’. Malam ini, malam istimewa coretan khas saya untuk awak, ingat tarikh ni, Isnin, 29/8/2016, jam 10 malam. Itu waktu untuk kita berdua imbas kembali disyurga nanti. Ikhlas, Da’i Wan.

sumber: Da’i Wan

Leave a Reply

%d bloggers like this: