Kenapa Saya Pro Boikot ?

Kenapa Saya Pro Boikot ?

Kenapa Saya Pro Boikot ? Aqib berjumpa rakannya, Abu yang baru mula berniaga kopi brew di tepi jalan. “Kau ada lesen tak ni bu?” “Ada, under PBT, okaylah kan,” Abu menjawab sambil menyiapkan Coffee Latte tanpa gula dan Mocha dengan gula alternatif.

“Wah patutlah busy kau sekarang ya, ramai customer?” tanya Aqib. “Ya, sejak depa duk boikot Starbucks, client aku bertambah. Entah pakcik mana duk repeat order sampai 2 kali sehari, aku sampai dah level boleh hafal dah order dengan tahu kereta depa je bro,” kata Abu sambil menyiapkan order tadi.

Kenapa Saya Pro Boikot ?

1. Ya sebenarnya ini yang sedang berlaku di negara barat, street food and drink mengalami peningkatan jualan, mungkin sementara tetapi Alhamdulillah.

2. Dalam ekonomi, market structure adalah satu bab asas yang perlu dipelajari jika kita ingin memahami perihal sesuatu industri, apatah lagi jika kita ingin memahami realiti ekonomi dunia.

3. Dalam sektor F&B di Malaysia, Starbucks dimiliki oleh Berjaya Food sebahagiannya dan syarikat yang sama memiliki franchise F&B lain yang popular di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

4. Berjaya Food dengan kemampuan modal mereka boleh mewujudkan banyak outlet dan peluang pekerjaan selain menjana keuntungan.

5. Saya tidak mendapat angka rasmi pegangan atau market share Berjaya Food dan Starbucks di Malaysia. Tetapi secara eyeballing Starbucks adalah popular dan menjadi pilihan golongan middle and upper class kerana harganya yang lebih tinggi daripada warung dan kedai mamak.

6. Populariti ini dalam market structure jenis monopolistic competition adalah satu faktor utama menjadikan Starbucks sebagai pilihan. Ianya berbeza jika pasaran adalah monopoli atau oligopoly dan sebagainya.

7. Contohnya jika kerajaan ditimpa kejahilan secara tiba-tiba dan membeli kesemua pegangan Berjaya Food dalam Starbucks, kemudiannya kerajaan melarang pembukaan kedai kopi lain bagi mengelakkan persaingan dan mereka diarah tutup atau join Starbucks. Maka pengguna tiada pilihan untuk kedai kopi melainkan minum di rumah atau ke Starbucks milik kerajaan sahaja. Ini contoh monopoly.

Kerajaan Tak Campur Tangan

8. Contoh kedua, katalah kerajaan tak buat begitu, sebaliknya pemain industri, Berjaya Food dan beberapa syarikat besar lain berpakat, mereka deal dari segi harga dan produk jualan, mereka deal kawasan cawangan mereka, menyebabkan produk mereka terpaling laris dan menjadi pilihan. Sebagai contoh, kerajaan dahulu mengenakan cukai dan duti import yang tinggi untuk kereta import, maka ia telah memberi kelebihan kepada pengeluar kereta tempatan iaitu Proton dan Perodua. Katalah Proton dan Perodua berpakat mewujudkan persaingan antara mereka tetapi pada bilangan dan harga tertentu berserta dengan strategi tertentu. Maka pengeluaran small hatcback Myvi keluar bersama Savvy, Bezza bersama Saga baru, Alza bersama Exora and so on.

9. Apa yang berlaku adalah oligopoly, jika berjaya mungkin saya boleh katakan ianya adalah cabang dalam oligopoly, iaitu duopoly, pakatan 2 syarikat membolot market share industri automotif tempatan.

10. Tetapu realitinya hari ini pasaran kedai kopi adalah monopolistic competition, tiada masalah perundangan dan peraturan daripada PBT yang menghalang, kita pun ada undang-undang anti cartel dan kita menggalakkan persaingan. Ianya tidak sampai kepada perfect competition.

Monopoly Perniagaan

11. Dalam monopolistic competition, terdapat ramai pemain, business entry lebih mudah berbanding oligopoly dan monopoly dan sebagainya.

12. Masalah yang berlaku yang menyebabkan keadaan hari ini tidak seperti ideal monopolistic competition dan menghampiri kepada oligopoly adalah realiti market entry dan modal perniagaan. Pembangunan Malaysia adalah tidak sekata, Lembah Klang menikmati lebih banyak pembangunan, maka populasinya jauh lebih besar dengan isi rumah dan buying power yang lebih tinggi, berbanding dengan negeri dan bandar lain.

13. Maka apa yang berlaku, ini memberi kesan kepada pasaran property, tentu sekali anda pun tahu harga property di Lembah Klang. Sewa pun tinggi, maka kos perniagaan, modal mula perniagaan dan overhead adalah tinggi. Average RM 5-20 ribu kos sewa bangunan. Kalau dapat hotspot macam Starbucks, sewa pula 2-3 lot, tentu jauh lebih tinggi.

14. Masalah yang kedua adalah information right yang tidak telus. Kadangkala anda akan tahu siapakah property developer kawasan tersebut, dan apabila kita scrutinize, rupanya developer adalah anak syarikat daripada syarikat ibu yang sama memiliki kedai kopi tersebut, contohnya la. Atau pun favouritsm berlaku, contohnya Dato X seorang India Muslim rapat dengan developer tersebut, maka dia dapat tahu property developement lebih awal, boleh menyediakan modal lebih awal dan masuk perniagaan dengan harga yang optimal. Siapa yang tidak bernasib baik?

Modal Permulaan

15. Masalah yang ketiga, modal permulaan. Umum telah maklum, bank ada menyediakan modal mula dan begitu juga dengan PUNB, Tekun, Mara dll. Tetapi masih banyak loophole dalam hal ini, antaranya ramai juga yang tak tahu berkenaan modal mula ini. Kemudian modal mula yang rendah bagi seorang peniaga yang sebenarnya berbakat juga menjadi satu masalah. Tak semua sektor perniagaan akan mendapat modal mula yang tinggi.

16. Maka peniaga kecil-kecilan, walaupun ada kemahiran, creativity dan bakat, tetap terpaksa menerima realiti hidup, sekadar modal yang mereka mampu dapat adalah level buka booth di tepi jalan. Barrier kepada market walaupun tidak secara perundangan, tetapi socioeconomic history di Malaysia telah menjadikannya begitu.

17. Adakah peniaga kecil-kecilan ini boleh berjaya? Boleh, in fact dia boleh own outlet besar dan premium. Contohnya Ramly Burger, dulu booth kini besar dan ada kilangnya sendiri. Tetapi berapa ramai yang berjaya seperti ini? Dan Ramly sendiri, mudah ke dia nak berjaya seperti hari ini?

Dilema perniagaan orang Melayu

18. Maka apa yang saya nak sampaikan di sini, inilah sebenarnya dilema perniagaan orang Melayu. Dasar lampau memang ada niat yang baik, tetapi telah memberikan kekayaan kepada sebilangan Melayu, juga berjaya mewujudkan banyak middle class Melayu. Tetapi untuk adik kita tadi, bercita-cita tinggi nak own his own brand, tidak mudah sebenarnya.

19. Sebabnya on paper kita kata ada akta anti cartel, anti itu dan ini, tetapi realiti ekonomi sebenarnya, kenapa orang Melayu majoriti memilih F&B dan kawasan perniagaan di tempat yang ada bantuan kebajikan samada dari kerajaan atau persatuan, downtown dan sebagainya?

20. Kenapa pemilik outlet yang besar berjenama, pemilik pula bukannya orang Melayu di tanah orang Melayu itu sendiri?

21. Kerana persaingan hari ini tidak betul-betul adil, walaupun ada bantuan lebih kepada orang Melayu, tetapi masih ada loophole dan mereka yang tercicir. Begitu juga, saya tak nafikan, orang Melayu lebih suka makan gaji daripada berniaga.

Orang Melayu ramai juga memilih perniagaan yang lebih mudah

22. Dan hasilnya orang Melayu ramai juga memilih perniagaan yang lebih mudah, jadi online seller, drop shipping dan sebagainya. Itu belum masuk dunia scam, MLM jenis ponzi, supplement timbang kilo dan sebagainya.

23. Maka dari aspek ini, walaupun ada orang Islam dalam Berjaya Food tersebut. Post ini tidak bermakna saya boikot Berjaya group. Saya hanya boikot Starbucks, perjuangan boikot itu ada sebabnya. Kita tak expect pun Starbucks akan bungkus terus, tetapi saya sendiri personally mahu masyarakat sedar akan alternatif dan peniaga-peniaga Islam kita yang juga hidup seperti kita, ada anak dan isteri seperti kita, ada tanggungan seperti kita, ibadat seperti kita, akidah seperti kita malahan saudara kita, kenapa kita tak support?

24. Kenapa support Starbucks dan Oldtown cafe? Kenapa bukan Kopi Mesin dan business kopi anak muda kita? Kalau terlebih manis, tegur dan didiklah mereka. Jangan apologetic, daripada kuasa perniagaan datangnya kekuatan politik Melayu yang tempang hari ini. Jika anda tak support, ramai yang tak akan support. Saya mengkaji bab behavior economic. Dan saya tahu apa yang saya tulis. kenapa saya pro boikot ?

Leave a Reply

%d bloggers like this: