Kencing Manis Obesiti Buncit

kencing manis obesiti buncit

Merawat kencing manis obesiti  buncit. Kesemua ini berpunca dari satu benda yg sama, insulin resistant. Dan masing2 saling kait mengait (inter connected).

Kencing Manis Obesiti Buncit

1. Kencing manis
Saya tak akan cakap banyak ttg kencing manis sbb nnt kalau ada yg tinggal rawatan doktor dan sakitnya makin teruk saya dipersalahkan. Ringkasnya
– kencing manis tak pulih dgn ubat hospital, never
– kencing manis reversable dan curable melalui pemakanan dan puasa

2. Obesiti dan buncit
Obesiti bukan sekadar isu penampilan. Ia penyakit. Sbb itu bila ada yg kata gemuk is awesome, saya rasa ada yg tak kena. Ia perlu dirawat. Bukan isu body shaming segala. Ia penyakit dan boleh jadi punca sakit2 lain termasuk jantung, strok dan hipertensi.

Bagaimana merawatnya?
Sama, puasa dan pemakanan rendah karbohidrat.
Puasa bagiamana?
1. Mulakan dgn betulkan pemakanan dgn hanya makan makanan asli. Berhenti mkn makanan proses yg banyak gula dan trans fat biasa dtg dlm kotak, lebih dr 5 bahan dan berbar code
2. Step 2, skip sarapan atau lunch atau dinner. Tukar2. So, buat 2 meal sj
3 step 3, cuba buat one meal a day (OMAD). Makan sekali saja sehari.a
4. Step 4, Buat puasa 36 jam.

Ada yg buat puasa 3 hari, 7 hari, malah rekod dunia sampai 382 hari. Masa puasa air boleh diminum, cuma tk makan saja. Bila lapar, minum air. Lama2 lapar hilang kerana lapar disebabkan hormon ghrelin. Ghrelin ni yg bagi signal kat otak bhw kita lapar. Kalau kita tak layan, dlm sejam, ia hilang.

Kajian menujukkan, selepas berpuasa lebih 16 jam badan kita akan mula guna lemak (ketone body) sbg tenaga sbb glukos sudah tiada. Keadaan ini dipanggil sbg ketosis.
Selepas 24 jam berpuasa, badan kita akan melaui proses autophagy iaitu badan kita akan mula buat proses kitar semula. Sel2 yg rosak akan dikeluarkan, sel2 baru dibentuk dsb. Benda ni tak berlaku masa kita asyik makan. Macam hidup kita juga. Masa rehat, kita boleh kemas2 stor. Yg ok lagi simpan, yg rosak buang, yg tak ada, kita buat atau beli. Dgn autophagy kita akan lebih muda.

Hampir semua dari kita pernah buat puasa 24 jam iaitu semasa kita bangun tidur dlm bulan puasa, terlepas waktu subuh, tak sempat sahur. Dan kita masih hidup utk membaca posting ini. Tak mati.

Saya difahamkan saari amri pandai rawat kencing manis. Jika betul, maknanya betullah kencing manis boleh dirawat. Dan kalau sy jumpa saari, sy nk minta dia nasihat kpd patient dia supaya puasa dan bila berbuka, jgn makan gula dan banyak karbo. Itu saja.

Jadi, saya fikir ini dapat membantu menjawab soalan2 penting sekitar isu berkait macam mana nak diet.

Macam mana awak boleh dapat kencing manis ni? Umur sama macam saya? Dah 2 Tahun?

Saya suka menemuramah pesakit sebegini, sebab nak tambah kesedaran pada diri.

“Rasanya masa saya kerja di Fast Food 2 Tahun lepas? Masa tu, hari-hari minum air gas… berbulan-bulan…”

Sekarang lepas fikir balik,

Patutnya ada rakan sekerja saya masa tu kurus kering je, saya suspect masa tu sebenarnya mereka dah ada kencing manis juga.

“Ya, mungkin dia tak tahu…’

Macam mana awak tahu awak ada kencing manis?

“Pitam. Sampai di kecemasan, bacaan gula terlalu tinggi. Kena masuk wad…”

Kakak Kedua.

Umur 33.

Sc Actrapid 24 unit.

Sc Insulatard 20 unit.

4 kali sehari kena cucuk.

“Kenapa agak-agaknya dapat kencing manis?”

1. Keturunan. Mak dan ayah ada kencing manis.

Yang kedua, suka minuman bersusu.

Teh Tarik.

Teh O Beng.

Nescafe Beng.

Hari-hari.

Yang ke 3.

Seorang pekerja hospital.

30 an.

“Encik, kenapa kena kencing manis?

Banyak minum air gas. Kerja malam kadang-kadang nak berjaga, selalu minum…”

Yang lain.

Driver lori.

Muda juga.

Minum air gas 2-3 botol semalaman untuk stay alert untuk memandu.

Redbull.

Nescafe.

Dan sebagainya.

Kalau kita tanya pada mereka.

Kalau boleh mereka nak undur balik masa.

Tak nak dicucuk insulin.

Tak nak mata kabur walau masih muda.

Tak nak sakit-sakit dada.

Tak nak hypo apabila terlebih cucuk insulin.

Andai bisa diundurkan masa.

Mereka tak nak makan nasi banyak, tak nak hari-hari minum manis.

Tak nak korbankan jantung, saraf, buah pinggang dan mata, hanya kerana sedapnya manis…

Kita banyak berkerja kuat untuk menyara keluarga, dengan abaikan kesihatan.

Ramai yang walau baru 40 an,

Sudah mula memberi bebanan pada keluarga.

Perlu cuci darah, takde duit untuk rawatan dan sebagainya.

Pesanan untuk diri sendiri.

Semoga lebih berhati-hati.

Kuih banyak dan manis adalah racun.

Nasi makan 3 kali sehari adalah racun.

Gula putih, tepung putih dan nasi putih yang berlebihan adalah racun.

Isteri kalau betul sayangkan suami,

Dia tak paksa suami dia menambah nasi dengan banyak.

Dia pesan,

“Ehem…. Banyak nampak makan nasi, dah boleh slow-slow stop tu….”

Atau masak cukup-cukup je, supaya takde peluang nak menambah banyak.

Kadang-kadang, kita kesian pada mentaliti orang dulu-dulu. Rasa jadi isteri solehah kalau bagi makan nasi banyak dan sedap pada suami, padahal, 30-40 tahun akan datang, isterilah yang menemani suami ke Jabatan Kecemasan, terkena strok, serangan jantung, kegagalan buah pinggang….

Yang mana ‘masakan air tangan’ isteri tersayang sejak muda inilah boleh jadi penyumbang penyakit suami.

(Dan, isterinya tiada penyakit, kerana dia kurang makan masakan sendiri).

Tangan yang setiap hari buat air dan kuih manis untuk suami inilah, yang menghulur ubat Metformin atau tolong cucuk Insulin untuk suaminya, suatu hari nanti. Naudzubillah.

Hentikan kitaran, buncit itu tanda bahagia. Kalaulah kita tahu, ia bahagia sementara, ia adalah tanda insulin mulai resistance.

Pesanan :

Jom chek gula secara berkala.

Tahap kolestrol juga.

Buat medical check up fungsi hati dan buah pinggang. At least, tahu awal, boleh berjaga-jaga.

Saya suka menulis di sini.

Ada 4,000 follower positif dalam circle ni.

Tahu apa akan terjadi bila kita CUT SUGAR selama 2 minggu?

Terutama sumber gula daripada kelompok minuman manis dan makanan berproses? Selama 14 hari, langsung tak sentuh 2 makanan ni. Ini yang bakal berlaku:

1. Perut buncit mulai kempis. Tidak lagi tersembul keluar.

2. Bentuk muka yang membulat melebar mulai meruncing.

3. Kolesterol jahat dalam tubuh mulai menurun.

4. Penglihatan mulai lebih jelas. Yang pakai spek power makin menurun.

5. Daya memori mulai menajam. Tak kerap alami ‘brain fog’.

6. Kesemutan atau kebas pada hujung jari kaki/tangan mulai berkurang.

7. Yang kerap kencing tengah malam mulai berkurang kadar kekerapan.

8. Fizikal tubuh mulai meningkat dari segi stamina dan tenaga.

9. Perasaan nak mengudap makanan manis mulai berkurang.

10. Sengal pada sendi, otot dan tulang mulai berkurang.

11. Berat turun tonjolkan berat sebenar kerana ‘fat loss’.

12. Mood dan emosi mulai stabil dan lebih gembira.

13. Kulit mulai cerah, bersih dan glowing.

14. Seluar dan baju makin melonggar. Badan makin ringan.

Padu tak padu? Itu baru 2 minggu. Bayangkan kalau sebulan, 6 bulan ataupun setahun. Ayuh cabar diri Tuan Puan demi masa depan jauh lebih sihat dan bebas penyakit kronik.

1 Comment

Leave a Reply