Kesan Diet Low Carb Sampai Turun 35kg Makin Sihat

kesan diet low carb

Kesan Diet Low Carb ? Saya nak berkongsi sikit. Tahun 2021 bulan Oktober berat saya 120 kg. Isteri dah bertahun bising untuk saya turunkan berat badan sebab musim covid ni obesiti termasuk golongan yang berisiko (komordibiti) tapi saya masih macam tak endahkan. Sekarang saya dah hilang lebih 35 kg dari mengubah pemakanan.

Saya ingat lagi waktu tu saya dah sebulan lebih dapat suntikan vaksin dos kedua. Dada rasa lain macam, kesihatan pun macam tak elok. Dalam kepala macam nak salahkan vaksin. Masa tu saya balik kampung di Johor, saja je la cek kat klinik biasa. Lepas dapat result cek darah doktor cakap saya ada darah tinggi, asid urik tinggi, kolesterol tinggi. Pasal dada rasa tak sedap tu doktor tu cakap mungkin itu petanda saya nak nak dapat atherocleorosis (salur darah mengeras). Biar betul?????

Tak tau la saya kalau masa tu doktor tu saja nak menyakat saya tapi sejak balik dari klinik tu saya seolah-olah mendapat kesedaran 360 darjah pasal kesihatan. Atau mungkin juga doa isteri dan keluarga selama bertahun ni Allah makbulkan. kesan diet low carb.

Sejak tu saya mula cari informasi pasal kesihatan ni, akhirnya saya terjumpa video Dr. Norman dan juga Dr. Eric Berg.

Sebelum tu saya dah follow Dr. Eric Berg sebab saya nak cari info pasal atherocleorosis, baru saya jumpa video Dr. Norman. Baru saya tau kat Malaysia ada doktor yang perjuangkan tentang ilmu pemakanan low carb dan high fat ni.

Sejak itu saya telaah semua video Dr. Norman. Boleh saya kata kan banyak ilmu yang saya dapat dari dua orang doktor ni selari dan bukan “product based”, dan yang menarik nya video Dr. Norman sebab dia kaitkan juga dengan ilmu sunnah dan al quran.

Sejak itu saya ubah cara hidup saya secara TOTAL. Mula-mula saya buat keto diet, tapi saya setuju dengan Dr. Norman yang keto mungkin agak strict untuk orang kita, jadi buat low carb dan high fat saja lah.

Sebelum ini, saya rasa dah taknak ubah diri sebab belah mak saya ada diabetes,

belah pak mertua pun ada diabetes. Dalam otak saya dulu berkata ala benda ni genetik, buat apa pun nanti kena juga. Tapi bila saya terus belajar dari 2 orang doktor ni baru saya faham tentang epigenetics, yang tak semestinya keturunan kita ada kencing manis, kita perlu berserah semata-mata dan tak berusaha jaga kesihatan.

Gula pasir saya dah tak guna langsung, ganti stevia untuk minuman. Nak memasak saya gunakan gula kelapa organik atau gula monkfruit atau Erythritol. Nasi pun masak letak minyak, sehari saya cuba makan carb max 20g je. Lebihkan sayur dan ikan. Ayam pun saya makan ayam kampung je sebab ayam kat pasar banyak yang makan jagung dan dedak. Daging? Saya hanya cari yang grass fed.

Saya tinggalkan juga segala makanan yang dari tepung gandum macam kuih muih, pastry, segala jenis mee dan roti, terutama roti putih. Tapi saya akan makan sikit jika bersama tetamu. Bye bye kepada kuih muih kegemaran dulu. Kalau teringin nak makan makanan bertepung macam lempeng saya akan buat sendiri guna tepung rendah karbohidrat macam tepung almond/barli/kelapa. Makanan proses? Terus tinggalkan.

Saya exercise minima 30 minit sehari, biar sikit tapi konsisten.

Exercise tak perlu melampau, tapi moderate. Saya tak fikir nak kurus pun, tapi saya fikir aku nak ubah lifestyle, aku taknak kena sakit jantung, aku taknak kena diabetes, anak anak aku masih kecik, aku kena sihat, aku perlu sihat sampai ke tua!

Saya dah kembali rajin memasak, kali ni gunakan minyak sihat sepenuhnya. Kalau dulu guna kelapa sawit je, kali ini campur minyak kelapa, lepas goreng sayur letak sikit minyak zaitun. Nak makan lauk simple macam telur goreng pun guna minyak sawit merah. Kalau beli makanan kat luar pun saya beli lauk untuk protein sahaja macam lauk ikan. Lauk sayur saya masak sendiri kat rumah.

Saya makin obses belajar pasal pemakanan sihat ni.

Masa saya banyak habis baca pasal makanan sihat. Dalam LRT pun layan video Dr. Norman. Makin lama saya belajar, makin banyak benda baru saya tau. Dulu saya ni kira kalori nak makan, lepas tu baru saya tahu yang mazhab kalori ni tak betul. Kalau dulu pergi pasaraya tak pernah nak amik tau label nutrisi, kali ni saya mesti baca. Paling penting mesti nak tau berapa gula dan karbohidrat sesuatu produk tu. Nampak tinggi sikit, terus tak beli. Saya jadi obses pada produk low carb dan sugar free.

Tapi ada masa juga yang sebenarnya bila kita terlalu obses “belajar” ni kita akan keliru dengan artikel dan juga website di luar sana. Saya ingat lagi saya pernah tanya Dr Norman pasal minyak kelapa, sebab artikel tu kata minyak kelapa tak elok. Dr Norman reply: kesan diet low carb.

“Tak payah la pening belajar, saya dah belajar benda ni berpuluh tahun, awak ikut je” ๐Ÿ˜…

Haaa…kan dah kena sound setepek. Lepas tu baru saya faham, bila saya terjumpa video Dr. Eric Berg, dia ada cakap yang tak semua artikel dan kajian tu boleh pakai. Sesetengah artikel kesihatan ni di taja/didana oleh corporation atau syarikat makanan yang ada agenda tertentu.

Sebulan berlalu, saya tak terfikir pun nak timbang berat, tapi saya dapat rasa perubahan yang lain, yang lebih baik.

Bila saya timbang rupanya saya dah hilang hampir 10kg dalam sebulan lebih je. Biar betul??? Tapi itulah yang jadi, sebab saya rasa banyaknya berat hilang, tapi aku tak lapar pun, aku makan sedap jugak. Macam mana boleh hilang??

Tapi bila kita ubah pemakanan, sebenarnya lemak kita juga boleh dibakar semasa kita tak exercise, waktu tidur pun lemak kita boleh dibakar. Sebab kita dah ubah badan kita dari sugar fuel ke fat fuel.

Saya teruskan cara ini dalam bulan seterusnya. Teruskan low carb, high fat, exercise 30 minit sehari, intermittent fasting, tinggalkan gula putih. Dari makan 2 kali sehari, saya dapat achieve OMAD (one meal a day). Intermittent fasting dari 12 jam dapat jadi 18 jam. Last meal saya makan 7 malam (bulan biasa, bukan Ramadan). Tak lapar ke? Bila kita makan lemak, kita akan kenyang lebih lama. Letak lemak sihat dalam minuman pun boleh buat kita kenyang. Badan dari gunakan gula sebagai tenaga dah mula gunakan ketones sebagai tenaga.

Masuk bulan kedua ni, lidah saya dah macam sensitif dengan kemanisan gula pasir yang dulu saya selalu guna. Ada masa saya try rasa air manis yang isteri minum, saya dah tak boleh terima lagi air manis macam tu. Kalau tak dulu mesti boleh minum.

  • Saya buat apa exercise?
  • Saya brisk walk je, saya tak lari tak main basikal, tak lari berpuluh kilometer pun.
  • Saya tak suka berlari, dari sekolah saya benci lari.
  • Sambil brisk walk tu saya baca atau tengok video-video pasal pemakanan sihat. kesan diet low carb.

Masuk bulan kedua, berat saya semakin turun.

Masa ni saya pernah buat appointment nak jumpa Dr. Norman tapi lepas tu tak dapat sebab masa tu ada banjir kot kat Shah Alam. Takpelah takde rezeki, tapi saya dapat juga jumpa jawapan dari semua penulisan Dr Norman. Alhamdulillah, saya setuju dengan Dr Norman yang ilmu ialah produk utama beliau (buku dan video).

Masuk bulan ketiga, saya rasa makin sihat. Isteri bagi tau saya tidur dah tak berdengkur! Kalau tak dulu saya berdengkur bunyi kalau orang dengar pun takut. Alhamdulillah, selain dapat kurus, perubahan saya juga gembirakan isteri. Masa ni saya makin happy sebab saya dah dapat pakai balik semua baju yang saya tak muat dulu.

Lepas tu saya pergi cek darah lagi. Saja nak cek. Tekanan darah dah normal, asid urik ok, gula normal, kolesterol je doktor klinik tu kata tinggi, siap tak kasi saya makan telur pulak. Nasib baik masa tu saya dah faham pasal kolesterol sebab dah belajar dari Dr Norman pasal kolesterol. Kita tak perlu panik pun pasal kolesterol tinggi ni. Saya jugak pergi buat stress test di hospital untuk cek jantung ni betul ke bermasalah, Alhamdulillah doktor kata ok. Doktor pakar kardiologi tu kata teruskan apa yang saya sedang buat, apa yang saya tengah buat tu memberikan kesan baik pada diri saya dia kata.

Masuk April 2022 berat saya menghampiri 80 kg.

Dan saya tak pernah berlapar atau rasa tersiksa nak kuruskan badan. Saya tak guna apa-apa produk kuruskan badan atau jus-jus merepek kat kedai jamu tu. Saya niat nak jadi lebih sihat je dulu. Tapi kurus ni datang sendiri. Saya takkan kembali ke cara pemakanan dan cara hidup seperti dulu walaupun dah kurus. Orang kata kalau kita diet sebab nak kurus, nanti dah kurus kita akan gemuk balik sebab itu lah niat kita. Tapi saya berubah sebab nak sihat.

Sekarang saya rasa lebih sihat, badan makin ringan, isteri dan anak makin sayang, tumpuan kerja makin baik, memandu pun takde rasa mengantuk macam dulu (risiko microsleep). Banyak perkara baik jadi kat diri saya. Sekarang ni saya sedang tumpu untuk educate anak-anak, isteri dan adik beradik saya tentang pemakanan sihat ni.

Saya dah jadi mcm doktor pulak dalam keluarga. Paling terbaru saya gembira bila anak-anak saya dah tolak Milo dan mereka dah mula kenal gula putih itu bahaya. Dari Milo saya gantikan serbuk koko yang berkhasiat dan letak stevia dan susu berlemak tanpa gula untuk anak-anak. Tapi banyak lagi perlu di buat, sebab silap saya sebab waktu mereka membesar saya banyak beri makanan proses, tapi kita kena usaha. Kesihatan juga perlu usaha, macam rezeki, tak boleh berserah je.

Saya nak ucapkan terima kasih kepada Dr Norman atas usaha beliau memberi kesedaran kepada masyarakat. Bila kita dah faham konsep penting pemakanan sihat ni, kita nak makan apa je kita dah tau ia sihat ke tak, dan kita akan makan bukan sebab rasa semata-mata tapi sebab khasiat apa makanan tu beri pada kita.

Kepada yang sedang nak ubah pemakanan atau berubah menjadi lebih sihat, jangan putus asa. Pasang lah niat nak jadi lebih sihat untuk lebih mudah beribadat, untuk lebih sihat untuk keluarga. Terima kasih Dr. Norman. Health is wealth. kesan diet low carb.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply