Kesan Makan Sekali Sehari

Kesan Makan Sekali Sehari

Kesan Makan sekali sehari atau puasa sepanjang hari (intermittent fasting) telah menjadi topik yang popular dalam beberapa tahun terakhir kerana diyakini mempunyai manfaat kesihatan tertentu. Namun, kesan daripada makan sekali sehari boleh berbeza-beza bagi setiap individu.

Berikut beberapa kemungkinan kesan yang dapat dirasai oleh beberapa orang:

Penurunan berat badan: Jika jumlah kalori yang dimakan dalam satu waktu terhad, ini boleh membantu menurunkan berat badan kerana mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

Peningkatan sensitivitas insulin: Makan sekali sehari dapat membantu meningkatkan sensitivitas insulin, yang penting untuk mengatur kadar gula darah. Ini dapat membantu mencegah resistensi insulin dan diabetes jenis 2.

Peningkatan fokus mental: Beberapa orang menunjukkan peningkatannya fokus dan konsentrasi selama puasa, walaupun ini boleh berbeza antara individu.

Penurunan tenaga: Beberapa orang mungkin merasakan penurunan tenaga atau kelelahan selama awal-awal menjalani makan sekali sehari, kerana tubuh mereka beradaptasi dengan pola makan yang baru.

pada pola tidur: Pola makan yang berubah dapat mempengaruhi pola tidur seseorang, baik secara positif maupun negatif, tergantung pada bagaimana tubuh individu bereaksi terhadap perubahan tersebut.

komposisi tubuh: Selain penurunan berat badan, makan sekali sehari juga dapat mempengaruhi komposisi tubuh, seperti peratusan lemak tubuh.

Peningkatan kawalan gula darah: Puasa intermiten telah dikaitkan dengan peningkatan kawalan gula darah kepada beberapa individu, yang boleh bermanfaat bagi mereka yang mempunyai risiko diabetes.

Perbaikan kesihatan jantung: Beberapa penelitian menunjukkan bahawa pola makan yang melibatkan puasa intermiten dapat membantu meningkatkan kesihatan jantung, termasuk penurunan tekanan darah dan kadar kolesterol.

Namun, penting untuk diingat bahawa kesan makan sekali sehari boleh berbeza antara individu dan tidak selalu sesuai untuk semua orang. Konsultasikan dengan profesional perubatan atau ahli gizi sebelum menerima pola makan baru, terutama jika Anda mempunyai kondisi medis yang mendasarinya atau jika Anda hamil atau menyusui.

Kesan Makan Sekali Sehari Makin Sihat Kurang Makan ?

Bila saya kata saya bercita-cita untuk makan sekali sehari, ramai yang komen dgn pelbagai pendapat. Saya alu-alukan pelbagai reaksi. Makan sedikit bukan bermakna kita terpaksa berlapar. Makan sekali sehari bukan bermakna kita makan sedikit. Kita makan hingga kenyang dan puas. Tetapi tidak kekenyangan.

Ia adalah proses latihan fizikal, mental dan spiritual. Ia mungkin memakan masa berbulan-bulan atau mungkin bertahun-tahun. Bila dilatih kita akan mudah melakukan apa saja. Rasa lapar dan menahan selera mudah kita kawal.

Di akhirnya kita tak terasa kerap lapar. Kebanyakan masa kita kenyang. Kita ada dalam keadaan tenang, dan tidak gelojoh bila makan.

Banyak masa kita dapat manfaatkan bila kita kurang makan. Banyak masa berjam-jam digunakan utk masak dan makan. Bila kenyang kita rasa mengantuk utk tidur pula.

Nasihat saya jika hendak kurangkan makan jumpa dgn doktor yg faham ttg pemakanan dan merawat secara holistik. Terutama pesakit yg sudah berusia 40an. Sudah mula ada pelbagai jenis penyakit.

Dulu masa di sekolah ustaz kata,

elok makan sedikit kerana ia akan menajamkan fikiran, ringan tubuh utk ibadah dan mudah mengawal nafsu. Ya masa itu saya pun mmg kurang makan.

  • Bila masuk universiti, saya diberitahu ramai org kita sakit sebab terlalu banyak makan terutama karbo berproses.
  • Bila berkerja sbg doktor pula saya mendapat penyakit metabolik dapat dikawal dgn mudah apabila kita sedikit makan.
  • Bila banyak belajar di konferens pula, saya diberitahu bahawa bila kita makan, sama ada ia menghasilkan tenaga atau menyimpan lemak.

Proses penghasilan tenaga pula adalah proses oksidatif yang menghasilkan banyak radikal bebas. Ini bermakna lebih byk kita makan, lebih banyak radikal bebas dihasilkan dan jika kita tidak cukup pengambilan antioksida falam makanan kita, radikal akan merosakkan DNA kita dan akhirnya menyebabkan kita sakit.

Jadikan kurangkan makan. Pada waktu yg sama nikmati makanan yg terhidang. Gantikan banyak makan dengan banyak minum air mineral. Cari kudapan spt kekacang, dan buah2 yg byk fiber.

Saya cadangkan juga ambil minyak zaitun, dan saya percaya minyak zaitun OLIVIE amat bagus untuk kesihatan. Saya amalkannya satu sudu pagi dan satu sudu malam. Rasa lebih bertenaga dan sihat.

Perlukah Makan Tiga Kali Sehari ?

Sarapan adalah budaya baru pada peradaban manusia. Pada asalnya kita hanya makan bila kita lapar. Tiada istilah sarapan, atau makan tengahari atau makan malam.

Bersarapan (breakfast) adalah isitilah umum yang memberi makna makan setelah kita berpuasa (fast) antara 14-16 jam ketika kita tidur dan di mana perut betul-betul telah kosong dan tahap gula berada keadaan rendah (dalam julat yang normal).

Kali terakhir kita makan pukul 8 malam, dan bila pukul 8 pagi, kita baru menghampiri 12 jam ‘berpuasa’. Ada setengah orang mungkin memerlukan makanan pada waktu itu kerana memerlukan tenaga yang banyak untuk berbendang atau membuat bangunan.

Sementara mereka yang tidak bekerja berat, perlukah kita mula makan makan pagi dengan menu yang berat? Kita hanya perlu minum air bagi menjana tenaga dari sumber glycogen dan lemak yang kita simpan dari makanan yang kita makan malam tadi.

Cuba kita lihat sejarah pemakanan dalam peradaban lama.

Pada zaman Rom pun, tiada istilah bersarapan (breakfast) kerana mereka hanya akan makan bila menghampiri tengahari. Mereka makan pagi bila mereka berasa lapar, bukan disebabkan untuk bersarapan pagi.

“Orang rom percaya bahawa kita akan menjadi sihat jika kita makan sehari sekali” menurut Caroline Yeldham, seorang pengkaji sejarah berkaitan makanan (food historian). Malah bersarapan pada waktu pagi adalah sesuatu yang janggal. Mereka beranggapan bahawa mereka yang makan lebih sekali sehari adalah mereka yang gelojoh dan tamak (gluttony). Cara pemakanan sehari sekali telah diamalkan sepanjang ketamadunan Rom untuk berapa ratus tahun.

Makan sehari ini boleh dilakukan pada waktu pagi, waktu pagi atau waktu malam. Asalkan kita makan pada waktu benar-benar lapar pada bila-bila waktu.

Kewajiban untuk makan pagi (dengan kata-kata wajib makan pagi, bersarapan itu penting) dalam budaya ketamadunan manusia hanya bermula pada kurun ke 17th di Britain pada zaman pemerintahan raja Britain Charles II. Itu pun diamalkan oleh orang-orang bangsawan ketika itu. Menu mereka adalah telur dadar dan kopi atau teh. Orang awam ketika itu masih lagi mengamalkan makan satu kali sehari.

Pada kurun 19th budaya bersarapan

semakin menyusupi budaya pemakanan penduduk Britain ketika zaman Industri Revolution, sehingga pelbagai jenis makanan disediakan. Ia hidangan makanan golongan bangsawan yang kaya raya. Dilaporkan sehingga 24 jenis makanan dihidangkan hanya untuk bersarapan. Sukar bayangkan? Cuba tinggal semalam di hotel 5 bintang dan turun bersarapan. Tentu kita dapat lihat perlbagai jenis makanan yang dihidangkan.

Orang bawahan pula dipaksa untuk makan pada waktunya di zaman itu, di mana pekerja ditetapkan masa bekerja. Pekerja-pekerja ini digalakkan makan di awal pagi (diistilahkan sebagai bersarapan) supaya mereka bekerja tanpa henti dan dilarang makan ketika bekerja walaupun sedang lapar. Malah semua peringkat termasuk pekerja atasan makan pagi sebelum pergi kerja.

Pada kurun ke 20th, budaya bersarapan telah dipergiatkan lagi apabila seorang Amerika bernama John Harvey Kellogg menghasut minda masyarakat Amerika Syarikat ketika itu untuk bersarapan cereal sebelum ke tempat kerja.

Leave a Reply