Keturunan Masuk Syurga ?

Keturunan Masuk Syurga ?

Keturunan… boleh masukan kita Syurga??

sentiasa kita akan dikejutkan dengan seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai (Cicit Nabi).. atau Seorang lelaki keturunan Al-Hussain…. dan kita sering dengar berita mengenai munculnya seorang yang mendakwa dirinya adalah imam Al-Mahdi yang akan keluar di akhir zaman… memang banyak golongan2 yang akan muncul dari semasa ke semasa dan cepat dapat sambutan di khalayak orang awam… kerana dia bawa gelaran Cicit Nabi… sedangkan, seorang pun tak tahu bagaimana lelaki itu dapat gelaran tersebut…

memang bukan susah di zaman kita yang penuh fitnah ini untuk promot diri sebagai cicit Nabi atau keturunan Al-Hussain.. atau keturunan Fatimah رضي الله عنها… kerana cara ini lah yang paling berjaya untuk raikan sokongan orang awam yang tiada ilmu…

di zaman pemerintahan Kerajaan Ubaidiyyah yang dapat mengusai Mesir abad ke 4, mereka pun mendakwa mereka mempunyai jalur keturunan sampai kepada Fatimah, lalu mereka diberikan nama Kerajaan Al-Fatimiyyah… sedangkan mereka tiada sebrang kaitan dengan keturunan Fatimah رضي الله عنها.. bahkan asal usul golongan ini rujuk kepada seorang tukang besi yang asal usul dia datang dari jalur seorang Yahudi…

saya nak bagitahu satu nasihat di sini kepada teman2 yang mencari kebenaran, ingat lah… bahawa kita tak akan masuk Syurga kerana paras rupa kita yang menawan atau kerana warna kulit kita yang putih seleput, kita tak akan masuk Syurga kerana keturunan kita yang mulia… tiada siapa pun akan masuk Syurga kerana kononnya ada keturunan yang didakwa ada kaitan dengan keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم… kita sebenarnya akan masuk Syurga dengan keikhlasan kita dan amal ibadah kita dengan Rahmat Allah yang bagi hidayah… nak harapkan keturunan atau kekayaan… memang tak ada harapan…

Kerana Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah bersabda dalam hadis sahih muslim:

إن الله لا ينظر إلى صوركم وأموالكم ، ولكن ينظر إلى قلوبكم وأعمالكم

(sesungguhnya Allah tidak akan memandang kepada paras rupa kalian atau harta kalian, tetapi Allah akan pandang kepada hati kalian dan amal ibadah kalian)…

Jadi… tak perlu lah kita nak diperdayakan lagi dan lagi dengan seorang scammer yang modal dia tak lebih dari jaja keturunan Rasulullah صلى الله عليه وسلم demi dapat sedikit sambutan dan ambil kesempatan atas cinta orang awam terhadap Rasulullah صلى الله عليه وسلم…

Kita memang sayang keturunan Rasulullah… memang sayang semua cucu Rasulullah seperti mana kita sayang juga semua keturunan Nabi Adam عليه السلام yang ikut manhaj megesakan Allah dan tidak syirik…

Allah تعالى menjadikan Taqwa dan ikhlas sebab utama untuk kita jadi orang yang mulia di sisi Allah…

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ

Allah berfirman: sesungguhnya yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa…
bukan orang yang paling hebat keturunannya … atau orang yang paling tinggi martabatnya kerana bangsanya atau kaumnya… tidak sama sekali…

jadi… kita nak mencari keredhaan Allah dengan mentaati perintahnya.. dan mematuhi Sunnah Nabi yang Allah utuskan iaitu Nabi Muhamad صلى الله عليه وسلم ..

Tetapi mereka yang menipu atau menggunakan nama Nabi untuk tujuan dunia, mungkin mereka tergolong dalam golongan yang dilaknat dan dimurkai…

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:
وإنه سيكون في أمتي كذابون ثلاثون كلهم يزعم أنه نبي

dan akan ada di kalangan umat aku tiga puluh penipu penipu , semua mereka akan dakwa mereka adalah Nabi… (riwayat imam Abu Daoud).

tak tahu lah sampai bila kita akan dihujani dengan puak2 Dajjal yang hanya nak sesatkan manusia yang kurang ilmu… kejap mereka zahir dengan dakwaan mereka adalah Nabi Melayu….. atau mereka mari dengan dakwaan mereka adalah Mahdi yang dinanti nantikan.. atau mereka datang dengan dakwaan mereka adalah cucu Nabi… lama kelamaan terbongkar lah penipuan mereka apabila si dajjal ini ditangkap dengan satu scandal yang memalukan satu ummah…

لا حول ولا قوة إلا بالله…

Harap2 yang dakwa dirinya cicit Nabi tu bukan dari keturunan Abu Lahab…. Abu Lahab pun dari Qabilah Bani Hashim… tapi dia ahli api Neraka…

Mohib Khouli…

Leave a Reply

%d bloggers like this: