Kisah Sebenar Coach Fadzil

Kisah Sebenar Coach Fadzil ? Nama saya Mohd Fadzil Hashim, orang panggil saya Coach Fadzil, keluarga dan orang Puchong panggil saya Boy. Saya adalah Pengasas Malakat Mall dan Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch.
Ini adalah kisah benar saya.
Ramai orang kata saya gila. Gila sebab buat macam-macam. Ada yang kata saya penunggang Agama sebab selalu buat bisnes menggunakan nama Agama. Ialah saya buat Tadika Montessori Islam, Sekolah Antarabangsa Islam, Bandar Islam, Perkampungan Islam, Pasar Islam dan macam-macam lagi. Ya benar! Saya memang GILA!
- Saya GILA sebab saya yakin kita boleh keluarkan masyarakat kita daripada RIBA.
- Saya GILA sebab saya yakin kita boleh ambil alih kuasa ekonomi rakyat dari tangan syarikat Asing!
- Saya GILA sebab saya tidak pernah menunggu modal ada untuk buat apa-apa.
- Saya GILA sebab tidak pernah terikat dengan teori ekonomi kapitalis!
- Saya GILA sebab nak capai Zero Asnaf tahun 2030!
- Saya GILA sebab nak bantu 1,000,000 orang mendapat pendapatan minima RM10,000 sebulan pada tahun 2030!
- Saya GILA sebab ambil alih mall mati, mall tempat JIN lepak!
- Saya GILA sebab bila ramai tutup kedai, kurangkan kos dan kecilkan operasi, saya lancarkan kedai demi kedai baru hampir setiap minggu!
Kalau itu semua dikatakan GILA, ya saya sanggup digelar GILA!
Biarlah saya GILA-GILA usaha untuk bantu Ummah!
Saya boleh sahaja menjadi seperti mereka yang sudah kaya duduk sorang-sorang mengira kekayaan dan sesekali membantu yang susah. Di Malaysia ada lebih kurang 1% orang kita yang mempunyai kekayaan bersih bernilai RM100 Juta! Kalau kita darabkan dengan jumlah 20 juta penduduk Islam, ada lebih 200 RIBU yang benar-benar kaya!
Kenapa mereka tidak membantu seperti Bangsa lain? Kenapa saya tak berusaha untuk menyatu bersama mereka?
Saya dah usaha macam-macam berjumpa dengan orang-orang kaya ini. Belum lagi dapat berjumpa dengan yang benar-benar ingin menyatu usaha. Banyak mereka yang baik tetapi tidak mahu keluar dari zon selesa dan mengambil risiko besar membantu saudara seagama.
Mereka selesa dengan berzakat, sadaqah bulan puasa, menunaikan Umrah setiap kali Ramadhan dan membantu sekali sekala.
Ramai juga ‘Influencer’ yang mempunyai jutaan pengikut pun lebih selesa untuk menjaga pengikut mereka tanpa mahu bertindak lebih drastik menyelamatkan Ummah. Ramai sudah saya usaha ajak mereka bersama tetapi masih belum berjaya.
Adakah di antara mereka yang sanggup letak wang tunai lebih RM20 juta demi membina ekonomi Islam yang sebenar tanpa apa-apa jaminan? Adakah antara mereka sanggup bekerja dan membimbing pasukan masing-masing 365 hari dengan keluar dari zon selesa dan mengambil risiko demi risiko?
Saya bukanlah seorang yang baik.
Terlalu banyak dosa dan kesilapan lalu. Tetapi saya benar-benar ingin menggunakan apa sahaja peluang yang Allah beri untuk membantu Ummah di Nusantara ini mencapai kejayaan mengamalkan Agama yang sempurna. Berusaha berjaya di Akhirah dan dapat kejayaan di Dunia.
Berusaha mewujudkan bi’ah (persekitaran) dan mengamalkan cara hidup Islam sepenuhnya dengan taat kepada Allah, ikut cara Rasulullah SAW berpandu jalan Sahabat dan Ulama’.
- Tahun 2020 tahun yang paling mencabar untuk semua. Tetapi ALLAH jualah yang lebih mengetahui perancanganNYA!
- Tahun 2020 menyaksikan Kumpulan Malakat membina dan melancarkan lebih 30 Jenama yang bertaraf antarabangsa!
Malakat Grocer, DIY Malaya, CONTENG, Malakat Pharmacy, Kool Kitchen, Tahan Sports, 2358, Jojo Shoes, Redhots, Tea Amo, NOORE, BunchOH, The Tarik Corner, It’s Thai, Casa De Madani, Lejen Ayam Kampung, Sweet Patisserie, Captain Fried Chicken, One 2 Juice, O Sandwich, 3 Wayar, Malakat Burger, Malakat Ekpress, Malakat Food, Malakat RTE, Malakat Gadjet, Himawari, Raudhah College, Malakat AutoCity, Malakat Klinik, Raudhah Pay, Malakat Pay, Rempah Malaya, Malakat Web, Malakat Hosting, Malakat NOW, Malakat.com, Risau.IO, Halal Blockchain Network, ADAB social media, AI School, NORIBA, Kasturi Car Wash, IQRA Read, Anak Jantan, EEBU, TGM, CETAK, CF Business School, Malakat Pharmacy, Kabine, Jojo Shoes, 2358 & Muslim Village!
Fikir Risau Ummat menjadikan semua ini terbina dan Allah menghantar pasukan yang mempunyai pelbagai kemahiran dan kebolehan!
Kini lebih 1,800 rakan seusaha bernaung dibawah kumpulan syarikat Coach Fadzil Global Ventures Sdn Bhd meliputi lebih 100 cawangan di Malaysia, Singapora, Indonesia dan GAZA. Fakta sedih bangsa dan Ummat Islam di negara kita yang menyaksikan :
- 72% tiada rumah/tanah
- Lebih 50% yang mempunyai akaun di ASB mempunyai baki kurang RM600!
- Lebih 50% anak-anak keluarga B40 berhenti belajar selepas PT3
- 40% mendapat pendapatan isi rumah RM2,000
- Dari nilai pasaran runcit RM110 Billion, orang kita hanya mendapat 8% syer pasaran
Inilah pembakar semangat saya! Saya ingin berusaha untuk mengubah data ini! Hanya dengan penyatuan kuasa beli runcit, kita mampu mengambil alih kuasa ekonomi negara tercinta ini! Terbaru kita melancarkan tawaran yang lebih GILA! Belanja Runcit tapi dapat Hak Guna Tanah Eco Resort PERCUMA!
Mana mungkin orang nak bagi tanah dia secara percuma!
Tapi inilah sebenarnya antara matlamat kami. Dunia hari ini bukannya kurang kekayaan! Tetapi mereka yang kaya menyimpan kekayaan untuk mereka sahaja! Pengedaran kekayaan berlegar di kalangan mereka sahaja!
3% terkaya dunia menguasai kekayaan dunia dan 97% populasi dunia hidup cukup-cukup makan sambil dijerat dengan hutang RIBA dari lahir sampai mati!
Kita diajar mengejar ‘The Fake American Dream’. Belajar habis-habisan untuk mendapat keputusan ‘exam’ yang baik untuk dapat masuk ke Universiti yang terbaik bagi menjamin pekerjaan yang baik yang memerlukan semua mengambil pinjaman RIBA sebelum bekerja. Semua mengikut jalan ini dan berusaha berjaya hanya untuk mendapatkan anak yang akan mengulangi kitaran penipuan ini. 97% bekerja untuk membayar RIBA seluruh hidup kita sampai mati!
Kami telah pun mulakan usaha membina ‘Market Place’ dan pembangunan Rantaian Pembekalan. Kami ingin mengajak ANDA semua bersama kami membina ekosistem ekonomi Islam yang sebenar yang kami namakan ‘Malakat Ekosistem’ dengan kaedah mudah ‘Beli Sama Kita, Jual Sama Kita dan Bantu Sama Kita dengan BEBAS dari RIBA! kisah sebenar coach fadzil.
Formula mudah! Hanya
Pindah Belanja RUNCIT ke Malakat Grocer! Semua kita pasti kena berbelanja runcit setiap bulan! Cuma kami mohon sangat-sangat agar kita menyatukan kuasa BELI kita agar dapat kita satukan kuasa PEMBEKALAN kita!
Ya kami masih banyak kelemahan! Harga, kepelbagaian barang masing tidak sempurna tapi kalau kita tidak bermula sekarang bila lagi? Kalau bukan kita yang mulakan dahulu Siapa Lagi?
Saya menyeru kepada semua untuk kita satukan Risau Fikir Ummat dengan bertindak menyatukan pembelian RUNCIT kita di Malakat Grocer. Kami tawarkan Tanah PERCUMA di resort Agro yang sangat cantik. Lebih 5 Air Terjun dikawasan yang hanya 30 min dari pusat bandar Kuala Lumpur.
Ayuh dapatkan Plot Tanah percuma ANDA dan Keluarga ANDA! Book plot keluarga dengan hanya belanja RUNCIT! Sertai Telegram Group untuk maklumat lanjut! Yang mencintai ANDA demi ALLAH! Coach Fadzil. Khadam Ummah. Pengasas Malakat Mall dan Kumpulan Pendidikan Brainy Bunch. kisah sebenar coach fadzil.