Konsert Gergasi 25 KRU

konsert gergasi 25 kru

Konsert Gergasi 25 KRU ? Pagi ini kami bersarapan di rumah, tidak keluar ke mana-mana. Sebagai halwa telinga, saya mencari hiburan di netflix dan terjumpa konsert KRU.

Mulanya sekadar tengok, akhirnya terpaku sehingga akhir. Rupanya banyak lagu-lagu KRU yang biasa didengar selama ini. KRU tiga beradik adalah insan kreatif yang telah mencipta banyak lagu yang akan ditinggalkan buat khazanah sepanjang zaman.

Rupanya konsert ini adalah konsert meraikan 25 tahun KRU dan merupakan konsert selamat tinggal mereka kepada dunia rakaman. Konsert terakhir di tahun 2018 dan KRU akan bubar selepas konsert itu. Ketiga-tiga mereka akan meneruskan keinginan dan kesukaan peribadi masing-masing.

Tertarik kata-kata mereka. Mereka mahu berundur ketika masih ada peminat dan ketika masih disayangi. Mereka tidak mahu menjadi seperti arwah Tan Sri P Ramlee, orang hebat yang terbuang dan tersisih di akhir hayat.

Sejarah melihat bagaimana ramai tokoh dan orang terkenal yang tidak tahu bila masa mahu turun. Mereka rasa masih disukai, tidak mahu berundur dan memanjangkan hayat. Akhirnya tersisih dan terbuang sehingga dibenci oleh orang yang dahulunya menyayangi mereka.

Pagi yang sangat menghimbau kenangan dengan lagu-lagu semasa remaja. Terima kasih KRU menghiburkan kami selama 25 tahun dengan lagu-lagu yang sedap.

Lagu Rabbani KRU Tulis

Aku baru perasan, lagu-lagu sedap daripada kumpulan Rabbani ni kebanyakannya ditulis oleh KRU.

Contohnya lagu Pergi Tak Kembali, Apa Yang Kau Tahu dan Intifada.

Cuma tak ramai tahu diorang adalah pencipta lagu tersebut. Bila sebut sahaja KRU, terus terbayang lagu Ulala. Kalau yang jenis pukul rata, mesti agak skeptik dan merasakan KRU buat lagu merepek-repek.

Padahal, mereka merupakan antara pencipta lagu paling berkualiti yang ada di Malaysia ni.

Selain lagu-lagu Rabbani, banyak lagi lagu diorang yang berkualiti tinggi serta evergreen.

Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain. Lagu Dekat Padamu dan Warna Kehidupan nyanyian Yusry. Seperti Dulu nyanyian Forteen. Seksis nyanyian Anita Sarawak. Hi Hi Bye Bye nyanyian Ezlynn. Hanya NamaMu nyanyian Caliph Buskers. Asmaradana nyanyia Tiara Jacquelina. Romancinta, Andaiku Bercinta Lagi dan Dahsyat nyanyian Mojo. HambaMu lagu tema Imam Muda. Dibius Cinta nyanyian Yusry dan Melly Goeslow. Sehidup Semati nyanyian Indigo dan Jualiana Banos.

Lagu-lagu yang adik beradik KRU ni buat, memang sangat sempurna baik dari segi musik serta lirik.

Kalau perhati lirik-liriknya, sangat puitis dan bermakna. Muziknya terlalu mengasyikkan dan sangat mudah melekat di telinga.

Aku baru lepas tonton Konsert Gergasi KRU 25 kat Netflix.

Aku tak membesar dengan lagu-lagu nyanyian mereka sebab kenal muzik pun awal pertengahan 2000-an.

Rupa-rupanya, walaupun tak membesar dengan lagu nyanyian mereka, aku membesar dengan banyak lagu ciptaan mereka.

Ini lah definisi lagenda.

Boleh Beli DVD Konsert

Siapa terlepas konsert gergasi KRU hari tuu dah boleh tengok kat Astro First. Yang takdak astro boleh beli dvd. Diorang dah start jual.

Kita tak perlu fanatik. Tapi kita hargai karya seni mereka. Kerna mereka adalah usahawan muzik yang bermula dari bawah hingga berjaya taraf jutawan.

Yang baik jadikan ikutan. Yang kurang baik jadikan sempadan.

Belajarlah dari kisah perjalanan semua orang untuk kejayaan hidup kita yang lebih bermakna.

Lagu-lagu mereka pun jadi sebahagian kisah cinta hidup kita kannn

KRU signed with EMI as recording artistes on 19th May 1992.

That was 29 years ago. Now the legendary pop icon band name has transformed into an established media & entertainment company locally; and an emerging brand internationally. Thank you for your continuous support throughout the years. On this historical day, we are pleased to announce the revival of KRU Posse as a fan club, digitally. Join us now., “KRU Posse” on Telegram

KRU telah menandatangani kontrak bersama EMI sebagai artis rakaman pada 19hb Mei 1992. 29 tahun telah berlalu. Kini nama kumpulan legenda tersebut telah ditransformasikan sebagai organisasi unggul didalam industri media & hiburan tempatan, dan jenama yang mula dikenali di persada dunia. Terima kasih diatas sokongan padu anda selama ini. Pada hari yang bersejarah ini, sukacita kami umumkan penubuhan semula kelab peminat KRU Posse secara digital. Jom ikuti kami “KRU Posse” di Telegram

KRU VS BROTHERS

Awek kat sebelah ni, tetiba ja meroyan nak beli CD KRU zaman dolu-dolu. Pastu tersengih-sengih bila main track lagu Untukmu..mengimbau kenangan lalu time tuju lagu kat radio katanya.

Padahal zaman tu, abam vespa blom ngurat dia lagi. Musykil btol Sapa lagi yang senget, nak tuju lagu kat awek comot cam dia kan? Buat bodo je lah..

Lain lah abam, time tu abam suka layan kumpulan Brothers..Teman Sejati.. almaklumlah, budak skolah agama Falahiah..usha budak Naim Lil Banat jek. Napok dak beza nur kat situ? Korang geng mana?

KRU 2020

Lagu ni dirakam pada tahun 1992 (macam orang lain saja yang nyanyikan lagu ni ). Walaupun bukanlah lagu terbaik kami, mesejnya kekal relevan hingga sekarang. Untuk mencapai segala impian, tiada cara lain kecuali kekuatan dalaman dalam satu pasukan dengan tekad untuk bersatu hati & bekerja keras. Semoga apa yang diimpikan akan menjadi kenyataan pada tahun baru ini. Selamat Tahun Baru! Bersatu Kita Maju…2020 @kru.music @kru2u.originals

Bubar bukan sebab marah, kecil hati

“PERBALAHAN itu biasa tapi kecil hati dan marah tidak ada,” kata Datuk Norman Abdul Halim berhubung dakwaan wujudnya masalah dalaman KRU Music sehingga terpaksa membubarkan kumpulan KRU.

Pembubaran trio bertahan selama 25 tahun itu, ditubuhkan bersama dua adiknya, Yusry dan Edry diumumkan dalam sidang media konsert Gergasi KRU25, minggu lalu.

Norman meminta peminat tidak salah faham ketika dia menangis sewaktu mengumumkan pembubaran itu.

Norman ditemui pada majlis pelancaran Festival Music KL Jamm, hari ini menegaskan dia memang tidak dapat mengawal emosinya ketika itu.

“Waktu itu hati sebak. Saya ucap terima kasih kepada kedua ibu bapa dan peminat selama ini memberi sokongan yang baik kepada kami,” katanya.

Norman menjelaskan pembubaran dilakukan hanya membabitkan kumpulan KRU namun kepentingan lain dalam syarikat ditubuhkan itu masih berjalan seperti biasa.

“Bagaimanapun hala tuju syarikat sudah banyak berubah. KRU Music akan melebarkan sayap sebagai syarikat penganjuran dan promoter konsert selepas ini.

“Pada waktu sama, Yusry dan Edry sudah mempunyai syarikat sendiri. KRU Music menjadi syarikat induk. Apa saja projek yang diperoleh membabitkan bidang penerbitan dan muzik akan dibahagikan kepada Yusry dan Edry,” jelasnya.

Kata Norman lagi, dia akui kesibukan menguruskan syarikat dan perniagaan membuatkan dia jarang dapat bertemu Yusry dan Edry. Tambahan pula mereka turut sibuk dengan urusan syarikat masing masing.

“Kami memberi ruang biarpun sibuk dan kami bertemu bagi memastikan perjalanan konsert berlangsung awal Mei depan lancar.

“Ia juga secara tidak langsung merapatkan kembali hubungan antara kami,” katanya. konsert gergasi 25 kru.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply