Kopi Kunyit Hitam
Kopi Kunyit Hitam ? Bila gula tinggi dalam badan tu yang menyebabkan anggota badan rasa lemah, kaki rasa kebas, perut cepat lapar, kerap kencing malam & luka lambat pulih. Saya hanya minum 2 sachet sehari pagi & petang untuk bantu kawal gula saya, Alhamdulillah gula stabil dengan bacaan 6 -Puan Ina-
Kopi Kunyit Hitam ni guna gula nano yang rendah kalori baik untuk diabetes & kolestrol. Herba macam Kunyit Hitam & Mengkudu pula bantu gula tu untuk lebih rendah lagi. Disamping herba lain macam Halia Bara & Mahkota Dewa tolong buang angin & legakan rasa lenguh badan
Tapi saya memang tak minum dah air manis lain tau, saya gantikan dengan Kopi Kunyit Hitam ni sahaja. Sekarang badan rasa bertenaga, kebas & bengkak kaki pun reda. Jangan risau sebab kopi ni TAK GUNA GULA PUTIH & yang penting 100% organik tanpa pengawet
Diabetes & Kolestrol pun disyorkan minum sebab TEKNOLOGI GULA NANO ni mesra diabetes. Mengandungi 7 Herba yang baik seperti Kunyit Hitam, Mengkudu, Halia Bara, Misai Kucing & Mahkota Dewa.
Sangat SEDAP & mesra kesihatan. BARANG SAMPAI BARU BAYAR PADA POSMEN. MAAF TAK DAPAT NAK LETAK HARGA KERANA HARGA BERUBAH MENGIKUT PROMOSI SETIAP BULAN. Masih tak yakin ? jom baca info dibawah tentang kunyit hitam.
Apa yang dimaksudkan dengan kunyit hitam?
Sama seperti adik-beradiknya iaitu kunyit kuning dan oren, kunyit hitam (Curcuma Caesa) juga telah lama digunakan sebagai salah satu daripada herba yang amat popular dalam dunia perubatan tradisional.
Berasal dari negara India, herba ini turut terkenal di benua Nusantara termasuk di negara kita Malaysia kerana ia sering kali digunakan dalam masakan orang kita, ekoran rasa dan aroma yang dibawakan.
Terdapat 2 bahan aktif di dalam kunyit hitam yang ramai pakar percaya bagus untuk tubuh badan manusia iaitu:
- Kurkumin – Sejenis kandungan bahan kimia yang larut di dalam larutan organik tetapi tidak larut di dalam air
- Methoxyflavon – Sejenis kandungan bioaktif fitokimia yang amat unik dan sukar dijumpai dalam tumbuhan lain
Sumber: Health Jade
Dalam pada itu, mungkin ada beberapa lagi bahan di dalam herba ini yang baik bagi kesihatan individu. Namun, ramai individu yang kata bahawa khasiat kunyit hitam untuk lelaki itu ada banyak. Adakah ia benar?
Khasiat Kunyit Hitam
Pernahkah anda mendenfar herba Kunyit hitam? Jika anda tidak pernah dengar terus membaca kerana banyak kebaikan kunyit hitam terhadapat kesihatan. Kunyit hitam ini dekenali juga sebagai halia hitma dan nama saintifiknya Kaempferia parviflora merupakan sejenis herba yang biasa terdapat di Asia Tenggara dan telah digunakan secara turun-temurun untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Ia banyak tumuh suburt di negara-negara seperti Malaysia, Pulau Borneo, Sumatera, dan Thailand.
Oleh kerana terdapat banyak kebaikan kunyit hitam dan kegunaannya yang sangat banyak dalam masyarakat, termasuk rawatan darah tinggi dan penyakit ganjil seperti gangguan, ia telah menarik banyak minat saintis dari pelbagai negara termasuk Malaysia, untuk membuat kajian terhadap herba yang ajaib itu. Hasil kajian saintis MARDI telah membuktikan terdapat banyak kebaikan kunyit hitam terhadap tubuh badan manusia. Berikut merupakan antara kebaikan Kunyit Hitam untuk kesihatan manusia berdasarkan kajian tersebut.
Membantu mengawal aliran darah dengan lebih lancar
Hasil kajian saintis telah menunjukkan kunyit hitam berpotensi menjadikan saluran darah menjadi lebih sihat. Saluran darah yang sihat ialah saluran darah yang anjal. Kunyit hitam didapati dapat meningkatkan nitrik oksida iaitu unsur yang membolehkan saluran darah menjadi lembut dan anjal. Saluran darah yang anjal membolehkan aliran darah dalam badan kita menjadi lancar dan mengelakan salur darah tersumbat.
Mengandungi kandungan Anti oksidan yang tinggi
Kunyit hitam mengadungi polymethoxyflavones yang tinggi iaitu jenis anti oksidan sangat kuat yang jarang ada pada tumbuh-tumbuhan lain. Anti oksidan mempunyai banyak fungsi untuk kesihatan badan manusia seperti anti penuaan, menguatkan sistem imun, boleh mencegah penyakit jantung, melindungi sistem saraf dan menyihatkan mata. Ia juga dapat membantu menghalang perkembangan pelbagai penyakit degeneratif seperti kanser. Rujukan : J. Wungsintaweekul et al. / Songklanakarin J. Sci. Technol. 32 (6), 589-598, 2010
Membantu menguatkan fungsi otak
Keradangan dan tekanan oksidatif ada kaitan dengan penyakit Parkinson, Alzheimer, dan penyakit neurogeneratif lain. Sebagai anti oksidan dan anti-radang yang kuat , kunyit hitam membantu meningkatkan kesihatan otak dan prestasi kognitif serta mencegah penyakit berkaitan dengan otak. Herba ini juga boleh menambah tumpuan dan rentang perhatian. Rujukan : (WC Van Staveren et al., J Comp Neurol., 467: 566-580, 2003). Dalam kajian yang dijalankan oleh Boess dan rakan-rakan, menunjukkan kunyit hitam dapat meningkatkan fungsi memori (FG Boess et al., Neuropharmacology, 47: 1081-1092, 2004).
Mencegah penyakit berkaitan dengan sindrom metabolik
Sindrom metabolik merujuk kepada penyakit yang timbul akibat metablisme yang terganggu. Antara penyakit yang berkaitan dengan sindrom ini ialah diabetes, strok, tekanan darah tinggi, kadar trigliserida atau paras kolesterol yang tidak normal, dan lemak perut yang berlebihan dan penyakit jantung. Kunyit hitam didapati dapat membantu mencegah faktor risiko ini dengan meningkatkan penggunaan tenaga dan meningkatkan kecergasan fizikal.
Kebaikan Kunyit Hitam Sebagai Anti Depresi
Dengan Kunyit hitam tahap dopamin dapat ditingkatkan supaya dapat membangkit mood yang baik. Tahap dopamon yang meningkat dapat memberikan seseorang individu rasa bahagia dan gembira. Oleh itu, herba kunyit hitam adalah sangat bagus untuk membantu melawan penyakit kemurungan dan mengurangkan serangan rasa bimbang. Kunyit hitam juga boleh membantu tidur malam yang lebih baik. Kesimpulannya, herba kunyit hitam boleh boleh menjadi perubatan alternatif semula jadi untuk ubat-ubatan untuk orang yang mengalami masalah psikologi dan mood yang berbeza.
Ada banyak khasiat untuk lelaki ?
Mungkin ramai yang tidak akan percaya jika kami kata herba ini mampu mendatangkan manfaat kepada orang lelaki lebih-lebih lagi bagi membantu menyelesaikan apa-apa masalah berkaitan seksualiti mereka.
Walaupun ia masih memerlukan kajian lanjut, namun berikut merupakan beberapa dakwaan manfaat kunyit hitam kepada kaum Adam:
Boleh membantu merawat mati pucuk
Menurut penelitian yang dijalankan di Florida, Amerika Syarikat pada tahun 2018, pengambilan ubat atau suplemen dengan formula ekstrak kunyit hitam mungkin dapat membantu merawat masalah mati pucuk.
Kajian itu melibatkan responden lelaki pertengahan usia (50 hingga 69 tahun), mengambil sebanyak 100 mg formulasi ekstrak herba ini pada setiap hari selama 30 hari dan menunjukkan hasil yang positif. Alasannya, kunyit hitam mengandungi bahan aktif yang dapat membantu membuat peredaran darah di dalam zakar lelaki menjadi lebih lancar sekali gus mungkin dapat menyelesaikan masalah disfungsi erektil!
Meningkatkan libido
Kedua, herba ini dipercayai mampu membantu meningkatkan keinginan dan kemahuan seksual lelaki. Ini kerana ia juga merupakan salah satu daripada ramuan afrodisiak sama seperti herba tongkat ali dan lain-lain.
Meskipun ia mungkin cuma kesan plasebo, tetapi ramai yang percaya ia dapat membesarkan saiz zakar ketika sedang ereksi.
Menambahkan tenaga
Ketiga, herba ini turut dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap tenaga lelaki. Maka, tidak hairan jika kunyit hitam sangat popular dalam kalangan atlet sukan yang gemar mengambilnya sebelum bersukan.
Peningkatan tenaga itu dikatakan disebabkan oleh pengaktifan tisu adipos di dalam tubuh badan gara-gara herba ini. Boleh cuba juga kopi kunyit hitam.