Laksamana Do Re Mi – Amanat Terakhir P Ramlee Dalam Filem ?

Laksamana Do Re Mi – Amanat Terakhir P Ramlee Dalam Filem ?

Laksamana Do Re Mi – Amanat Terakhir P Ramlee Dalam Filem ? Alhamdulillah, nampaknya bila tanya pasal P Ramlee, aku teringat pulak semalam pasal Ustaz Zulkifli Ahmad, yang membincangkan pasal neoplatonisme dalam kerajaan Islam Andalusia. Memang dia pun kata P Ramlee ni banyak jasa dia pada umat Islam. Dia suruh kita islamisasikan ilmu yang ada dalam dunia dan sucikan dengan Al-Quran.

Oklah cerita tuh nanti aku akan ulas lepas nih, tapi aku rasa, benda yang aku fikir pasal filem Pendekar Bujang Lapok, aku rasa aku kena terus menulis dan menulis, kerana tugas Khalifah untuk menegakkan Islam, dan Islam ini tegak bukan kerana pedang, tapi kerana ILMU. ahhaha so semangat motivasi nak menulis perlu diteruskan. Oklah, now topik kita pasal nasihat terakhir P Ramlee kepada kita. Hahha, apa nasihat dia ? Suruh tengok filem dia ke ? Agak agak apa ? Jawapan dia aku rasa adalam filem terakhir beliau Laksamana Do Re Mi.

laksamana do re mi

LAKSAMANA DO RE MI

Filem nih berkisahkan pasal Do Re Mi, masa ni beza sikit dengan filem sebelum nih. Mereka ni duduk atas pokok, duduk dalam hutan, jadi orang biasa. Nak jadi cerita mereka menyelamatkan puteri buluh betung, dan mendapat senjata sakti. DO dapat tikar terbang, RE dapat teropong, dan MI dapat bangsi hikmat. Akhirnya mereka nak cari kerja dekat negara Pasir Berdengung. Lepas tuh mereka dapat jadi Laksamana sebab dapat makan ubat kuat kalahkan pahlawan pasir berdengung. Lepas tuh kena selamatkan puteri dari kekejaman Menteri PASOLA, hahhaa. Habis mereka dapat jugak lawan dan mengalahkan PASOLA. Jadi begitulah ceritanya. 

NASIHAT P. RAMLEE

Kalau korang tengok filem tuh macam tuh je, nampak tak nasihat dia ? Nampak tak apa yang nak dia ceritakan ? Last last hidup nih, takkan p ramlee tak nak buat kita semua fikir. Memang kesengsaraan dia masa balik Malaysia orang benci dia, tapi ingatlah, atas Rahmat Allah, P. Ramlee diberikan hidayah untuk memberikan nasihat. Nasihat itu ada, cumanya ianya berbentuk simbolisme. Nasihat tuh ada dalam senjata laksamana doremi, iaitu TIKAR, TEROPONG, dan BANGSI. Apa maksud senjata tersebut ?

  1. TIKAR ITU SOLAT – Ye tikar itu adalah simbolik SOLAT, kita jangan tinggal tikar kita. Sebab solat itu yang boleh bawa kita kemana mana. Sebab kita tak solat, kita jadi sesat, bila kita solat, barulah hidup ni berjaya dan jadi hebat. Solat tiang agama. Jadi tak boleh tinggal
  2. TEROPONG ITU AL-QURAN – tengok Re bila dia nak cari masalah kalahkan Pasola, dia tengok teropong. Hahha, itulah kita, p ramlee nak ingatkan kita, kalau ada masalah , buka Quran, kan quran tuh kitab panduan, petunjuk hidayah kita ? Bukan sekadar baca ikut tajwid sedap.
  3. BANGSI ITU DOA – Mi guna bangsi kalau dia nak sesuatu. Itulah simbolik kepada DOA. Allah kan pesan, berdoalah kepada aku dengan sabar dan solat. Lagi ulamak kata doa tuh senjata orang mukmin. Doa tuh tanda kita ni lemah, nak meningkatkan kebesaran Allah, tanda kita hamba kepadaNya.

JANGAN TINGGAL SOLAT, QURAN, DOA

Jangan tinggal solat, quran, doa, ini senjata orang islam, kena pegang, kalau nak lawan kezaliman macam dalam filem pendekar bujang lapok. Jadi nasihat p ramlee ni kita tak nampak dengan kata kata, tapi simboliknya pada senjata itu doremi, ahaha. Itulah pendapat aku , yang aku nampak. Mungkin korang ada nampak benda lain, jadi teruskan mengkaji dan mengkaji, dengan keilmuan  berpandukan quran.

Menunggu Laksamana Do Re Mi

FILEM Laksamana Do Re Mi terbitan Studio Merdeka tahun 1960-an antara filem terburuk yang pernah dihasilkan oleh P. Ramlee. Kalau dibandingkan dengan filem-filem arahannya di Singapura, Laksamana Do Re Mi seolah-olah protes P. Ramlee terhadap Studio Merdeka.

Beberapa kenalan P. Ramlee bercerita bahawa kedatangannya ke Studio Merdeka adalah penamat era gemilangnya di Singapura. Penggambaran filem Studio Merdeka tidak boleh dibuat jauh dari tapak studio di Hulu Kelang berhampiran Zoo Negara. Jarak yang dibenarkan ialah boleh dilihat dari studio, lebih daripada itu tidak dibenarkan.

Tetapi di sebalik protes P. Ramlee, filem ini menjadi sebuah satira politik yang menarik. Ini berbeza dengan banyak filem P. Ramlee yang sangat tebal dengan isu-isu sosial. Latar zaman filem ini tidak begitu jelas dan P. Ramlee barangkali sengaja untuk tidak menjadikan ini sebuah filem purba dan juga sebuah filem semasa.

Tiga anak muda yang memiliki keajaiban masing-masing telah menyelesaikan krisis politik di Negeri Pasir Sebutir apabila rajanya terpaksa bersemayam di bawah sepohon pokok selepas negeri dirampas penjahat. Banyak orang ketawa kerana lucu melihat pelakon Idris Hashim yang berlakon sebagai raja terus “memerintah” dari bawah pokok yang rontok.

Selepas dirampas, Negeri Pasir Sebutir mempunyai dua pemerintah, seorang raja dan seorang penjahat lakonan Hussein Abu Hassan. Tidak semua filem yang dibuat sebagai komedi hanya untuk kita ketawa semata-mata. Ada yang membuatkan kita rasa terpukul dan tidak mampu untuk terus ketawa kepada kebebalan kita sendiri.

Laksamana Do Re Mi sebuah filem buruk ?

Tetapi dalam buruk ada isi yang boleh dilihat berbanding sesetengah filem sekarang apabila buruk yang tidak boleh dimanfaatkan langsung.

Kalau kita sebagai rakyat Negeri Pasir Sebutir, amat gelisahlah untuk hidup kerana tidak tahu siapa sebenarnya yang berkuasa. Antara yang merampas negeri dan pemerintah yang sah di Negeri Pasir Sebutir kelihatan sama pengaruhnya. Rajanya masih boleh memerintah walaupun di bawah sepohon rontok di tengah padang pasir sebuah bekas lombong. Perampas juga sukar ditumpaskan kerana licik dan banyak pula kuasa ajaibnya.

Negeri Pasir Sebutir bernasib baik kerana didatangi oleh Do, Re dan Mi. Dengan keajaiban memiliki teropong ajaib dan tikar terbang, mereka bertiga berjaya menewaskan penjahat yang merampas Negeri Pasir Sebutir.

P. Ramlee memperlihatkan yang sudah punya kuasa dan yang baru dapat kuasa memiliki daya kehalobaan yang sama. Raja Negeri Pasir Sebutir tidak mahu mengalah bukan kerana sayangkan rakyat tetapi sayangkan kedudukannya. Perampas pula kalau terlalu baik hati untuk bertolak ansur, kuasa yang diidamkan akan terlepas dari tangan.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply