Lama Tak Makan Nasi

Lama Tak Makan Nasi

Lama Tak Makan Nasi ? Diam tak diam da 11 bulan kakak tak makan nasi, tak makan makanan berkarbo tinggi dan makanan bergula.

Sebagai seorang yang punya berat yo-yo, yang obses dengan segala jenis produk yang boleh bagi kurus, kakak tak sangka rupanya hanya dengan makan makanan yang betul, kakak boleh dapat berat sewaktu muda rumaja.

Bukan kurus sakit, tapi kurus sihat.

Alhamdulillah, ala kulli hal.
Allah bagi peluang untuk ikhtiar sihat secara alami tanpa bergantung kepada sebarang produk kurus.

Ada beberapa produk kurus yang kakak pernah cuba sebelum ni dan macam macam jenis diet dicuba.

Turun berat.
Tak lama lepas tu naik dan mengembang semula.

Sebelum ni tak tahu pun, badan mengalami insulin resistance. Ingatkan, kalau bacaan gula normal, bacaan kolestrol normal dan bacaan tekanan darah yang kejap tinggi kejap normal tu da dikira sihat.

Rupanya salah.

Ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan. Ada makanan yang disangka sihat, rupanya itulah punca keradangan, punca rintangan insulin.

Ingatkan kalau kolestrol tinggi tu tak bagus. Rupanya, bacaan triglycerides mesti bawah 1 dan HDL mesti atas 1.2.

Ingatkan migraine, sakit kepala tu sakit biasa biasa je, rupanya badan mengalami rintangan insulin.

Ingatkan perut buncit tu sekadar lemak lepas bersalin, rupanya itu tanda tanda hati kita berlemak.

Gemuk is not awesome.

Haritu dengar ceramah, orang gemuk bila meninggal dunia, memerlukan kudrat ramai nak uruskan jenazahnya.

Nak mandi, nak kafan, nak usung, nak kebumi. Sebab tu usahalah dapatkan berat badan normal.

Lagipun, kegemukan merupakan penyakit metabolik yang kronik.

Benda-benda ginilah yang buat kakak terus bersemangat jadikan mazhab ini lifestyle.

Sebab tu kakak kongsikan jihad kesihatan ini. Manalah tahu, kalau ada yang nak bersama-sama berjuang mencari kesihatan metabolik.

Diet itu ibadah, sihat itu jihad, kurus itu hijrah.

Disclaimer : Jika penulisan ini bertentangan dengan pegangan diet anda, ketahuilah ia tak sesuai dengan anda. Penulisan ini untuk mereka yang mencari kesihatan unggul dengan makan makanan yang betul

Beginilah level kebodohan Abam suatu masa dahulu berkenaan dengan kesihatan.

Sudah tahu ada High BP, konon tak makan nasi supaya BP jadi rendah. Tapi boleh pula pergi kedarah makanan proses yang lagi teruk efeknya pada tubuh.

Sebab itu Abam pesan pada sahabat semua. Sebab Abam dah lalui KEBODOHAN yang dulu lah Abam tak nak sahabat Abam semua lalui macam Abam. Abam cuba bagi info tentang semua KESIHATAN yang selama ini kita tak pernah nak ambil tahu.

Makanan proses ini salah satu makanan yang patut dielakkan kerana mengandungi kadar inflamasi yang tinggi pada badan. Ia akan mengambil masa yang lebih lama untuk di singkirkan berbanding yang lain. Bereh deh!

FASTING—EXERCISE—FEED

Jika anda makan lepas berpuasa dan bersenam, tenaga dari makanan akan mengisi semula glycogen yang rendah di hati dan otot hasil dari berpuasa dan bersenam tadi. Tenaga tadi juga digunakan untuk membantu afterburn effect dari bersenam.

Nutrients dari protein pula akan terus disimpan di otot. Tiada sebarang lebihan untuk disimpan sebagai lemak.

Makan selepas makan (snacking) menyebabkan sebahagian besar tenaga disimpan sebagai lemak.

Ini ialah kerana glycogen anda masih full tank dan belum kering sepenuhnya hasil dari makanan sebelum.

Begitulah kata seorang ahli perubatan Arab suatu masa yang lama dahulu bahawa punca penyakit ialah apabila makanan bertindih di atas makanan.

Stay Connected

#Zentse

#Kalislab

Nak tahu tak apa yang Ben Greenfield buat dan ajar untuk jadi Fat Burning Machine (FBM)?

Apa yang lebih menarik, anda boleh buat perkara ini secara percuma ataupun dengan kos yang amat rendah.

Ben adalah seorang most wanted fitness coach kat US. Umurnya sekarang 40 tahun lebih, tapi biological age dia macam anak muda umur 20 tahun.

Saya sendiri dah amalkan teknik Ben ni sejak 5 tahun lepas lagi. Dulu dah pernah share kat group Intermittent Fasting Malaysia Sekarang saya share balik kat sini untuk rujukan kawan-kawan semua.

Saya namakan perkara ini sebagai teknik ABC. Sebab cuma buat 3 perkara sahaja.

A. Kita bangun pagi dalam keadaan tidak makan apa-apa sejak petang semalam atau sedang berpuasa (fasted state). Teruskan, jangan makan/minum dulu. Minum air, teh o atau kopi o kosong (zero calorie, tanpa gula/susu) dibenarkan.

B. Buat senaman ringan dengan Heart Rate di tahap aerobik (180 bpm – umur) selama 10-20 minit atau lebih bagi menggalakkan pembakaran lemak, kesihatan jantung, vitamin D, keseimbangan hormon, dll.

Boleh brisk walk, cycling, slow jogging, swimming, dll. Jangan buat senaman berat.

Sebelum exercise, kalau nak minum kopi o kosong lagi elok untuk pembakaran lemak badan.

C. Mandi air sejuk panas. Air sejuk 20 saat, air panas 10 saat. Ulang 10 kali. Lebih kurang dalam 5 minit. Kalau tak de air sejuk panas, air sejuk sahaja pun ok. Ini untuk trigger brown fat.

Saya belajar teknik ABC lepas tengok video ini – https://youtu.be/R-hUiBVoF8E. Bila-bila anda ada masa luang, nanti cuba layan.

Tapi video itu durasinya boleh tahan panjang. Kalau dapat tengok semua memang terbaik. Insya-Allah anda akan dapat banyak tips sihat. Kalau cuma nak belajar teknik FBM yang Ben ajar, terus skip ke minit 29:34.

Kalau nak tengok yang lebih ringkas, boleh rujuk video ini https://youtu.be/9fWFOJ8-SsQ bermula minit 8:15.

Sebenarnya ada satu teknik lagi yang saya buat. Inipun saya belajar daripada Ben juga. Tapi yang tu saya share kat dalam group WhatsApp je.

Sekian perkongsian kali ini. Terus amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Ia adalah pelaburan yang beri pulangan lumayan. Kesihatan adalah kekayaan.

RFS

Health is wealth

P/S: Dalam group coaching Premium PMLS Wellness pula, kita belajar secara lebih mendalam tentang puasa, pemakanan dan juga senaman.

P/P/S: Jom kalau ada yang berminat nak dapatkan info serta tips tentang IF, pemakanan rendah karbo dan gaya hidup sihat setiap hari jemput join group ini – yup.la/slimfit

P/P/P/S: Boleh juga klik gambar atau profile saya untuk tengok semua posting lain yang saya pernah post kat dalam group ini.ssssssssssssssss

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply