Langkawi Sunyi Sepi ?

Langkawi Sunyi Sepi ? Kenapa Langkawi jadi macam ni sekarang? Dulu masa duduk di Langkawi setiap kali nak balik kena berebut beli tiket sebab sangat ramai orang nak masuk. Sekarang ia semakin sepi. Kenapa?
Ramai ‘terperdaya’, kononnya kedai makan di Langkawi cekik darah
Kadar kemasukan pelancong asing dan tempatan ke Langkawi semakin merosot sejak kebelakangan ini.
ALOR SETAR – Kehadiran pelancong ke Langkawi yang semakin merosot sejak kebelakangan ini sehingga menyebabkan industri kedai makan dan kereta sewa di pulau itu mengalami kerugian banyak didorong oleh tindakan orang ramai yang lebih memilih Hatyai di Thailand sebagai destinasi percutian.
Malah, faktor harga makanan dan penginapan yang lebih murah di selatan Thailand turut menarik minat pelancong antarabangsa untuk memilih lokasi itu berbanding Langkawi.
Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berkata, banyak sebenarnya tarikan ditawarkan di negara jiran itu termasuk perjalanan ke sana yang jauh lebih mudah.
“Mungkin ramai yang tidak mahu ke Langkawi disebabkan isu kekurangan trip feri dan ada yang takut apabila dimomokkan dengan harga makanan mahal.
“Sebenarnya, banyak kedai makan yang menawarkan harga berpatutan. Isu-isu atau dakwaan yang diviralkan kononnya kedai di Langkawi jual makanan cekik darah perlu diperbetulkan, mesti ada pihak yang menjelaskan isu ini kerana ia tidak menggambarkan keseluruhan peniaga di sini,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Persepsi Buruk Langkawi
Menurutnya, persepsi buruk kepada Langkawi juga perlu diperbetulkan semula selain pihak yang terlibat tampil dengan pakej serta tarikan baharu dari semasa ke semasa.
Zainudin juga mendakwa, semakin ramai pengusaha makanan di pulau peranginan itu ‘bungkus’, manakala pemilik kereta sewa pula bertindak melelong kenderaan mereka kerana tidak mahu menanggung hutang bank ekoran kemerosotan pelancong ke Langkawi sejak kebelakangan ini.
Hatyai kini menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk bercuti terutamanya pada musim perayaan dan cuti persekolahan.
Beliau menyifatkan Langkawi juga bakal bergelar ‘pekan hantu’ jika tiada langkah drastik daripada pihak kerajaan.
Zainudin berkata, bukti terbaharu apabila tempahan hotel di pulau peranginan negara itu sepanjang cuti Deepavali minggu depan hanya mencapai kadar 10 peratus bagi hotel tiga bintang ke bawah yang disifatkan terburuk berbanding tahun sebelum ini.
Ramai Pengusaha Terjejas
“Semakin ramai pengusaha terlibat dalam sektor ini terjejas. Sebagai contoh, sepanjang Oktober, sebanyak 31 daripada 163 pengusaha kedai makan atau restoran yang berdaftar dengan LTA sudah gulung tikar. Masing-masing sudah menjual perkakasan kedai mereka. Jumlah ini akan meningkat lagi jika tiada langkah proaktif daripada pihak terlibat.
“Minggu depan, cuti Deepavali dan sehingga hari ini tempahan hotel hanya 10 peratus untuk hotel bertaraf tiga bintang. Berbanding dengan tahun lepas, tahun ini paling teruk dan kerugian dijangka 58 peratus,” katanya lagi.
Tambah beliau, kebergantungan orang Langkawi kepada pelancong domestik sebelum ini mengakibatkan kemerosotan industri itu apabila pulau berkenaan tidak lagi menjadi pusat percutian popular.
“Langkawi akan jadi ‘pekan hantu’ lagi seperti pandemik Covid-19 dahulu. Isu utama, tidak ada promosi khusus untuk memeriahkan semula Langkawi. Jadi Langkawi kini sudah hilang tarikan untuk menjadi tarikan utama walaupun kepada pelancong domestik.
“Orang Langkawi tidak akan makan di luar lagi, jadi pengusaha terlibat hanya bergantung kepada pelancong jadi bila tidak ada pelancong memang bungkus semua. Pengusaha kereta sewa banyak mengeluh kerana mereka terpaksa melelong kereta,” katanya.
Justeru katanya, LTA berharap kerajaan negeri dan Persekutuan dapat duduk semeja untuk mencapai titik persamaan yang baik demi pelancongan di Langkawi.
KEBETULAN ATAU AURA TUN !
1. Selepas Tun kalah di Langkawi ada sebuah persatuan berjumpa Tun marah marah kenapa Tun tak bantu mereka..kini dilapurkan mereka terpaksa menjual apa yang tinggal..
2. BAKUN juga nasib yang sama..sepatutnya grid bolih dijual sampai ke Indonesia tapi terbantut..
3. Cyberjaya yang sepatutnya jadi bandar IT tapi kini yang nampak hanya condo condo..
4. Orang perseorangan juga saya dapati mendapat musibah yang tidak kemana mereka bolih maju..yang nampak hanya kemampuan beretorik saja..begitu juga yang pernah menikam Tun..
5. Tapi sikap Tun amat terpuji..tidak ada dendam sehingga orang yang mewakili Tun di Lgk masih diberi kerja menjaga aset Tun di sana..Tun masih berkawan dengan orang yang menikam dia..
6. Tapi peristiwa di Lgk ni nampak sangat seperti ‘ bala ‘ ..walaupun mereka marah dengan orang orang Tun tapi membenamkam deposit adalah keterlaluan..
Mungkin pemerhatian saya salah tapi mengkaji asal usul Tun ni tidak ada yang mustahil kerana darjat Tun tu sendiri..HZP..5 pm selasa..7 Nov 23.
Di media mana tah tulis Langkawi tak ada org.
kereta sewa kena jual… yg aku tau geng kete sewa beli kereta makin banyak…. orang dan hantu dari luar yg banyak masuk ke Langkawi nie… agaknya org yg buat story nie masuk Langkawi masa PKP kot… kau tak tau ke jalan langkawi nie makin jem….
ada jer org dtg melancong…. brg mahal dan feri tak ada tu kami yg kat Langkawi ni dah lali… Tulis story kat akhbar sambil buat fitnah ke apa. p/s : nak suruh bini buat kopilah… layan drama hindustan terbaru nie.
Kali terakhir pergi Langkawi tahun 2017
makan ada kedai murah,ada kedai mahal.Tapi yang tak best, pasal kereta sewa.Memang bagi aku dah macam sindiket.Isi minyak rm30,meter minyak naik sikit je.Sewa kereta Viva je pun.Tambah rm10,memang tak nampak meter naik.
Alih-alih tanya kawan yang pernah alami,memang ada penyewa yang tak jujur.Aku anggap ni sebagai pengajaran hidup.Nasihat aku Langkawi ini kawasan pelancongan.Kalau tak nak jadi ‘sumpahan Mahsuri” sekali lagi kat Langkawi,baik berniaga dengan jujur.
Yang tak jujur tu impak kepada peniaga lain yang jujur dan cari makan cara halal.Bila servis perkhidmatan terbaik,Insya Allah pelancong akan datang lagi.Tak kira domestik atau luar negara.
Damage is done Puan Shah Ida
walaupun awak delete posting tu kita dah screenshoot semua nya. Semua kenal dan tahu owner Resort NOBA di Pulau Langkawi ni macam mana. Terima kasih kepada semua yang memberi semangat dan kata2 positif. Kami tak suka nak viral kan benda yang tak berfaedah ni ..
Yang baik datang nya dari Allah yang buruk dari kita manusia sendiri..Akhirkata mai la datang berjalan ke Pulau Tuba & Pulau Selat ada banyak chalet dan tempat makan yang anda boleh cuba. Sama2 kita majukan ekonomi penduduk Selat & Tuba,Pulau dengan suasana kampung DULU DULU. Langkawi sunyi sepi.
GRAFFITI..Apa Yang Hangpa Nak Sampaikan Ni ?
Pihak Langkawi Lada Boleh Cerita Sikit Kot Noo,,Tok Terkejut Tengok Gambaq Macam Ni Dipamerkan… Banyak Lagi Design Pelik² Yang Ada
Bukan Kita Menolak Semua Lukisan Tu. Ada Yang X Sesuai Dengan Keadaan Tempat. Sbb Tu Kita Ambik 2 3 Keping Saja Contoh Gambaq Yang Kurang Elokkkk. Nak Berkarya Silakan,,Tapi Ada Yang Boleh Ada Yang X Blh Kot.. Mau Ka Buh Gambaq Macam Tu Kat Rumah Hangpa ??? Macam Tu Jugak Langkawi Ada Masyarakatnya.
Pihak² Berwajib Tolong Turun Padang Sama Tengok Teguq Apa Yang Patut. Jangan Kira Ikut Sedap Depa Saja Nak Design… JANGAN LENA. Langkawi sunyi sepi.
Mahal. Apa yg saya boleh dapat di Langkawi?
Cable car. Mahai wehh. Tak naik pun. Takkan anak naik sorang² pula. Wildlife Sactuary.
Mahal juga. Tapi best berbaloi la masuk..
Underwater world
Boleh dapat tiket murah kat shopee.
Laut, pantai
Tak cantik
Makanan
Mahalll. Seafood lagi mahal.
Hotel
Mahal. Hotel bajet pun mahal.
Sewa kereta
Dah sama macam kos sewa kat Sabah pula.
Tiket feri
Pun mahal.
Disebabkan tak suka shopping, tak nampak menarik sangat..Suka tempat² binatang tu jer.
Simpan lebih ckit, kita pi Semporna.hahaha.
Makan seafood heaven.
Laut cantik betul.
Water-chalet tengah laut kos marhean. Lagi berbaloi dari duduk Lexis hibiscus tapi laut tak cantik langsung.
Pagi² terjun laut yg supper jernih.
Pengalaman yg takkan dapat di mana² di Semenanjung Malaysia. Langkawi sunyi sepi.