Lirik Lagu Coldplay Dajjal ?

Lirik Lagu Coldplay Dajjal ?

Lirik Lagu Coldplay Dajjal ? Sebelum baca penuh posting Abeli, Abeli nak buat disclaimer dulu. Tujuan posting bukan untuk menyokong Coldplay tapi lebih kepada nak mengecam cara si fulan di bawah ni menyebarkan sesuatu perkara. Niat dia mungkin baik. Tapi cara dia sangatlah jijik.

Pertama. Dalam video ini, disertakan teks. Kepada yang tidak faham Bahasa Inggeris, sudah tentu akan fikir ini adalah maksud lagu tersebut. AKAN TETAPI! Itu bukan maksud lirik lagu tersebut.

Boleh cari lagu ‘Something Just Like This’. Cek lirik dan cari maksud. Ia menceritakan tentang seorang lelaki yang mengaku dirinya tidak ada apa-apa. Tapi si perempuan masih lagu mahukan dirinya. Itu hanya roman dan bukan lagu menyembah dajjal.

Dan, di atas pentas itu, vokalis sedang melakukan isyarat tangan menterjemahkan lirik lagu tersebut. Mungkin isyarat tangan tersebut kepada peminat yang pekak dan bisu.

Kedua. Vokalis memakai topeng bermata satu. Ah sudah. Ini tanda sokong Dajjal! BUKAN!! Vokalis memadankan topeng itu dengan baju tshirt yang bertulis ‘Everyone Is An Alien Somewhere’. Teks itu digunakan untuk mempromosikan ‘Music of The Spheres.’ Dan topeng itu adalah topeng alien dan bukannya Dajjal. Apa maksudnya teks tersebut? Secara tersirat, ia bermaksud supaya kita tidak bergaduh dengan perbezaan, tapi berdamai dengan persamaan masing-masing.

Jadi, bagi Abeli, saudara Hj Azman Alex ni berdakwah secara jahat. Mungkin boleh ubah dengan cara yang lebih sopan.

COLDPLAY DAN OKU

Coldplay memperkenalkan sign language dalam setiap konsert mereka di seluruh dunia sejak Mei 2022. Tujuannya supaya OKU, khususnya golongan pekak dan mempunyai masalah pendengaran tidak tersisih daripada muzik mereka.

Selain Chris Martin mendedikasi sebuah lagu penuh dalam sign language, di beberapa konsert terpilih, beberapa sign language interpretor juga diupah untuk buat sign language untuk semua lagu yang dinyanyikan. Lebih kurang macam kat TV Berita ada sign language interpretor kat bawah tu.

Lagu yang baru-baru ini viral dan difitnah kononnya Coldplay ajak peminat mereka sembah dajjal, sebenarnya sign language lagu “Something Just Like This”. Lirik dalam bahasa Inggerisnya boleh didengar dalam audio.

Ada “Hercules”, ada “Spiderman”, ada “Batman”. Saya telah terjemahkan lirik lagu berkenaan kepada bahasa Melayu. Lagu “Something Just Like This” sebenarnya berkisar tentang seorang jejaka yang tidak confident dengan dirinya.

Jejaka tersebut berasa kerdil, emo dan tidak yakin diri kerana tidak mempunyai kebolehan luar biasa seperti Hercules, Spiderman, Batman.

Namun, gadis yang disukai jejaka tersebut meminta jejaka itu jangan bersedih. Gadis itu berkata dia bukannya mencari teman yang mempunyai superpower seperti superheroes, sebaliknya cuma mahukan teman yang bersedia menemaninya.

Lagu tersebut ada part sedih (part jejaka itu emo sebab berasa kerdil berasa tidak mempunyai superpower), tetapi di sebalik part sedih ada juga sinar harapan (part gadis itu menyatakan dia cuma nak teman yang normal teman yang sanggup menemaninya).

Mesej yang disampaikan oleh Coldplay kepada pendengar ialah dalam kesedihan, kegelapan dan keadaan hendak putus asa, cubalah berfikiran positif dan terbuka. Takde kena mengena dengan dajjal ke iluminati ke sembah aku ke apa. Tapi….. tetapi…. Edit video fitnah dan sebar video fitnah itu confirm dajjal.

Bodow-bodow jer ada tahi konspirasi dedahkan terjemahan lirik lagu Coldplay,

konon suruh sembah Coldplay dan Dajjal bagai, tapi bila aku dengar dalam Bahasa Inggeris, lain pulak isi dia. Subtitle tak kena langsung. Rempit bodow Bahasa Inggeris jer percaya video tu.

Ya, tahu jer pergi konsert ni haram. Tapi tak haram ke perbuatan korang membodohkan orang ni semua? Yang pergi share tu, setinggi inikah kebodohan rakyat Malaysia? Masa kelas Bahasa Inggeris dulu, korang buat apa? Masturbasi belakang kelas sampai jadi sebegini menyedihkan? Lirik Lagu Coldplay Dajjal ?

Saya belum dengar lagi lagu Pelukan Angkasa tu.

Tapi kalau nak cerita pasal keburukan dalam lirik lagu Melayu ni banyak je. Misalnya lagu Redline Shizuka, fasal kekasih datang bulan. Gemuruh Wings dan Search, pasal berzina sampai dapat anak. Laila’s Lounge punya Mawar Khayalan, boleh jadi pasal ganja. Ada lagi, Bintang Biru Kristal Salju (Pitahati), Tangis Darah (XPDC), Bercanda di Pinggiran Pantai (Anita Sarawak duet Sudirman) dan banyak lagi yang kalau kita dengar betul betul liriknya boleh mendatangkan maksud yang tak elok. Tapi rata rata pendegar bukan kisah pun lagu tu nak cerita pasal apa. Asalkan lagu tu sedap didengar sambil sambil tunggu lampu merah.

Tapi kalau kita kaji dengan mendalam, lirik lagu yang agak dalam ini bukan berputar dalam lagu lagu rock dan lagu orang besar saja. Malah, ada juga lagu kanak kanak yang jika amati betul betul, mempunyai makna yang tersirat. Sebagai contoh ada satu lagu kanak kanak yang saya rasa macam tak sesuai liriknya. Iaitu lagu “Kereta Kecil Warna Merah.”

Mari kita perhatikan lirik lagu ini rangkap demi rangkap.

“Bapa ku pulang dari kota,

Bapaku belikan kereta,

Kereta kecil warna merah,

Boleh ku bawa ke sekolah.”

Dalam rangkap ini tada masalah. Menceritakan kisah seorang ayah yang mungkin kaya dan mampu beli kereta. Kereta dalam rangkap ini dikatakan kecil dan boleh dibawa ke sekolah. Sangkaan kita semua kereta ini mungkin kereta control atau kereta dash yang boleh bawak masuk beg sekolah dan main dengan kawan kawan.

Walaupun bawak mainan ke sekolah itu mungkin satu budaya yang kurang bagus kerana boleh mengganggu fokus belajar dan boleh buat anak murid yang B40 jadi dengki, bagi saya itu bukan satu masalah besar sangat.

Tapi cuba perhati dalam rangkap kedua.

“Pom pom pom pom,

Kereta kecil ku berbunyi,

Marilah adik mari naik,

Boleh ku bawa jumpa nenek.”

Mula mula kita ingatkan kereta kecil tu macam kereta control, tapi bila dia sebut ‘mari naik’, itu melambangkan kereta tersebut besar dan boleh dipandu. Boleh jadi kereta kecil yang dimaksudkan ialah kereta Perodua Kancil.

Hal ini sangat serius. Lagu ini telah mengajar anak anak kecil untuk melanggar undang undang. Padahal semua kita tahu, budak sekolah mana ada lesen kereta? Jadi sedikit sebanyak lagu ini memberi pengaruh yang tidak sihat. Kalau eksiden? Siapa nak jawab?

Apatah lagi bila dia cakap mari adik mari naik. Banyak lagu Melayu apabila menggunakan perktaan ‘adik’ ditafsirkan sebagai perempuan. Contohnya lagu Senario, Zapin Usik Mengusik yang mebahasakan diri ‘adik’ itu kepada seorang gadis. Bawak kereta pergi sekolah tu dah satu hal, ajak makwe naik kereta pulak lagi barah. Menjurus kepada masalah sosial lain pula.

Baris terakhir lagu ini lagi bahaya. Kenapa nak bawa jumpa nenek? Kenapa tak bawa jumpa mak ayah dah kalau gatal sangat?

‘Nenek’ kat sini bukan bermaksud nenek yang dalam salasilah atau carta organisasi keluarga tu. Tapi nenek di sini ialah satu simbolik kepada hutan. Orang zaman dulu kalau masuk hutan, mesti cakap, “Nenek nenek, cucu tumpang lalu.” Dalam lagu ini, sebenarnya bukan nak bawa adik tu pergi kampung jumpa nenek. Tapi lebih kepada nak bawa makwe naik kereta lepas tu masuk hutan. Jadi buat apa dalam hutan berdua-duaan? Boleh sendiri fikir. Takkan masuk hutan sebab nak buat jerat pelanduk kot. Kan?

Nampak tak pengaruh lagu ini kepada anak anak? Bukankah bahaya? Lagi bahaya jika lagu ini juga diajar di sekolah sekolah.

Saya berharap dengan pendedahan ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh ambik maklum dan membuat pemantauan terhadap lagu ini. Kalau masalah beg berat, pandai sangat mengkaji dan berbincang. Tapi kalau masalah akhlak ‘berat’, KPM tak nak bincang ke? Fikir fikirkan. Lirik Lagu Coldplay Dajjal ? Sekian.

Leave a Reply