Liyana Jasmay Sokong Zionis ?

Liyana Jasmay Sokong Zionis ?

Liyana Jasmay Sokong Zionis ? Liyana Jasmay dituduh sokong Zionis sebab ‘kembarnya’. KASIHAN betul pelakon Liyana Jasmay. Dia tidak buat salah apa-apa, tapi kena kecam dengan netizen disebabkan salah faham.

Semuanya gara-gara isu ‘pelanduk dua serupa’ yang sebelum ini berkongsi mengenai isu Palestin dan Israel dalam TikTok miliknya.

Namun, apa yang menjadi perhatian adalah, wajah wanita tersebut memang seiras betul dengan Liyana.

Tak pasal-pasal, pelakon itu terkena tempias dikecam apabila ada segelintir netizen tersalah memberi sasaran.

Tidak berdiam diri, Liyana yang kecewa kemudiannya menegur sikap netizen apabila suka mencari kesalahan dan bertindak menghukum seseorang sesuka hati tanpa usul periksa.

“Jangan beria sangat cari salah orang dan kecam orang dengan penuh rasa bangga. Langsung tidak ada rasa bersalah. “Kedua, tolong jangan sebarkan fitnah. Ketiga berhentilah menghukum orang sesuka hati,” tulisnya.

Siapa yang tengok video tersebut pada awalnya juga ingat wanita itu adalah Liyana sebab memang saling tak tumpah wajah mereka benar-benar seiras. K Online. Liyana Jasmay dituduh sokong Zionis sebab ‘kembarnya’.

HENTIKAN SEGERA SERANGAN DI GAZA

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara utama perlu dilakukan semua pihak termasuk kuasa-kuasa besar bagi meredakan sementara konflik yang meruncing di Gaza ketika ini ialah menghentikan serangan di kawasan itu.

Anwar berkata pembunuhan kanak-kanak, wanita dan rakyat Palestin yang tidak berdosa di Gaza mesti dihentikan.

Malaysia bukanlah negara besar, bukan negara Arab, bukan negara Teluk yang berjiran dengan Palestin. Tetapi kita bertanggungjawab menyuarakan hati nurani umat dan rakyat Palestin,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra dengan diaspora dan pelajar Malaysia di Mesir di sini, malam tadi.

Majlis yang dihadiri kira-kira 1,200 rakyat Malaysia itu antaranya turut dihadiri Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan, Duta Besar Malaysia ke Mesir Zamani Ismail dan pegawai-pegawai kedutaan Malaysia di Kaherah.

Menurut Anwar beliau juga kesal kerana negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Eropah seolah-olah ‘tidak mempunyai masa’ untuk menghentikan kezaliman, penindasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin di Gaza selain bersikap dingin terhadap usaha penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Kebebasan SPRM Gaza ?

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata beliau memberi kebebasan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tanggungjawabnya membanteras gejala rasuah di negara ini.

Ketika menjawab pertanyaan diaspora pada majlis ramah mesra itu, Anwar berkata beliau yakin gejala rasuah di negara ini boleh diatasi dengan sokongan semua pihak termasuk pemimpin tertinggi negara tidak terkecuali Perdana Menteri, perlu mengelak menggunakan kedudukan untuk mengumpul kekayaan.

Anwar kini berada di Kaherah dalam lawatan kerja dua hari ke Mesir dan esok (23 Okt) beliau dijadual menghadap Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Istana Al Ittihadiya.

Perdana Menteri turut dijadual mengadakan kunjungan hormat ke atas Imam Besar Al-Azhar Sheikh Ahmed el-Tayeb sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.–AlHijrah Online

Laungan Allahuakbar di Perhimpunan ‘Freedom With Palestine’ tidak jadi isu

Laungan Allahuakbar di Perhimpunan ‘Freedom With Palestine’ tidak jadi isu

Selebriti tanah air dan pempengaruh terkenal mula bersuara tanda tidak bersetuju dengan tindakan penganjur Perhimpunan ‘Freedom With Palestine’ yang dilihat seakan-akan cuba ‘mendiamkan’ suara peserta yang bersolidariti bersama Palestin.

Menurut pelakon dan pengacara terkenal, Qi Razali menyuarakan pandangannya supaya jangan meminta umat Islam untuk ‘menjaga hati’ orang bukan Islam sedangkan kita hidup dalam negara berbilang kaum.

“Di Malaysia, kita dengan azan lima kali sehari. Saya tidak rasa laungan Allahuakbar akan mengguris hati sesiapa, lebih-lebih lagi apabila mangsanya adalah orang Islam juga.

“Saya tahu orang Malaysia lebih baik daripada apa yang diperkatakan,” katanya melalui sebuah hantaran di laman Twitter, hari ini.

Pempengaruh terkenal, Ceddy Ang di laman Twiternya, @CeddyOrNot pula berkata, peserta perhimpunan tersebut mempunyai hak untuk bersuara lebih-lebih lagi apabila sedang berhimpun untuk menunjukkan solidariti bersama Palestin.

“Nak jaga hati siapa? Terang-terangan, (peserta) berada di situ untuk menyokong Palestin.

“Laungan Allahuakbar tidak patut menjadi isu. Mungkin para penganjur ingin hormat peserta daripada kaum dan agama yang berbeza.

“Tetapi apabila Nurul Izzah menjerit Allahuakbar, saya okay sahaja. Orang bukan Islam tidak dipaksa untuk ikut serta,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan peserta Perhimpunan ‘Freedom For Palestine’ berasa kecewa setelah penganjur melarang pesertanya daripada melaungkan Allahuakbar.

Perhimpunan di Dataran Merdeka yang disertai hampir 5,000 peserta daripada pelbagai latar belakang. Mendapat kritikan orang ramai selepas penganjurnya bertindak merampas sepanduk yang memaparkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu sebagai syaitan. K Online

Laungan Allahuakbar di Perhimpunan ‘Freedom With Palestine’ tidak jadi isu

Israel koyak cuak tengok pemberita pakai sari warna bendera Palestin 

Israel koyak cuak tengok pemberita pakai sari warna bendera Palestin (Video)

Satu temu bual yang disiarkan menerusi rangkaian televisyen India menjadi tumpuan. Tetamu jemputan, seorang ahli Pasukan Khas Perisikan Israel, Frederic Landau, ‘koyak’ gara-gara warna baju yang dipakai pemberita.

Menerusi klip video tular yang dimuat naik di laman media sosial. Memaparkan sebahagian temu bual tersebut yang dihoskan oleh Pengarang Eksekutif Mirror Now, Shreya Dhoundial.

“Saya dapat lihat warna yang awak pakai petang ini dan sebab itu saya sengaja memakai baju warna biru dan putih. Dengan segala hormatnya kepada hijau, merah dan hitam yang anda sengaja pakai, biru dan putih akan sentiasa menang,” kata Frederic.

Membalas kenyataan Frederic, Shreya berkata, pakaian yang dia kenakan itu merupakan milik neneknya dan tidak melambangkan sokongan kepada Palestin.

“Janganlah kita membahagikan warna atas dasar agama. Untuk maklumkan, pakaian yang saya pakai adalah sari nenek saya.

“Jika dia masih hidup, dia berusia kira-kira 105 tahun hari ini. Dia tidak tahu mengenai konflik Palestin dan Israel. Sari ini sama sekali tidak menandakan sebarang sokongan kepada mana-mana pihak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shreya, menegaskan bahawa dia tidak akan membenarkan Frederic untuk membuat keputusan bagi pihaknya.

“Saya tak akan biarkan awak pilih apa yang saya pakai, apa yang saya nak cakap. Saya akan mengatakan apa yang saya perlu sepertimana yang saya lihat,” ujarnya.

Konflik antara kedua-dua pihak tersebut yang kini memasuki hari ke-15. Telah mengorbankan kira-kita 4,137 rakyat Palestin manakala 13,163 yang lain cedera dengan kebanyakannya orang awam. K Online

Leave a Reply

%d bloggers like this: