Maksud OMAD ?
Maksud OMAD ? Satu sistem IF yang digemari dan dipraktis oleh ramai orang yang dah terer buat puasa. Ia mempunyai BANYAK benefit, tapi ramai orang yang tak tau macam mana nak strategikan aplikasi sistem ni.
Korang boleh tengok video Pokcik di Youtube berkenaan OMAD dan cara2 melakukannya. Tapi itu cuma cover sebahagian kecik.
Ada yang komplen bila dah buat OMAD hampir beberapa bulan, dia stuck. Berat badan tak turun. Tak tau kat mana silap.
Pokcik bagi ilmu. Equation untuk badan kita ni nampak simple tapi kompleks. Bila kita buat satu rutin dan kita ‘stick’ kepada satu rutin itu, badan kita beradaptasi. Untuk OFFkan adaptasi tu, kita kena lari dari rutin. Reset the system.
Nak lari dari rutin ni, korang boleh buat macam2 cara. Ada yang off IF kejap dalam dua hari, makan 3 kali sehari. Ada yang turunkan jam dia buat IF. Ada yang tambah waktu, buat EF/PF.
Yang mana satu betul? Yang mana tak membantu?
Di sinilah jawapannya menjadi kompleks. Tapi hakikatnya tak pernah lari. Badan kamu tidak mahu burn lemak sebenarnya. Ia mahu ‘simpan’ lemak sebagai polisi survivalnya. Kamu kena bijak mengatur banyak aspek. Stress level, pemakanan, Circadian Rythm, Recovery, Nutrition. All goes hand in hand. There is never one simple answer.
Bila kau buat OMAD dengan kerap, badan kau menjadi terlalu efisyen dalam penggunaan tenaga lemak. Ramai orang suka dengar ayat ni. Efisyen. Tapi maknanya di sini jauh lari dari apa yang korang pikir. Di dalam maksud efisyen ni, dia bakar siiiikiiit je lemak untuk dijadikan tenaga. Tambah pulak kau balik keja je tengok tv buat kopi O. Low energy demand.
Lemak ialah medium yang mempunyai value kalori paling padat dan mampu sustain tenaga pada julat yang lama. Karbo ni biasanya nilai kalori dia (estimate saja) dalam 4 kalori/gram. Lemak pulak ialah WHOPPING 9 kalori per gram. Dari sudut penggunaan pulak, kalori karbo cepat digunakan oleh badan, tapi kalori lemak ni jenis slow, maintain.
So kalau korang ada target lagi nak turunkan berat badan, maka OMAD setiap hari bukan jawapannya. Kita kena pelbagaikan sikit waktu IF kita. Jangan bagi badan kita belajar hanya satu rutin. Ada benefit dia jugak. Ghrelin pun tak la dikeluarkan hanya dalam satu tempoh tetap aje. Maka waktu apa pun takkan rasa sangat lapar tu, walaupun dah sampai waktu berbuka IF kita.
Nutrition pun penting. Badan kita nak nutrition, bukan sedap. Tapi kalau kita cukup nutrition, baru sedap badan. Kalau just buat OMAD tapi makan tak tentu hala makro, maka nutrition tak cukup. Esp protein dan dan lain2 micronutrition.
Aktiviti dan stress management pun penting. Kalau tak bergerak, maka apa tenaga berlebihan pun tak digunakan. Kalau stress manjang, cortisol tinggi, susah nak dapat Nutritional ketosis level yang baik, sebab gula dan Insulin dok tinggi dalam badan.
Sesetengah orang dia akan stress buat OMAD sebab nak capai target. Baik buat IF method yang lebih sesuai utk diri sendiri. Tengok apa yang kau mampu. Jangan tengok orang lain. Jeles tak kena tempat buat apa. Dia mampu, kau tidak. Nak kejar siapa lagipun, kan.
ADA orang yang sesuai melakukan OMAD hari hari. Tengok tujuan. Kalau dia tak kisah pun berat badannya turun REALLY slow, dan lebih pentingkan kesihatan metabolik dari paras rupa, maka OMAD setiap hari adalah yang terbaik untuk mereka. Know that fact and recognize it.
This Is The Way.
“Macam mana saya nak teruskan buat IF dalam bulan Ramadhan?”
Perkara pertama yang anda perlu fahami ialah maksud perkataan ‘Intermittent Fasting’ itu sebaik baiknya.
Intermittent – Terputus
Fasting – Puasa (Tidak makan/Tidak Minum atau kedua duanya sekali)
Maknanya, IF itu ialah satu sistem berpuasa dalam waktu yang sederhana dan kemudian memutuskan puasa itu dengan cara makan ataupun minum.
Maknanya, Puasa dalam bulan Ramadhan juga ialah salah satu bentuk Intermittent Fasting. Cuma ia adalah dalam bentuk Dry Fast (tidak makan dan tidak minum).
Untuk Muslimin dan Muslimah, terus saja lakukan puasa di bulan Ramadhan dengan mematuhi segala syarat syaratnya. Tidak perlu memeningkan kepala dengan waktu makan yang terlampau strict. Anda boleh lakukan OMAD dengan makan secukupnya di waktu berbuka puasa dan bersahur dengan air kosong jika mahu. Saya sendiri hanya akan melakukan puasa dengan berbuka/bersahur lengkap secara Keto dan makan sederhana. Yang bukan Muslim juga boleh sama2 melakukan puasa untuk menyihatkan tubuh badan dan rohani.
Puasa di bulan Ramadhan bukan setakat hanya menahan lapar dan dahaga, berbuka sederhana dan bersahur, tetapi juga untuk menjaga akhlak serta peribadi kita dari perkara negatif.
Semoga kita semua diberi keberkatan dan kesihatan oleh Allah SWT di bulan Mulia ini.
DIET- Perkataan ini ada pelbagai maksud yang difahami oleh setiap individu.
1. Ada yang faham makanan nak kurus.
2. Saya pula faham sekadar sebagai makanan.
Sebab tu tiada perkataan cheat day atau cheat meal dalam kamus hidup saya.
Contoh konteks pemahaman saya.
Saya mengamalkan diet keto.
Tetiba ada orang nampak saya tengah hirup teh boba
“Tengah cheat ke?”
“I don’t know. I just live my life.”
Contoh lain.
Saya mengamalkan diet halal.
Takkan laa boleh cheat. Betul tak?
Apa masalah dengan fahaman no. 1 tadi?
Bila dah kurus, dia ke laut.
Makan apa suka.
Lepas tu gemuk, diet semula.
Cycle repeats.
Kadang-kadang bila dah nak ‘berdiet’ kurus ni, mula tanya, “Ini boleh makan?” “Itu boleh makan?”
Walaupun soalan dia sama ada boleh atau tidak, saya biasa jawab yang ini lulus keto (keto-friendly) atau sebaliknya.
Lepas tu kena jawab balik, “Takkan laa makan sikit pun tak boleh”
Ahhh sudah….
Sebab tu nak kurus ni bukan objektif.
Objektif sebenar nak sihat.
Kenal mana makanan sihat dan mana makanan tak sihat.
Jadi, pemilihan makanan pun jadi betul.
Kalau tetiba teringin nak makan fast food, tetap tahu bahawa ianya tak sihat. “Aku makan benda tak sihat ni, buat ghaso-ghaso”
Takde laa tetiba jadi order ala-carte sihat, order set meal tak sihat.
Gambar: Baru-baru ni dapat makan semula makanan ruji 10-15 tahun lepas. Yummy! (Not keto-friendly. You’ve been warned)
Maaf, panipuri dan bhel puri tu telah di ‘ngap’ sebelum bergambar