Malbatt Misi Bakara Berbaloi ?

Malbatt Misi Bakara Berbaloi ?

Malbatt Misi Bakara Berbaloi ? Berbaloi ke bawa anak-anak tengok filem MALBATT: Misi Bakara ? Saya bawa keluarga tengok movie ini pada 23hb Ogos. Pukul 9.05 malam. Untuk tambah nilai patriotisme dalam diri dan ikuti plot “unsung hero” yang dititikberatkan sepanjang movie ini.

1 – Penggunaan bahasa yang kurang sesuai.

Ada banyak bahasa kesat dalam movie ini. Saya memang expect sebab tengah perang. Takkan nak berkomunikasi dalam keadaan berkias dan bersopan santun ketika perang?

2 – Penuh dengan aksi.

Sejak dari awal cerita sampai habis, memang penuh dengan aksi. Seronok sebab sedar tak sedar cerita dah habis.

Memandangkan saya tak ada langsung pengalaman mengarah movie, untuk saya overall memang best. Adengan perang dan situasi genting memang banyak. Dialog sepanjang movie pun mantap.

3 – Plot paling sedih?

Saya ternanti-nanti plot yang diinspirasikan daripada video yang viral iaitu arwah Koperal Mat Aznan. Bab ini, memang mengalir air mata, meremang bulu roma dan sebak.

Kena tengok dan rasai sendiri moment dalam movie ini. Cuma, lebih baik tengok video ini dulu sebelum pergi beli tiket Malbatt.

4 – Barisan pelakon.

Walaupun Malbatt bawa ramai barisan pelakon yang popular, veteran dan berpengaruh, objektif movie tetap tercapai.Iaitu membawa kita selami cerita dan watak yang dibawa sepanjang cerita.

Kita tak jadi fokus pada barisan pelakon. Tapi bagaimana pelakon itu bawa watak yang diinspirasikan berdasarkan cerita sebenar.

5 – Ending.

Lepas habis movie, ada visual-visual yang diletakkan seperti gambar tentera kita, liputan akhbar dan banyak lagi.

Memang cantik susunan movie ini secara keseluruhan. Bab green screen sepanjang movie saya tak nak komen lebih-lebih.

Sebab saya tahu bukan senang untuk puaskan hati semua orang. Yang pasti, mereka sudah buat yang terbaik.

Bangga jadi rakyat Malaysia?

Kalau nak bawa anak-anak tengok movie ini, bersedia untuk terima ayat-ayat kesat sepanjang tontonan. Sekali lagi, objektif movie ini tercapai. Saya tanya anak-anak, “Bangga jadi rakyat Malaysia?” Anak saya jawab, “Bangga, terharu dan nak banggakan negara.”

Objektif menyuntik nilai patriotisme, tercapai. Selingan: Bahagian askar US pandang rendah pada askar kita memang mengundang. Tapi itulah kehidupan, US memang acah-acah hebat. Sekian review daripada individu yang tak pandai review movie.

Malbatt…Bakara Market

2 bulan lepas aku cakap kat bini aku, ni cerita wajib tengok.. Penggunaan bahasa semboyan/sebutan senjata, pergerakan OBUA/OKT – Operasi Kawasan Terbina yang baik, pergerakan keluor masuk kenderaan dan melintasi bangunan yang boleh dikatakan baik….cerita hanya berkisar di tempat kejadian….dalam keadaan sebenar, sniper dan anggota yang terlibat dalam menyelamat tebusan mungkin dari pasukan khas yang ditumpangkan ke dalam unit besar…

Tapi sayang…masa isa(kejadian sebenar Adnan) kena RPG, die tak ulang ayat yang sebenar panggilan semboyan….”Tuan, Isa dah kena tuan”……”Tuan, Isa dah takdak”….kalau die masukkan ni lagi menarik emosi penonton..

Teringat ayat En Pak Ya masa kursus Platun Sarjan dulu “Kita semua meniti diatas darah2 pahlawan yang telah terkorban satu ketika dulu”

Baru lepas tonton movie Malbatt | Misi Bakara.

Ingatkan nak tulis esok tapi tak boleh, kena share malam ni juga. Dia punya feel tu, fuhh lain macam.

Malbatt ni sebenarnya singkatan nama bagi Malaysia Battalion, sebuah pasukan yang diterbangkan ke Somalia selatan. Filem ini berlatar belakangkan pada tahun 1993.

Masa ni UNOSOM II minta bantuan pasukan tentera Malaysia dan 19 RAMD Mekanis (Malbatt 1) untuk masuk Pasar Bakara, Mogadishu untuk misi menyelamat. Nak selamatkan siapa? Haa yang itu kenalah tonton sendiri.

Apa yang best tentang filem ini :

1. Baru start movie, dah buat kau tak senang duduk. Adegan serangan bertalu-talu sampai tak sempat nak tarik nafas dibuatnya.

2. Terlalu ramai barisan pelakon hebat sampai saya tak reti nak sebut nama sorang-sorang. Yang pasti, lakonan tidak mengecewakan. Feveret saya, orang Alor Gajah.

3. Kali ni tak ada aksi kombat macam tumbuk-tumbuk one to one bagai tu. Walaupun tak ada, kita berbalik pada poin nombor satu. Berdebar-debar weh.

4. Elemen kekeluargaan dan sahabat sangat kuat dalam filem ini. Mengalir jugaklah air mata nak-nak pula bila melibatkan scene kehilangan.

5. Sejujurnya, ada juga bahasa kasar yang digunakan. Jadi sebelum bawa anak-anak tonton, kena alert pada anak-anak tentang perkataan kasar ini.

6. Ending paling tak mengecewakan. Tribute kepada tentera sebenar. Penuh emosi. Semua senyap sepi.

7. Selepas tamat filem, pawagam gemuruh dengan tepukan tangan. Masa ni memang terasa bahang semangat patriotisme.

8. Alangkah bagusnya jika filem dapat diakhiri dengan nyanyian lagu Negaraku. Waktu inilah kita dapat serap rasa cinta dan sayang dek bahang filem Malbatt tadi.

Kalau anda rasa berdebar sepanjang tonton filem pertempuran Bukit Kepong, Paskal, Polis Evo, ini pun apa kurangnya. Saya harap akan ada filem tentang Lahad Datu pula.

Bawalah anak-anak ke pawagam sempena cuti sekolah ini. Semarakkan rasa cinta negara dengan menonton filem ini. Kita perlu hargai semangat juang tentera kita.

Kepada Adrian Teh, terima kasih.

Saya suka filem Black Hawk Down.

Tetapi bila tahu wira sebenar yang menyelamatkan 70 US Rangers ialah anggota askar kita, saya kecewa. Begitulah cara US dan Hollywood membalas jasa wira kita – mereka lebih mengetengahkan askar dari negara lain dalam operasi menyelamat tersebut.

Jika Hollywood tidak mahu menunjukkan hero sebenar, biar filem tempatan kita sendiri mengangkat wira kita. Kita perlu berhenti berharap pada orang luar. Tak sabar nak menonton MALBATT Misi Bakara. Tahniah Adrian Teh and team.

Malbatt Misi Bakara

Allah SWT berfirman:

“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.”

(QS. Al-Ma’idah 5: Ayat 32)

Siapa yg tgk MALBATT Misi Bakara mesti perasan ayat Quran ni di penghujung filem kemudian diikuti dgn tribute utk wira2 MALBATT (Malaysia Battalion). Bangga dgn tentera Malaysia…

Pic kedua: Hero sebenar yg terkorban dalam MALBATT Misi Bakara. Alfatihah Koperal Mat Aznan.

P/s: lagi suka tgk Sam berlakon dlm citer ni dari Polis Evo 3. Tak puas tgk Dini…hihi. And good job Adrian Teh for making this movie..????????

Leave a Reply

%d bloggers like this: