MB Kedah Nasihat Industri ?

MB Kedah Nasihat Industri ?

1. Dua tiga hari lepas saya dapat miss call drpd seorang jemaah surau, saya tak call balik sebab saya fikir kalau urgent nanti dia wasap mai lah tu. Malam tu pi Surau, dia mai habag dia call sebab nak tanya kilang saya kerja nie ada kosong ka, anak menakan dia grad Engineer dari Univ mana lupa dah, dia kata tengah cari kerja. Saya kata kilang saya tak dak kosong buat masa nie, saya bagi kat dia nama2 kilang yg tengah duk hiring/ada kosong buat masa ini. Saya tau sebab tugasan kerja sebulan sekali macam itu memerlukan saya buat survey/banci talipon kilang2 sana sini survey status terkini, dari situ saya boleh tau kilang mana tengah hiring kilang mana slow down.

Pada hari yg sama juga kalau tak silap, saya dapat wasap drpd seorang sahabat lama saya dari KL tanya soalan yg sama, kilang hang ada kosong dak? Anak aku grad Degree in Mechatronic Engineering (Univ luar negeri) tengah cari kerja. Saya reply yg sama, dan wasap kat dia nama2 kilang yg tengah duk ambil orang.

Nak habag kata, graduan2 keluar Univ ramai tengah duk cari kerja, tak kira yg grad dalam negeri atau pun luar negeri. Sekarang ini tak semudah itu nak dapat kerja, lebih ramai graduan berbanding jumlah kerja yang ada. Saya tau sebab itu memang kerja saya, jangan terkejut kalau saya habag kadang2 kompeni2 post iklan kerja kosong utk dua tiga kekosongan ja tapi yg minta mau dekat 700-800 orang!

2. Sebab itu saya cukup teruja bila baca berita yg masuk ke FB saya tadi gambar MB Kedah berjumpa dengan rombongan pelabur kilang AT&S dari Austria yg diketuai sendiri oleh Duta Besar Austria ke Malaysia di Wisma Darul Aman, Alor Setar Kedah ini; membawa pelaburan bernilai RM8.5 billion di Kulim Hi-Tech Park, yg akan membuka peluang pekerjaan kpd 15,000 orang.

Saya tiap2 hari pi kerja balik kerja lalu kot area kilang AT&S yg baru naik tiang nie, dijangka siap 2024. Anak saya seorang itu baru tengah duk ambil Diploma di ADTEC Mahang, Kulim mudah2an bila dah tamat belajar nanti, ada peluang utk beliau dan rakan2nya beroleh kerja di sini atau pun di kilang2 lain yg tengah duk naik di kawasan Kulim Hitech ini seperti Risen Solar, Jinjing, Aspen dll.

3. Saya nak ucapkan tkasih berbanyak kpd Kerajaan Negeri Kedah khususnya YAB MB yg cakna industri yg memberi perhatian sungguh kpd perkembangan sektor industri di negeri Kedah ini, bukan sahaja utk rakyat Kedah tapi utk rakyat Malaysia seluruhnya. Anak2 kita yg sedang belajar nu keluar nanti nak kerja. Bukan itu sahaja, yg sudah tamat belajar dah grad pun ramai lagi yg sedang mencari kerja.

4. Bayangkan negara kita Malaysia ada 21 IPTA dan 38 IPTS, setiap tahun melahirkan lebih kurang 51,000 graduan. Mengikut kajian oleh pihak berkenaan, setiap tahun juga secara hitung panjangnya lebih kurang 60% daripada graduan ini selepas setahun grad masih tak dapat kerja. Mengikut kajian juga sekarang ini ada lebih kurang 116,000 graduan masih tak ada kerja.

Maka eloklah sangat jika kerajaan negeri Kedah fokus kpd pembangunan industri ini. Saya tak kisah parti mana yg memerintah, hat elok saya sokong ja. Tadi saya google, berikut adalah kawasan2 industri di negeri Kedah selain KHTP Kulim Hi-Tech, yg sedang diberi perhatian secara bersungguh2 oleh kerajaan negeri dengan kerjasama ejensi2 pusat yg berkenaan:

i) KSTP Kedah Science & Technology Park dalam kawasan Bukit Kayu Hitam SBEZ (Special Border Economic Zone). Dijangka akan beroperasi pada tahun 2022, membawa peluang pekerjaan utk 23,000 orang.
* Dlm SBEZ ini juga ada KPSBEZ/Northern Gateway kapanama saya tak berapa clear namanya tapi fokus kpd logistik dan yg berkaitan.

ii) KRC Kedah Rubber City di Padang Terap, fokus kpd industri berkaitan hasil getah dan sama waktu dengannya, dah ada pelaburan masuk RM2.2 billion. Dijangka beroperasi pada tahun 2023, membawa peluang pekerjaan utk 4,500 orang.

iii) KEIP Kedah Eco-Innovation Park dalam kawasan Petrochemical Industrial Park di Gurun Kedah, industri berasaskan sektor petrochemical dan yg sewaktu dengannya. Saya cuba google tapi belum dapat detailsnya lagi, kerjasama dgn ejensi pusat, juga dijangkakan akan mewujudkan beribu peluang pekerjaan kpd mereka yg mencari kerja.

Point nak habagnya, tumpuan kpd sektor2 industri ini penting sebab ramai graduan yg sedang mencari kerja dan dalam masa yg sama kilang2 yg sudah berpuluh tahun yg sedia ada itu tunggu masa sahaja nak tutup atau berpindah keluar sebab perubahan teknologi dan applikasi terkini dan juga labor intensif yg sudah tidak sesuai lagi dgn suasana industri di Malaysia masa kini.

5. Moga2 semua kawasan industri yg sedang diberi perhatian oleh kerajaan negeri ini akan berkembang pesat dan berjaya seperti kawasan KHTP Kulim Hi-Tech Park yg saya antara Engineer yg mula2 kerja di situ pada tahun 1997 sehingga sekarang, (KHTP diwujudkan pada tahun 1996); dulunya hanya beberapa buah kilang sahaja waktu kami bermula, hari ini sudah ada berpuluh buah kilang dengan hampir 30,000 orang pekerja!

Terima kasih kpd kerajaan Negeri Kedah yg memberi perhatian serius kpd sektor industri ini, Insyaallah bukan sahaja pekerja2 industri itu sahaja yg akan dapat manfaatnya nanti tetapi akan turut mendapat tempias manfaat sosio ekonominya oleh penduduk setempat, yang akan merancakkan bisness dan perniagaan setempat seperti pasar malam, kedai runcit, warung makan, restoren, pasar tani, taman perumahan, jualan motor kereta dan sebagainya, Insyaallah. Tahniah MB YAB Muhammad Sanusi Md Nor.

Leave a Reply

%d bloggers like this: