Melayu Asal Dari Keturah ?

Melayu Asal Dari Keturah ?

Melayu Asal Dari Keturah ? Saya baru baca kertas kajian seorang Prof. Bahasa Arab yang dakwa Melayu berasal usul dari Keturah. Kertas kajian ini agak baru juga, tahun lepas punya. Dakwaan (claim) dia ada masalah. Mari kita hurai satu-satu.

Tajuk kertas kajian, “ASAL USUL BAHASA, TAMADUN MANUSIA DAN PERKAITAN DENGAN RUMPUN BANGSA & BAHASA MELAYU”

1. Dakwaan Nabi Ibrahim a.s. ada Isteri bernama Keturah datang daripada Bible. Saya sebenarnya tak tahu sama ada Islam ada sebut pasal ini. Tapi sumber yang dia petik dari Bible. Tapi dalam Bible tak sebut isteri, ia sebut gundik (concubine).

Bukti dari tradisi Islam tak ada, bukti dari segi sains (lipatan sejarah/arkeologi) pun tidak ada. Tambah lagi, Bible yang dipetik tak sebut nama Keturah, cuma sebut “gundik” sahaja. Tak tahu asal mana nama Keturah ini.

Cuma dalam video dia, katanya nama Keturah ini ada dalam kitab tafsir. Mohon semak kalau betul ada. Kalau tengok daripada sumber orang Yahudi, nama Keturah ini memang ada. Mereka berbeza pendapat sama ada Keturah ini isteri ketiga ataupun orang yang sama dengan Hajar.

2. Dia buat dakwaan, “Sesuatu yang menarik tentang Keturah ini beliau berasal dari timur jauh ada yang mengatakan beliau berasal dari Campa.”

Saya nak tahu juga daripada mana dia dapat kenyataan ini. Dia ada letak nota kaki dan nota kaki itu membawa kepada laman Wikipedia dan Britannica tentang kerajaan Champa dan nama tempat Nha Trang.

Laman Wikipedia cukup tidak berkredibiliti untuk digunakan sebagai rujukan dalam kertas kajian. Tapi saya buka jelah. Kedua-dua laman ini tak ada pun sebut Keturah asal dari Champa.

Rupanya kenyataan itu tak berasas daripada mana-mana kajian pun. Yang diambil dari Wikipedia pun tak sokong kenyataannya.

3. Menariknya nama asal bandar Nha Trang adalah Kauthara yang berada di bawah kerajaan Champa. Kauthara ini berasal daripada bahasa kerajaan Champa pada ketika itu bermaksud “kepah purba (ancient clam)”.

Tak disebut dalam kertas kajiannya, tapi Prof. BA itu kata dalam videonya nama asal Nha Trang adalah Keturah yang bermaksud “Kayu Gaharu”. Walaupun Kauthara dan Keturah ini macamlah dekat-dekat, tapi terbitan perkataan itu berbeza. Satu dia dakwa daripada Yahudi, satu lagi daripada bahasa orang Champa dulu.

4. Dalam video dia, katanya perkataan Keturah ini gelaran oleh orang Yahudi. Cuma tak diberitahu apa maksud Keturah itu daripada bahasa Ibrani. Yang dia sebut kalau bahasa Arab maksudnya “Kayu Gaharu”. Saya tak faham kenapa kalau asal usul perkataan itu daripada Ibrani, tapi memilih untuk terjemahnya daripada bahasa Arab.

5. Jika nak juga nama Kauthara itu berasal daripada Keturah, ada masalah lain pula iaitu garis masa (timeline). Kerajaan Champa wujud 100 tahun selepas zaman Nabi Isa iaitu sekitar kurun ke-2 masihi.

Keturah yang duduk satu zaman dengan Nabi Ibrahim tentulah hidup ribuan tahun sebelum zaman Nabi Isa. Garis masa bercanggah dan bermasalah.

Tambahan lagi, tiada bukti pun nama Kauthara itu diterbitkan daripada Keturah. Dia pun tak nyatakan bukti.

6. Jadi, mana datangnya dakwaan Keturah ini leluhur orang Melayu? Dia tidak menyebut secara terang. Cuma dia sebut dalam kertas kajiannya generasi Nabi Ibrahim diteruskan di timur melalui Keturah. Dakwaan ini pun datang daripada Bible, “sent them away eastward.”

“Eastward” ini pun tak jelas timur mana. Negara-negara Arab itu pun dipanggil timur tengah. Masih timur juga. Tambah lagi konsep mata angin pada ketika itu belum jelas macam sekarang. Timur boleh bermaksud mana-mana tempat pun.

7. Akhir sekali saya lihat bahagian rujukan. Tak sangkalah dia guna juga rujukan daripada WordPress dan blog-blog yang tidak boleh dipercayai selain daripada Wikipedia.

Kertas kajian ini tak berkualiti. Tugasan (assignment) pelajar pun tak bagi guna Wikipedia! Tuan-tuan boleh nilai sendiri, orang awam pun tak susah nak faham kertas kajiannya dan boleh kesan masalahnya.

Orang Melayu dari keturunan Nabi Ibrahim dari jaluran isteri ketiganya Keturah?

Mula-mula saya membaca tulisan seperti ini saya juga menolaknya. Ini kerana sepanjang saya belajar dahulu, isteri Nabi Ibrahim hanya dua orang iaitu Siti Hajar dan Siti Sarah, tidak pernah jumpa nama Keturah.

Tetapi ketika saya selalu membawa rombongan ke al-Aqsa, banyak kitab-kitab dan buku dari Timur Tengah termasuk dari Jerusalem mengesahkan wujudnya isteri Nabi Ibrahim yang ketiga bernama Keturah.

Antaranya buku yang saya kongsikan di atas. Saya pernah tanya Imam al-Aqsa sendiri dan beliau menyatakan bahawa memang Nabi Ibrahim punyai isteri ketiga. Saya sendiri pernah ke perkampungan Keturah tidak jauh dari Ilat Palestin.

Siti Sarah dari sekitar Jerusalem, Siti Hajar dari Mesir dan Keturah dari bahagian laut di Ilat Palestin. Daripada Siti Sarah lahirlah Bani Israel, Dari Siti Hajar lahirlah bangsa Arab dan dari tulisan Tarsilah Melayu, orang Melayu dari keturuanan Keturah.

Banyak kajian mengesahkan perkara ini, jika benar wallahualam, jika tidak, nenek moyang kita hebat dan boleh tahu wujudnya isteri ketiga Nabi Ibrahim, bernama Keturah ini. Jika benar, patutlah jiwa orang Melayu begitu rapat dengan al-Aqsa sehingga jika berlaku apa-apa di Aqsa, secara spontan, orang Melayu antara yang awal memberi respons.

Sila kongsikan jika anda tahu lebih mengenai Keturah ini. Panjangkan dan follow IG saya, @ustazamin. Melayu Asal Dari Keturah ?

Siapa dia yang pandai-memandai kata isteri Nabi Ibrahim bernama Keturah tu orang Melayu?

Keturah adalah berketurunan Kanaan melalui susur galur Nabi Nuh melalui anaknya Yafith. Lagipun, sejak bila pula ada nama orang Melayu bernama ‘Keturah’? Bahasa Hebrew untuk nama ini adalah קְטוּרָה, Qəṭūrā.

Saya dah buat DNA test dan result keluar saya 80% Melayu. Takda pula disebut saya ada darah Arab atau Yahudi. Sudah-sudahlah. Berbangga lah dengan kaum sendiri iaitu Melayu yang hebat berdagang, merantau, belayar, berpolitik, mentadbir, berperang dan berseni. Melayu Asal Dari Keturah ?

Tak perlu nak claim kita asal orang Arab atau Yahudi pula. Usah percaya dengan cerita tahyul dan mitos. Mohd Azrul Abu Hassan

Leave a Reply