Mencari Halal Itu Wajib

Mencari Halal Itu Wajib

Hari tu aku pergi satu kompleks beli belah ni, makan dekat restoran nama dia I LOVE YOO!

Kedai tu kecil je. Walaupun kecil dan bertepek tulisan Cina, dia ada sijil halal JAKIM
.

Aku cukup pelik kenapa kedai kecil macam I LOVE YOO ! yang sediakan makanan Cina ni boleh ada sijil Halal JAKIM, tapi restoran besar macam Boat Noodle, Kyochon dan banyak restoran ala Jepun tak boleh ada sijil Halal JAKIM.

Ah Cheng Laksa pun boleh ada sijil HALAL JAKIM.

Tak pelik ke?

Seoul Garden, Absolute Thai, segala macam restoran makanan ala Jepun yang besar2 , banyak yang tak ada sijil Halal. Apa pasal ? . Aku memang tak masuk restoran macam ni. Tak kebulur aku nak melantak semata.

Nak kata mahal, susah nak mohon sijil tu … Tu restoran kecil tu boleh je ada sijil tu?

Kedai restoran ala Jepun yg tak ada sijil halal ni kebanyakannya sebab ada hidangan arak Jepun dekat situ. Kan ada pilihan, yang masih nak melantak dekat kedai ada arak apa pasal? Masuklah restoran ala Jepun yang ada sijil halal.

Dan lagi pelik, orang kita ramai juga yang tak kisah dengan hal ni. Alasan yang biasa adalah ala ko makan dekat warung tepi jalan, restoran Melayu tak ada pun sijil halal JAKIM pun. Yakin je la, pekerjanya kan ada Melayu.

Bang, Siti Kasim pun Melayu jugak. Rizal Van Geyzel tauke Housecrack Comedy tu Melayu jugak. Arak juga dihidangnya.

Kita ni kalau restoran Melayu atau warung tepi jalan yg kotor dan kita tak yakin pun patut kita elak makan situ.

Yang restoran besar2 ni, apa alasan dia untuk tak ada sijil Halal JAKIM?

Lagi satu alasannya, dah mohon dah tapi tak dapat lagi. Oi, dah berapa tahun dah pakai alasan ni?

Pada aku lah, diorang ni nak normalisasikan budaya tak kisah halal haram antara kita tambah2 yang dekat bandar ni. Bukan tak boleh pun ada sijil Halal JAKIM kalau kau betul2 halal. Nak takut apa? Kan ke pelaburan untuk meyakinkan pelanggan tu. Ciput sangat kosnya banding kos ubahsuai restoran, kos iklankan jenama kau tu.

Bila masyarakat kita dah jenis tak kisah, senanglah diorang buat kerja mengikis keyakinan masyarakat kita terhadap mana2 instusi Islam.

Sama je modus operandi diorang ni. Normalisasikan sesuatu yang mereka nak kita amalkan supaya kita jadi sebahagian daripada mereka

Normalisasikan LBGT, bercakap bahasa Inggeris membelakangkan bahasa kebangsaan Malaysia iaitu Bahasa Melayu, anti monarki, liberal melampaui batas mana2 agama, Octoberfest yang bukan budaya kita, komunis pun pejuang negara, tak kisah pasal halal haram dan sebagainya.

Melayu dan Islam ni pasaran terbesar Malaysia.
Kau tengok filem Mat Kilau tu. Filem tak sedap pun dapat atasi jualan tiket paling laris di dunia iaitu Avengers Endgame. Pasaran kita besar. Kalau kita kuat, tunduklah diorang.

Diorang ni meniaga memang nak untung jugak. Kalau kita tak sokong, tak masuk restoran besar yang tak ada sijil Halal JAKIM, diorang pun akan mulalah menggelabah mohon sijil tu.

Patutnya segala restoran besar tambah2 dekat kompleks beli belah yang mahu pasaran orang Islam, dah diwajibkan ada sijil Halal. Restoran mamak pun kena ada. Banyak yang kotor, yang menipu kononnya Islam pun ada.

Dan masyarakat Islam kena ambil kisah perkara ni.

Raja2 Melayu sebagai ketua agama Islam dan ketua negeri masing2 kenalah lebih berperanan jalankan tugas. Titahkan dan desak kerajaan negeri supaya tegas dalam hal ni dalam membentuk minda masyarakat. Malulah sikit dengan Sultan Alauddin zaman Kesultanan Melayu Melaka dulu.

Sikit hari, kalau institusi Raja Melayu pun lembik, tak berperanan… maka masyarakat juga makin tak kisah akan instusi ni. Belajarlah dari sejarah.

Dalam sejarah Melayu, ada je raja Melayu yang rakyat jatuhkan. Dalam sejarah dunia, banyak je negara yang gulingkan sistem raja sendiri bila rakyat rasa rajanya lembik dan tak membawa manfaat lagi kepada mereka contohnya Perancis, Iran, Itali, China, India, Indonesia dan sebagainya.

Nota tambahan :

Ini baru saya tambah. Ramai benar yg marah kata Seoul Garden ada sijil Halal. Baguslah kalau ada sijil Halal. Saya pergi premis dia dekat Setia City Mall , tak nampak pun sijilnya. Kalau nampak sijil Halal dekat Seoul Garden, masuklah tanpa was2.

Kalau I Love Yoo tu dia pamer sijil Halal palsu, repot je polis.

Hujah utama dia, kalau dah restoran besar dan pasaran UTK org Islam tu, mohonlah sijil Halal. Pamerkan. Itu je.

Pelik betul bila berita pertahankan restoran besar, tapi sijil Halal oleh institusi agama Islam kita tak mahu pulak pertahankan .

Leave a Reply

%d bloggers like this: