Menjadi Suami Prihatin

Menjadi Suami Prihatin

Dalam perjalanan ke KL hujan begitu lebat. Ketika ini saya dalam bas. Saya merenung dari dalam bas, ternampak abang ini meredah hujan lebat tanpa set baju hujan. Barang kali pulang ke rumah dari tempat kerja.

Beginilah keadaan seorang suami atau ayah setiap hari yang kalian wahai para isteri perlu tahu. Apa jua rintangan hujan panas tetap mereka redahi demi keselesaan dan nafkah anak isteri di rumah. Jika selamat sampai Syukur Alhamdulillah. Tersenyum rianglah anak-anak menanti.

Namun ada di kalangan mereka tewas di perjalanan. Hanya jasad dihantar ke rumah tanpa bernyawa lagi. Semua menangis tanpa henti.

Sungguh mereka kuat demi anak dan isteri. Mereka sanggup redah apa pun terjadi. itulah sifat suami.

Bertuah jika kalian punyai suami yang jenis prihatin, bertanggungjawab, buatkan kalian senang hati. Hargailah dia, dakaplah dia, taat lah dia, layanlah dia bak Raja.

Takpalah jika suami tidak mampu nak hadiahkan gelang emas, tak mampu nak bawa bercuti, tak mampu nak belanja shopping, tak mampu nak bagi hadiah mahal-mahal.

Cukuplah jika dia seorang suami yang bertanggungjawab, yang kasih dan sayang kepada kamu sampai mati. Yang mampu pimpin tangan kamu masuk syurga bersama.

Hargai dia. Dia cukup mahal buat kamu.

Follow saya disini 👉🏻 Muhammad Hassan

-EncikMatt-LelakiBurQa

masih belajar jadi suami yang terindah.

Kredit: Muhammad Hassan

Leave a Reply

%d bloggers like this: