Mercedes A-Class Best ?

mercedes A class best

Mercedes A-Class Best ? Apa yang best sangat pakai Mercedes A class berbanding hatchback lain? Kalau nak tahu kenapa best sangat berbanding hatchback lain, check it out!

Design maut

– Mercedes A-Class ni punya design memang cun gila. Muka depan dia macam tengah senyum, tapi garang. Bila nampak atas jalan, memang gaya habis.

Kabin gempak

– Dalam kabin, semua benda high-tech. Ada dual screen untuk driver dan infotainment, macam dalam kapal angkasa gitu. Kualiti material pun padu, bila duduk dalam for sure mmg kereta mewah habis.

Performance

– Walaupun hatchback, tapi jangan main-main dengan performance Mercedes A-Class ni. Enjin dia padu, ada pilihan enjin 1.3-liter turbo ke 2.0-liter turbo. Kalau amik yang paling power, A45 AMG tu, memang boleh terbang.

Handling

– Mercedes A-Class ni punya handling memang best. Dia ringan, tapi tetap steady dan responsive bila cornering. Memang syok bawak.

Prestij

– Jangan lupa, ini adalah Mercedes, bro. Bila bawak kereta nih, memang ada style dan prestij tersendiri. Orang akan pandang sebelah mata kat hatchback lain bila kau datang dengan A-Class ni.

So, tu lah beberapa sebab kenapa Mercedes A-Class best gila berbanding hatchback lain. Kalau ada duit lebih, memang worth it lah nak beli A-Class ni. Bolehlah nak bawak keluar dengan geng, mesti depa jek punya!

Memboikot stabak ke mc d ke bukan caranya…

Bersorak sakan pun bukan caranya…Takkan nak jual keta mercedes sebab nak boikot Jerman kot…Tapi…Kita perlu jadi orang Islam yang lebih kaya… supaya kita mampu hantar wang ringgit bukan berjuta tapi berbillion untuk depa bangunkan system pertahanan dan ketenteraan yang lebih baik…

Supaya bila kaya, kita pulak yang menjajah ekonomi depa…Ko boikot mc d atau stabak tu, bangsa kita jugak yang hilang kerja…Hurmmm…Depa nak carik kerja lain, tapi soalnya, ko ada ke company atau kerja yang boleh bagi kat depa sebagai ganti?…

Cuba kita berfikir di luar kebiasaan dan bertindak dengan lebih bijak…Pakcik suarakan pandangan sahaja…Hangpa tak suka ka, tak setuju ka, takpa. Cara perjuangan kita saja yang mungkin berbeza.

Melayu ni rata2nya miskin.

Gaji tiap2 bulan ckup2 makan. Rumah menyewa. Beli kereta murah loan 9 tahun. Tapi drama melayu sana sini tayang melayu ni hidup mewah serba serbi, rumah banglo, drive mercedes, muda2 dah jadi ceo lanjiaoo.

Smpi bila nak hidangkan drama penuh delusion ni kpd melayu yang makin miskin merempat kt negara sendiri ni? Patut kene tunjuk drama yang bg inspirasi kepada melayu supaya lebih berusaha. Bukan mengharap brim, ptptn, pastu berangan orang kaya.

Terimalah hakikat yang melayu semakin merempat di tanah melayu. Tanah melayu hak melayu? Bullshit. Cuba tunjuk geran tanah, nama sapa kt situ.

Salesman yang bertugas dalam showroom BMW dan Mercedes

boleh kenal sama ada orang yang masuk pintu showroomnya itu golongan kaya ataupun bukan. Mereka tidak tengok pakaian orang itu. Pakaian branded tidak menjamin orang itu mampu membeli kereta di dalam showroom itu.

Kalau orang itu datang dengan memakai T-shirt hitam dan naik motorsikal Honda kapcai macam Tuan Shahrul Bear Gpc sekalipun, salesman BMW boleh kenal bahawa orang itu mampu membeli BMW tunai.

Bagaimana salesman tahu? Golongan kaya dan golongan pura-pura kaya sentiasa bertanyakan soalan-soalan yang sangat berbeza. Gitu.

Apa usaha drastik bangsa Arab untuk Palestin?

Perpindahan neymar ke Al-Hilal dengan kontrak 2 tahun dengan gaji RM14.7 juta seminggu. Al-Hilal tidak mendapatkan Neymar dengan harga yang murah dimana Al-Hilal membayar PSG RM459.4 juta. Neymar turut meminta :

1. 3 kereta mewah untuk dirinya (Bentley Continental GP, Aston Martin DBX & Lamborghini) bernilai RM3 juta

2. 4 Mercedes G Wagons untuk ahli keluarganya serta pengiringnya

3. 1 van Mercedes dengan seorang pemandu

4. Pemandu itu mesti bersiap sedia 24 jam setiap hari sepanjang tahun buat dirianya, rakan-rakan dan ahli keluarganya.

5. Peti ais di rumahnya mesti sentiasa dipenuhi dengan minuman jus acai daripada jenama kegemarannya serta minuman Guarana untuk rakan dan keluarganya

6. 3 suana dibina di rumahnya

7. Di rumahnya perlu ada 5 pekerja sepenuh masa termasuk cef sos bagi membantu cef peribadinya dari Brazil serta 2 orang bagi kerja pembersih.

8. Kos penginapan di hotel, restoran dan bandar yang mungkin dilawatinya pada hari tiada perlawanan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik Al-Hilal.

9. Menggunakan jet peribadi bila mana dia atau keluarganya memerlukan untuk bercuti.

10. Kolam renang di rumahnya dengan ukuran khusus sekurangnya-kurangnya 10 meter lebar dan 40 meter panjang

11. Rumah perlu minimum 25 bilik untuk rakan-rakannya, keluarga, pengiring serta pembantunya boleh tinggal bersama.

Agaknya apa kerajaan Saudi & orang kaya arab buat untuk Palestin?

Nak nampak berjaya? Mudah je, pakai la Mercedes ke, BMW ke, Vellfire ke, Lambo ke, Mustang ke…

Muat naik gambar bersama kereta di FB, IG atau TikTok. Masyarakat kita selalu kaitkan kejayaan dengan material, biasanya kereta. Nak recruit ejen? Tunjuk kereta. Nak jadi sifu? Tunjuk kereta. Nak jadi influencer? Tunjuk kereta (…dan tabur sikit ayat-ayat motivasi positif setiap hari.)

Tapi, apa itu berjaya yang sebenar-benar berjaya? Nampak berjaya dan berjaya dengan sebenar-benar berjaya itu dua perkara berbeza. Allah dah bagi jawapan dalam surah Al-Mukminun. Berjayalah orang-orang mukmin. Iaitu mereka yang:

  1. Menjaga solat dan khusyu dalam solat
  2. Tidak berkata-kata kosong
  3. Tunaikan zakat
  4. Menjaga kehormatan
  5. Menunaikan janji dan tanggung jawab

Perhatikan ciri ke-5. Maka kalau ada kereta mewah dan harta bertimbun-timbun sekali pun…tapi hidup penuh dengan penipuan, janji palsu dan sembang kosong, sebenarnya bukanlah orang yang berjaya. Salam Ramadhan semua.

Nota Kaki: Ada wali-wali Allah yang hidupnya mewah, banyak harta dan kaya-raya. Bezanya mereka tidak menjadikan harta sebagai tanda aras kejayaan.

BMW, Mercedes, McLaren, Ferrari, Lamborghini, LV, Prada, Supreme

dan lain lain tak mahal pun tuan puan. cuma….Kita yang tak mampu. tapi kalau orang kaya & banyak duit, murah saja di mata mereka. Jadi berhentilah jadi netizen yang suka kutuk barang barang mahal ni. tak mampu? senyap saja. beli yang mampu.

“Kalau aku banyak duit, aku tak beli kereta or barang berjenama. baik aku sedekah dekat masjid or derma pada rumah anak yatim” Sembangggggg seropa khinzir terbang ke bulan hmmmm.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply