Motor Kapcai Mahal ?

motor kapcai mahal

Motor Kapcai Mahal ? Siapa sini memang kaki motor sejak sekolah lagi ? Korang ni suka tengok tak motoGP ? Siapa sini layan formula 1 ? Siapa sini geng kereta sport nissan audi ? Cerita Khairul Idham Pawi menang moto3 di Jerman masih disebut-sebut, dan budak 18 tahu itu digelar  King of Rain.

Tapi itu semua cerita geng motor besar. Korang pernah masuk line bebudak motor Kapcai ? geng C70 motor lama yang suka racing sana sini, buat  costume. Memang kalau nak diceritakan, harga custome motor kapcai lepas custome memang boleh cecah berbelas  ribu !!!. Tapi nak tahu feel mahal harga motor kapcai, korang tengok filem ZACK  KAPCAI !!!

ZACK KAPCAI – Bukan Cerita Mat Rempit ?

Biasalah kan, MIG dibawah kepimpinan Mejar David Teo, tak pernah miss buat filem pasal budak motor. Dari tenaga filem Adnan  Sempit, mereka terus bergerak dengan filem terbaru mereka iaitu Zack Kapcai. Cerita kali ini menampilkan Fad Bocey, Syuk Syj, Rahim Sepahtu sebagai pendokong utama cerita ini, kalau takda  diorang ni memang tak boleh gelak lah.

Cerita ini pula dibantu oleh pelakon baru Julia Marin yang membawa watak adik Zack (lakonan Fad Bocey) yang  gedik gedik manja boleh pulak terpikat dengan Roy ( lakonan Syuk Syj). Bagaimana mereka adik beradik ini terpisah kerana bapak Zack iaitu Rudy (lakonan Rahim ) bergaduh dengan mak mereka Minah (lakonan Serena Ridzuan) hanya semata-mata nak pertahankan keegoan Rudy dalam sebagai Raja Kapcai !!! Tak lupa juga filem ini yang penuh dengan aksi lucu Epy Kodiang dan Shafiez, dan juga penampilan istimewa Adam Corrie.

motor kapcai lagi best dari awek cun

Motor Kapcai Lagi Bernilai Dari Wanita ?

Filem yang diarahkan oleh Azaromi Ghozali dan Rosli Mohd Taib ini membawa satu mesej jelas, yang di mana Harga Motor Kapcai itu lebih tinggi dari segala-galanya. Boleh dikatakan, sebuah Motor Kapcai itu lebih gila, semuanya jadi huru-hara dengan sebuah motor kapcai yang dikatakan menjadi legenda dan sebutan kaki kapcai dalam filem tersebut. Beberapa babak filem yang aku boleh share sikit pada korang :

  1. Motor Kena Sorok Dari Bank – Betapa Minah sorokkan motor Rudy, walaupun bergaduh sebab Rudy bawak balik Cikaro, tapi Minah tetap simpan motor kapcai ciptaan Rudy, sebab motor tuh terlampau mahal sehingga Rudy sanggup hutang sana sini untuk bikin motor tersebut dan mengangkat dia sebagai Raja Kapcai
  2. Qistina ialah Sebuah Motor – Dalam filem ini nama Qistina ini lebih penting dari mana -mana awek yang ada, walaupun Roy suka kat Tasha (lakonan Julia Marin). Betapa gilenya filem ini, motor tuh lebih berharga dari seorang awek cun. Roy tak senang duduk, sampai kena bawak rantai panjang berjela-jela semata-mata nak jaga Qistina. Sampai orang jahat sanggup curi Qistina, dari culik Tasha.
  3. Tokey Besar Sanggup Jual Kedai – hhahaha, betapa dalam filem ini, seorang taukey sanggup menjual kedainya hanya kerana nak dapatkan motor kapcai yang dibawa oleh Zack.
  4. Race Untuk Dapatkan Motor – dalam filem ini, betapa motor kapcai jadi taruhan, bermula dengan Roy berpisah dengan Zack sebab bertaruhkan Qistina, sehinggalah kumpulan kaki kapcai sanggup berlawan dengan Zack untuk mendapatkan sebuah motor kapcai, dan bukannya berebutkan Tasha.

Reunion Raja Lawak Musim Ke -5 ?

Dalam filem ini, elemen komedi, tak dapat dipisahkan lagi. Pelakon seperti Syuk dan Rahim adalah produk dari Raja  Lawak Musim ke-5, Syuk dulu dari kumpulan Balas  dan Rahim dari kumpulan R2, adalah  finalis Raja Lawak musim ke-5. Dan jangan lupa juga, pengadil tetap dalam musim tersebut, tak lain tak bukan ialah David Teo sendiri.

reunion raja lawak musim ke-5

Zack Kapcai Menguji Keupayaan Sebenar Fad Bocey ?

Dalam filem ini, Fad bocey diuji dengan menampilkan watak sebagai hero utama filem ini. Fad dalam kumpulan bocey boleh dikatakan kurang menyerlah, kalau nak dibandingkan dengan Abam dan Acey yang selalu menjadi punch line tetap kumpulan Bocey. Dalam filem ini korang kena tengok sendiri bakat terbaik Fad yang berlakon sebagai Zack, yang sayangkan sebuah keluarga. Cuma dalam filem ini takde  pulak Fad menyanyi rap.

motor kapcai jadi pertaruhan

Zack Kapcai Tiru Initial-D ?

Filem ini jugak menampilkan cerita legasi seorang pelumba, dari ayah ke anak, sama seperti dalam filem Initial-D. Siapa yang pernah tengok initial-D, mesti tahu seorang budak yang diajar oleh bapaknya berlumba di kawasan bukit. Filem Zack Kapcai pula memaparkan Zack mewarisi bakat ayahnya Rudy, walaupun Zack berpisah dengan ayahnya sejak kecil, dan Zack seorang kaki racing yang tidak ada motor sendiri. Banyak jugak filem lain yang menampilkan kisah anak dan ayah kaki racing.

zack kapcai

Filem Terbaik Motor Kapcai  2016 ?

Kalau korang rasa sebuah motor  kapcai  tuh penting dalam kehidupan korang, ataupun korang nak rasa lawak pecah perut gila-gila lawak Fad, Syuk dan Rahim, ataupun korang takda kerja  nak tengok  filem lain yang terlampau serius, nampaknya korang ajaklah kengkawan semua tonton filem ZACK KAPCAI !!! Cuma bila bawak anak tuh, tolong jaga-jaga sikit dialog dalam cerita ini memang khas untuk budak-budak besar, skrip gila-gila.

Isu motor “otai otai” di Malaysia!

  • Beli scrambler untuk mencapai kelajuan tertinggi 200 km/j!
  • Beli lc135 untuk mengekalkan kelajuan 180 km/j!
  • Beli Ducati tapi jangkakan kos penyelenggaraan semurah ex5!
  • Beli helikopter tetapi harapkan ia akan membelok seperti superbike!
  • Beli basikal telanjang dan mengeluh tentang angin yang memukul anda dengan kuat dan membuat anda condong ke hadapan!
  • Beli fz150i dengan 4 silinder tetapi jangkakan ia lebih pantas daripada RR150 dengan hanya 2 silinder!

Gunakan rim belakang selebar 1.6 inci untuk basikal kapcai, tetapi kemudian berkeras untuk menggunakan saiz tayar 120/70 semata-mata untuk menjadikannya lebih besar, walaupun rim 1.6 direka dengan sempurna untuk saiz 70/90 dan 80/90. Apabila anda menghadapi masalah selekoh, anda menyalahkan tayar, tetapi itu adalah kebodohan anda sendiri!
Satu soalan untuk orang seperti ini: Sebelum membeli basikal idaman anda, pernahkah anda memikirkan untuk apa ia direka?

Setiap mesin direka bentuk dengan tujuan tertentu dalam fikiran,

dan adalah mustahil untuk satu basikal melakukan semua yang anda mahukannya. Sebagai contoh:

  1. Jika anda mahukan basikal yang tinggi seperti unta dan mempunyai kedudukan tempat duduk yang tegak. Seperti kerusi makan tetapi juga mahu ia menyudut seperti superbike. Adakah anda faham hukum fizik?
  2. Jika anda membeli ex5 dengan bakul dan mengubah suai blok dan enjin untuk menjadikannya seperti superbike. Adakah anda memahami konsep “tahan lama”? Jurutera mempertimbangkan setiap aspek, termasuk ketahanan, apabila mereka bentuk basikal.
  3. Jika anda menggunakan basikal 4 silinder, jelas sekali ia akan menghasilkan lebih banyak haba. Ianya memerlukan kos penyelenggaraan yang lebih tinggi daripada basikal dengan hanya 1 silinder!

Mentaliti di Malaysia ialah orang mahukan basikal yang boleh melakukan segala-galanya. Perlumbaan trek, menunggang jarak jauh, berulang-alik setiap hari, membawa penumpang, dll. Ini adalah jangkaan yang tidak realistik walaupun untuk jurutera Jepun!

Kesimpulannya, fikir baik-baik sebelum membeli. Jangan jadi seperti kucing manja yang merungut apabila tidak mempunyai rumah dan membiarkan pinggan pakai buang bersepah-sepah. motor kapcai mahal

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply