MRSM Untuk Pelajar Miskin ?

MRSM Untuk Pelajar Miskin ?

MRSM Untuk Pelajar Miskin ? Bila saya tegur tentang keutamaan untuk masuk SBP dan MRSM yang sepatutnya untuk anak orang miskin, ada yang tanya saya “Kamu orang miskin ke?”.

Saya tak malu mengakui bahawa saya datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Arwah ayah saya seorang pemandu di sebuah agensi kerajaan dan gaji bulanan beliau amat tendah berbanding gaji minima sekarang. Kami diberikan rezeki untuk arwah ayah buat rumah di tanah arwah nenek. Ketika saya masuk ke asrama, Mak saya sedang mengandung adik saya yang bongsu. Kami ada enam beradik.

MRSM Untuk Pelajar Miskin ?

Di rumah, saya berkongsi bilik dengan dua orang adik. Ada satu katil dua tingkat yang arwah ayah saya buat sendiri dan saya di tingkat atas. Tak boleh berdiri kerana akan suntuk ke bumbung.

Rumah lama kami itu, biliknya tidak tertutup penuh dan ada bukaan di bahagian atas. Ada sebiji mentol biru yang akan dinyalakan apabila lampu lain semua dah dipadamkan.

Sewaktu di sekolah rendah, apabila saya terlupa kerja rumah atau perlu baca sesuatu, lampu biru yang malap itulah satu-satunya cahaya yang ada, selain kadangkala ada limpahan cahaya bulan antara belahan bumbung. Mungkin sebab itu, saya perlu berkacamata sekarang ni.

Rezeki saya lagi, apabila berbekalkan keputusan Peperiksaan Penilaian Darjah Lima, melayakkan saya untuk mendapat tempat di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Terengganu. Berlaku perubahan besar dalam hidup saya.

Sejak saya masuk ke asrama

saya mempunyai katil sendiri (walau katil dua tingkat), ada loker sendiri (di rumah hanya satu almari dikongsi tiga beradik), saya boleh terus membaca dan membuat kerjarumah di bilik belajar khas selepas arahan tutup lampu sekitar jam 11 malam, dan makan yang tetap.

Ketika di asrama, saya dapat makan lauk ayam dua tiga kali seminggu, sedangkan adik-adik saya di rumah, mungkin dapat makan lauk ayam sekali atau dua kali dalam sebulan. Pada waktu itu, ayam dan daging adalah makanan mewah, di rumah saya, kami cuma ada lauk ikan kembung atau selayang. Ikan yang dah digoreng, Mak akan cubit dan letakkan dalam pinggan kami. Sebab kuantiti tak banyak. Perlu kongsi. Siapa dapat ratah kepala ikan, kira bertuah. Kadang tak cukup, saya ambik tulang ikan dan celup dalam kuah, hisap kuah yang melekat pada tulang ikan tersebut nak bagi ada rasa. Kalau tak ada kuah, kicap cap tiga ayam pun boleh.

Di sekolah, yuran makan adalah RM1 sehari bermakna sekitar RM30 sebulan. Dibayar berkala menggunakan duit Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) yang saya dapat sebanyak RM25 sebulan dan akan ditambah oleh arwah ayah untuk mencukupkannya.

Sesekali arwah ayah datang melawat di asrama

saya diberikan duit belanja sekitar RM5 atau RM10 dan sehari dua, bolehlah saya makan waktu rehat pagi di kantin dengan duit tersebut. Saya tak minta duit lebih dari arwah ayah sebab adik beradik lain di rumah pun perlukan belanja jugak. Kalau lepas raya, ada lah duit raya yang saya bawa ke asrama untuk tampung belanja. Kalau hari Sabtu dapat peluang ke bandar, balik rumah sekejap. Mak akan bagi duit RM3 untuk tambang balik ke asrama. Sebelum balik, sempat makan keropok di belakang stesen bas. Itu saja kemampuannya.

Kesusahan hidup saya, mungkin hanya sekelumit saja berbanding kesusahan orang lain. Walau susah, saya masih ada tempat berlindung, dan sebuah Vespa untuk menjadi alat pengangkutan ke mana-mana.

Sebab itu, saya tekankan supaya pihak berwajib, kembali semula ke tujuan asal penubuhan SBP dan MRSM. Anak orang berkemampuan, di rumah mereka ada bilik sendiri. Ada ruang belajar, ada komputer riba, ada makan yang cukup dan sebagainya. Berilah peluang kepada anak orang kurang berkemampuan untuk dapat peluang belajar dengan selesa dan mencapai cita-cita mereka. Paling kurang untuk membawa keluarga mereka keluar dari kemiskinan.

Sanggupkah kita melihat anak-anak cemerlang tak kesampaian ke IPT hanya kerana tiada pitih!

Apa perasaan kita bila mendapat mesej rintihan seperti ini? ” berderai airMata bila dgr anak Perempuan cakap” *”..biarlah kalu umiAbah xDop pitih pun xPo, kakak buleh jah masuk tikatéNé…”*_(Biarlah kalau Umi Abah Tak ada duit , kakak boleh sahaja masuk tingkatan enam). Anak ini tahu ibubapa tak mampu menyediakan wang ribuan ringgit sebagai yuran kemasukan asasi UITM.

Bertambah kesedihan mendengar nasib seorang pelajar cemerlang SPM 11A. Namun menghadapi kesukaran untuk menyambung pelajaran Asasi Sains Hayat Universiti Malaya kerana kedua-kedua ibunya OKU pendengaran dan bisu serta tiada pekerjaan.

Mereka sudah pun mengisi permohonan bantuan dengan MAIK tetapi diberitahu bahawa kelulusan mungkin mengambil masa sehingga tiga bulan. PTPN begitu juga. Hanya boleh memohon selepas kemasukan ke IPT. mrsm untuk pelajar miskin ?

Di mana mahu dicari wang untuk yuran kemasukan?

Apa nak jadi dengan nasib anak-anak kita yang cemerlang tetapi menghadapi masalah kewangan untuk menyambung pelajaran. Kerajaan dan agensinya perlu memperbaiki sistem penyaluran bantuan kepada rakyat dengan lebih efisyen.

Justeru bagi memastikan anak-anak kita tidak tercicir peluang melanjutkan pelajaran AWAN Kelantan membuka tabung Bantuan Pendidikan bagi menyelamatkan anak-anak kita.

Bantu Kami Bantu Rakyat sambung pelajaran. Derma sekarang. Maybank 553131016670. Wanita Amanah Kelantan. Wassap +60 13 349 2671 ref tabungpendidikan.

Hari ini saya bersama warga belia dalam Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021.

Dalam ucapan saya sebentar tadi, saya telah menekankan beberapa peranan dan kepentingan belia dalam rencana #Bajet2022.

Kerajaan menghargai kepentingan belia dan tidak akan meminggirkan golongan ini dalam soal pembangunan negara mahupun #Bajet2022 yang dibentangkan semalam kerana masa depan negara bergantung kepada belia hari ini.

Secara keseluruhan, terdapat 25 insentif khusus untuk anak muda sama ada secara langsung atau tidak langsung melalui Bajet 2022 menerusi pelbagai platform.

Antaranya termasuk kemudahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia yang akan membekalkan tablet untuk siswa dan siswi dari golongan B40 yang mana kerajaan akan menampung kos sebanyak RM800 bagi setiap tablet. Sejumlah RM450 juta diperuntukkan untuk inisiatif ini dan bakal memanfaatkan 600,000 siswa dan siswi B40.

Selain itu antara insentif lain termasuk e-Start iaitu pengkreditan RM150 ke dalam e-wallet seramai 2 juta belia iaitu yang berumur 18-20 tahun atau pelajar sepenuh masa, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM350 untuk individu bujang yang berpendapatan di bawah RM2,500, dan RM 1,000 bagi pasangan yang belum mendapat anak.

Melalui pembentangan Bajet 2022 semalam melalui insentif JaminKerja. Kerajaan menjamin penciptaan 600,000 peluang pekerjaan bagi membantu golongan belia yang masih menganggur.

Kerajaan optimis dengan pelbagai inisiatif yang telah digariskan melalui #Bajet2022. Bakal memberi manfaat yang besar bagi golongan belia khususnya dan Keluarga Malaysia, amnya kerana tiada siapa yang akan tertinggal.

Leave a Reply