Nak Makan Banyak ?

Nak Makan Banyak ?

Nak makan banyak ? Bersenam dan bina otot. Itu sahaja kuncinya. Senaman membakar kalori, menyebabkan jumlah kalori yang digunakan lebih tinggi dari jumlah kalori yang masuk (makan)
Sebab itu, kita boleh makan lebih banyak apabila kerap bersenam dengan intensiti yang mencukupi.TAPI!!!

RAHSIA MAKAN BANYAK TAPI TAK GEMUK SEBENAR IALAH…BINA OTOT

sebab tu mereka yang berotot, makan lebih banyak tapi x gemuk. Sebab?

Mereka yang berotot membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang kurang otot dalam kehidupan seharian mereka.
Sebagai contoh, orang yang kurang otot mungkin menggunakan 1 kalori ketika mengangkat sebelah tangan

Tetapi…orang yang berotot, menggunakan sehingga 7 x ganda lebih banyak kalori untuk aktiviti yang sama. Bermakna jika mereka angkat sebelah tangan mereka mungkin membakar sehingga 7 kalori, 7 kali lebih banyak!!

Best kan bina otot? Orang kata kalis obesiti bila berotot!! Sebenarnya orang obes memiliki jumlah otot yang banyak. Sebab itu proses penurunan berat mereka perlu dirancang dengan baik agar jumlah otot ini kekal dan tidak dibuang kerana ia adalah aset yang sangat beharga. Aku menyesal!!!

Sebab dalam proses penurunan berat badan dulu, aku tak kisah apa yang hilang asalkan berat atas penimbang makin ringan. Akibatnya aku hilang banyak otot menyebabkan badan gelebeh teruk dan badan macam jelly walaupun kurus. Dan disebabkan jumlah otot sedikit, keperluan kalori harian aku juga mengecil menyebabkan mudah untuk baik berat badan bila makan banyak
Namun tak guna untuk sesalkan pekara yang lepas. Apa yang penting adalah masa hadapan dan usaha. Maka perlahan lahan aku usahakan untuk bina semula otot yang hilang.
Harini?

Aku dah terima progress hasil usaha kuat selama ni. Aku boleh makan sehingga 2400 kalori sehari tanpa perlu risau berat badan naik. Sebelum ni aku hanya boleh makan sekitar 1800 kalori sahaja sehari. Seksa wooo. 24/11 ni kita timbang body composition dengan mesin inbody. tak sabar nak tahu berapa bodyfat % dan muscle mass sekarang

GREENTEA NI BAGUS UNTUK MENINGKATKAN METABOLISM BADAN TAU

MAKIN TINGGI METABOLISM SESEORANG, MAKIN BANYAK N SENANG KALORI/LEMAK YG SESEORANG ITU AKAN DIBAKAR. MCAMNA CARA & WAKTU TERBAIK UNTUK MINUM GREEN TEA?

1) Hanya 2-3 cawan sehari
Walaupun nak sangat cepat kurus tapi jangan ambil lebih dari 3 cawan. Teh hijau tinggi antioksidan dan khasiat lain seperti tannin dan flavoid. Pengambilan yang berlebihan boleh mengakibatkan toksik atau kerosakan pada hati. Cikgu Teha sllu mnum 20-30 mnit slepas brekfast & 20-30 mnit sebelum exercise.

2) Elak minum kalau perut kosong
Minum kafien waktu pagi memang boleh menyegarkan tapi ia juga boleh mencetuskan ketidakseimbangan pada perut. Tapi kalau rasa sesuai.. boleh jer mnum slepas bgon drpd tidur.. Tp make sure teh hijau suam.. Cikgu Teha ok mnum teh hijau walupon perut ksong d pagi hari.. Tapi klo korang tak boleh jangan mnum waktu perut kosong tauu..

3) Minum 30-45 minit sebelum atau selepas makan
Sebab tak mahu lemak berkumpul, lepas makan ramai yang terus minum teh hijau. Yang ni salah. Minum teh hijau sejurus lepas makan akan menyebabkan gangguan pada penyerapan nutrien. Perut pon akan muncut tau kalau trus mnum air slepas makan.haa takut takk..haha.. Cikgu Teha sllunya akan mnum air skurang2nya 20-30 mnit slepas makan..

Apa yang kita makan tidak akan diserap dengan baik kerana dihalang oleh unsur kafein dan tannin yang ada dalam teh hijau. Paling elok minum teh hijau 30-45 minit sebelum atau selepas makan.

4) Jangan minum waktu malam
Elak minum teh hijau pada waktu malam kerana ia akan mengganggu waktu tidur dan menyebabkan peningkatan stres.

5) Guna uncang sekali saja
Teh yang sudah digunakan mempunyai kandungan kafein lagi tinggi. Selain itu uncang teh yang lembap juga dipenuhi dengan mikrobial yang boleh menjejaskan kesihatan perut.

6) Elakkan minum teh hijau semasa period/haid. Kandungan kafein dlm teh hijau blh mgakibatkan cramp, angin dan moody pd tubuh ketika haid. Penyerapan zat2 tertentu pd bdn juga boleh terganggu jika anda mnum teh hijau ketika sedang period.

7) n yg terakhir.. Kena banyak minum air masak/ air putih
Pengambilan teh hijau boleh menyebabkan kita kerap membuang air kecil jadi sebaiknya minum lebih banyak air putih.

Peluh bukan indicator lemak terbakar

Tapi setiap kali kita hembus nafas tu adalah indicator lemak terbakar. Jadi sikit/banyak peluh yg keluar bukan bermakna sikit/banyak lemak terbakar. Ketika kita berlari/bersenam dan tercungap² bernafas, haaa tu baru indicator kpd fat burn walaupun exercise di kawasan salji yg kemungkinan besar peluh payah giler nak keluar.

Fungsi peluh utk stabilkan semula suhu badan. Ianya membakar kalori, tapi tak semestinya membakar lemak. Contoh mudah, ketika cuaca panas, kipas pulak rosak. Sudah pasti peluh keluar utk stabilkan suhu, dan badan membakar kalori sbb badan bekerja utk hasilkan peluh.Tapi LEMAK belum tentu lagi terbakar.

Roti Canai Minyak ?

Ada yg suka bersahur kat mamak…pekena roti canai???? DOKTOR TAK PANGGIL ROTI CANAI TAU…..DOKTOR PANGGIL NI SBG “ROTI RENDAM MINYAK”Ini kerana dalam membuat roti canai MINYAK terlalu banyak digunakan.Nak uli tepung taruh MINYAK, nak canai taruh MINYAK lagi.Nk goreng taruh MINYAK. Tu blom minyak tukang masak roti canai (peluh mamak) hehehe..Bahaya dia ape plak??

sebiji roti canai mengandungi kalori yang sama dengan kita berjogging sejauh 5km.Ini bermakna jika kita berjogging sejauh 5km lepastu makan sebiji roti canai ini serupalah kita tak berjogging langsung!!!!!

Yg tu sebiji roti canai tapi kita mana cukup satu. tu blom roti canai telur, planta dan macam2 lagi.Bila kita exercise,kita berpeluh jadi penyakit akan keluar juga melalui peluh tu. Lagi satu, jangan makan roti canai yang pembuatnya pakai cincin sebelah kiri. Paham-paham jela kenapa ye..hehehe..

Sebagai langkah alternatif makanlan CAPATI kerana capati TAK GUNA MINYAK!!!!

DIET SUKU-SUKU SEPARUH

Apakah itu suku-suku separuh? Ia sebenarnya adalah satu konsep pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam program Pinggan Sihat Malaysia.Secara asasnya, kita akan bahagikan pinggan kita kepada 3 bahagian.

• Suku pinggan dengan sumber karbohidrat.
• Suku pinggan dengan sumber protein dan lemak.
• Separuh pinggan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kaedah pemakanan ini sebenarnya baik untuk mengelakkan kita daripada pengambilan komponen makanan secara berlebihan terutamanya karbohidrat. Ia juga mendidik kita untuk mendapatkan sumber nutrisi yang lengkap mengikut keperluan badan setiap hari.

Konsep pemakanan ini juga sering disebut apabila seseorang itu ingin menurunkan berat badan. Secara teorinya, ia adalah sesuatu yang selari dengan konsep menurunkan berat badan. Amalan ini memerlukan kita mengawal agar tidak mengambil sajian karbohidrat dengan berlebihan dan mengelakkan sumber makanan yang tidak sihat dan mempunyai kadar gula yang tinggi.

Kita disarankan menggantikan pemakanan tidak sihat ini dengan sumber protein, buah-buahan dan sayur-sayuran dalam kuantiti yang betul supaya badan kita menerima sumber kalori yang berkhasiat dan berkualiti. Apabila kita berjaya mengamalkan konsep ini, sudah pasti berat badan akan menurun.

Ayuh rakyat Malaysia, kita amalkan gaya pemakanan sihat ini bersama-sama. Semoga kita semua sihat dan kekal cergas.

Leave a Reply