Nasi Kandar Babi ?

nasi kandar babi

Promosi nasi kandar babi umpama hina industri – PRESMA. KUALA LUMPUR – Tindakan mempromosikan nasi kandar dengan hidangan babi merupakan satu bentuk penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia.

Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) melahirkan rasa kesal dengan tindakan itu kerana umum mengetahui nasi kandar di Malaysia dipelopori pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun lalu.

Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, video itu juga boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai terutama pelanggan dan penggemar nasi kandar.

“PRESMA beranggapan ia akan menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan serta penggemar nasi kandar di negara ini sekali gus memberikan gambaran negatif kepada menu kesukaan ramai ini.

“PRESMA ingin menegaskan, hidangan nasi kandar di semua premis milik ahli PRESMA di seluruh negara dijamin halal dan bebas daripada bahan dilarang di dalam Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam masa sama, PRESMA menasihatkan kepada semua pencipta kandungan supaya lebih sensitif dengan hasil kreatif yang dihasilkan.

“Kepada mana-mana pencipta kandungan perlu lebih sensitif dan perlu mengambil kira soal makanan yang selama ini dikaitkan dengan orang Islam,” katanya. Video yang dimuat naik itu sudah mencecah lebih 200,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka. Dive into the world of online gaming with Top 100 UK Casinos . Discover the finest online casinos that cater to players from the United Kingdom.

BABI Tuey-tuey melio,

Babi ni sepakat la memang haram,siapa yang tolak keharaman babi tanpa ada darurah ni boleh jatuh kafir. Bukan haram makan babi sahaja, memanfaatkan babi pun haram.

Berperangai babi juga haram macam masuk simpang tidak beri ‘signal’ atau sengaja timbul fitnah pada masyarakat. Kedai yang jual Nasi Lemak / Nasi Kandar Babi tu dah terang-terang tulis di kedai dia;

1)Non-Halal

2)Tulis jual babi

3)Guna logo babi

Kot mana yang nak jadi kelirunya? Lagi pulak masakan Nasi Kandar ke Nasi Lemak tu nama masakan, dia resepi yang ikut la atas masing-masing nak olah lauknya.

Ambo hak Melayu ni pun pernah buat Bak Kut Teh guna kambing, takdok lagi Cina mari maroh ambo kata ambo buat Bidaah masakan dio, mesti keno guno babi tak buleh tukar. Dahtu nak geger bakponyo ni? Haih la.

Menu alterations..

Bagi sy masyarakat pelbagai kaum nie berhak membuat menu engineering utk mendapatkan taste kesukaannya selari dgn kebudayaan kaumnya. Contoh kita jual Dim Sum versi inti halal atau di PJ ada Cina yg menjual Nasi Lemak Babi tetapi terang2an dia tulis non halal dan yg berniaga pun bukan Islam di dalam premis bukan Islam.

Isu penggunaaan nama nasi khandar yg dikatakan menghina tu rasanya bukanlah hak exclusive PRESMA unless dia dah register TM nama “Nasi Kandar”…and kalau mcm tu kita pun kenalah ambil tindakan sebab guna nama Nasi Lemak Babi?… Pendapat sy selagi anne tu menjual secara tidak mengelirukan orang ramai, dipaparkan info non halalnya dan di premis non halal selagi tu takde masalah.

Yang penting kita sebagai orang Islam diwajibkan mencari yg halal maka makanlah di kedai orang Islam yg sememangnya diyakini halal atau jika nak juga makan di kedai bukan Islam maka pilih lah kedai yg disahkan halal Jakim shj.

Bagi saya isu utama orang Islam perlu cakna ialah kedai yg “berlakon Halal / Islam”. Banyak kedai makan nampak mcm milik orang Islam mengelirukan pelanggan dengan tampalan ayat Quran ataupun tred perniagaan seakan Islamik tetapi sebenarnya ownernya bukan Islam..sehinggakan jgn x percaya ada ownernya pandai jawab salam dan mengucapkan dua kalimah syahadah ini yg perlu dikhuatirkan.

Nasi Kandar Babi

– sepatutnya nya kita bersyukur dan terima kasih, owner tu dah letak tanda tak halal. Dia tak menipu pun. Kau nak makan jugak, kau tanggung lah. Orang Kita ni lemah mindanya.Menganggap semua nama Melayu tu, adalah hak mutlak orang Melayu… Menganggap Agama Islam itu hak milik multak orang Melayu…

Nasi lemak Ahmad vs Nasi Lemak Ah Chong vs Nasi Lemak Muthu. Kau pilih lah.. Kalau sangsi, pilih je yg Ahmad jual. Si Ah Chong dan Muthu tu pun nak meniaga, mencari rezki. Adil nya Allah, rahmat dan nikmat rezki yg bertebaran akan dapat pada mereka yang berusaha, tak kira bangsa dan agama.

Nasi Goreng Cina kau tak nak komen? Ohh lupa ada Cina MCA, Gerakan dan DAP . Nak jadi pelampau agama bangsa? Bagero..!!!

Hari byk cite pasal nasi kandar tak halal ni.

Pertama sekali,sebelum ni pon da lama ada nasi lemak tak halal, lauk babi, biasanya cainis jual, takde masalah pon.

Kedai nasi kandar ni terang-terang tulis “Non Halal” so apa masalah lagi? Isu keliru tak wujud kecuali anda bodoh piang. Bagi aku senang je, klau ade tulis Maju dekat signboard dia, takpon ade 786 insyaallah india muslim. Lagi 1 kalau menu dia ada daging lembu pon insyaallah kedai india muslim. Kalau depan kedai da tulis : Non Halal, memang tak halal la,senang kan? Macam mana kalau kne scam? Kedai tu jual non halal food tapi tulis halal?

Allah Ta’ala Maha Bijaksana dan disucikan dari kezaliman. Diantara kebijaksanaan Allah adalah Ia tidak menghukum kesalahan yang dilakukan kerana tidak tahu, lupa atau tidak sengaja. Ia berfirman:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Orang-orang beriman berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah”” (QS. Al Baqarah: 286).

Dan doa orang-orang beriman ini telah dijawab oleh Allah,

sebagaimana diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Shahih-nya:

فأنزلَ اللَّهُ تعالى: لَا يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا قالَ: قَد فعلتُ

“Allah menurunkan ayat ‘Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Orang-orang beriman berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah’, lalu Allah berfirman: ‘telah aku kabulkan‘” (HR. Muslim no. 126).

Clear ? PRESMA tak puas hati? Ade paten ke jenama nasi kandar ni? Kalau takde, sila gi sambung masak nasi kandar, kami lapar.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply