Nasi Lemak Pak Ayub

nasi lemak pak ayub

Entry pagi pagi ini ialah sarapan yang berat dengan lemak, iaitu nasi lemak yang di makan kat kedai Nasi Lemak Pak Ayub . Lokasi nya betul betul dalam pasar seksyen 6 Shah Alam. Antara menjadi faveret pengunjung pwnduduk shah alam, baik yang kat pasar dan baik juga yang nak sarapan sahaja . Oklah  jom tgk sikit apa yang best.

NASI LEMAK

Oklah ada rasa lain skt dan tetap best, ada yang kata sedap dan ada yang kata biasa je. Bagi aku bolehlah makan , tapi belum mengcengkam lagi. Bagi aku nasi lemak gembira dulu dulu punya paling sedap. Sekarang gembira tak bape nak sedap, walaupun ada nasi lemak Ceria, itupun tak cukup nak lawan Nasi Gembira yang dulu. Sekarang ni tak sedap sangat.

MENU LAIN

Macam biasa menu lain tetap ada, buat yang tak mahu makan nasi lemak, kuih muih bihun goreng ada. Oklah, sebelah nasi lemak pak ayub tu ada roti canai, hoo memang best sambil shopping sambil makan. So ada yang nak lepak sini pun boleh lepas beli belah barang keperluan kat pasar. oh ye, ada lontong yang sedap lagi enak dimakan begitu sahaja campur kuah dan sambal

HARGA

Harga aku rasa macam biasalah, malas nak cerita , kat shah alam ni harga dah mahal sikit. Tapi ni kira ok berbanding harga nasi lemak ceria . Mungkin sebab pasar malam punya sewa atau saja nak untung. Hoo apapun kehidupan shah alam ni makin mencabar, kesian juga diri swndiri ni heheheh. Oklah entry ringkas dengan ucapan selamat makan. Family rumah mesra ceria, jom kita sarapan sama sama.

soto seksyen 8

Nasi Lemak Soto Waktu Petang

Waktu petang, soto ni memang popular jugak, adalah nak makan ringan ringan, kudap kudap, goreng pisang, kuih muih, kuih koci, dan macam-macam lagi. Tapi petang pun ada jugak nasi lemak petang, semalam tak pasal-pasal Arreessa nak makan nasi lemak, oklah, jom lepak soto, goreng goreng pun ada jugak.

Biasalah zaman soto dulu, masa aku kecik kecik, satu kedai, sebelah kedai Ali Shopping Center, kalau bosan boleh lepak mamak sebelah tuh. Tapi itulah, makin lama makin banyak kedainya. Tapi takpa, janji layan. Harga biasalah, memang mahal, faktor yang sukar untuk dielakkan, inflasi. hooo, oklah, kenalah faham, ye. Tapi oklah, nak shopping buah, baju, semua ada kat area soto nih, memang cool. Perut kenyang.

nasi lemak ceria

Nasi Lemak Ceria Kurang Sedap ?

Dulu pun sebenarnya ceria ni adalah clone kepada restoran gembira. Mula-mula masa aku kecik, aku lebih prefer nasi lemak gembira. Tapi ada satu masa, abang aku kata nasi lemak ceria pun best, jadi aku cubalah try tengok. hahha, memang sebiji dia buat. Tapi itulah, makin lama, harga makin mahal, tambah pula dengan GST, tapi yang hebatnya, memang ramai gila makan kat situ pagi-pagi, ada roti canai lagi dan cakoi, layan siut. 비트코인 도박

Apapun, biasanya kalau lepak sini, aku mesti terjumpa abang din sado, hahaha, biasalah tuh, sini aku jumpa staff shaklee jugak yang kerja kat sunway , tapi, memang betul, kalau rasa nak sarapan nasi lemak, inilah tempatnya. Walaupun dah tak sesedap nasi lemak gembira yang dulu masa aku darjah satu, tapi oklah, rasanya dah pedas sikit, nasi dia pun nampak macam lembik sikit, tapi bolehlah layan, simpan resit kalau tak puas hati pasal GST, hahahaha. Oklah lepas ni, kena serbu nasi lemak gembira pulak, adakah masih sedap macam dulu ? hahaha, tepuk dada tanya perut. Ok bye !!!

nasi lemak mami

Nasi Lemak Mami Sedap ?

Macam biasa aktiviti bersarapan dan melihat dan melawat kawasan shah alam di teruskan. Kali ini memang pergi sergah restoran belakang Hospital Umra, Nampaknya, ternampak pulak kedai restoran MAMI, hahaha, ini pun bolehlah, jadi layankan je.

Pakcik Jual Nasi Lemak Yang Hensem Lagi Kacak

Pakcik tu dah berumur sikit, jadi mungkin dia perlukan vivix shaklee, tapi takpa, sebabkan pakcik jual nasi lemak, aku pun nak try makan, hahaha, ini memang best, sambal dia pun sedap, walaupun hanya makan kena bungkus atas lapisan kertas minyak yang kurang ummph. Tapi takpa, nasib baik akak cashier yang cute itu telah membawa teh tarik, oklah, memang boleh diterima masyarakat kedai MAMI nih, gabungan macam ini memang dah selalu sangat.

Pekerja Mengular ?

Hahhaa, sedikit gambar katanya, biasalah, aku terima komen dari abam naja, katanya itu pekerja mengular, nak buat macam mana, diorang kerja penat woo, jadi kena sarapan betul-betul sebelum buat kerja berat, jadi sangat penting untuk membuat permakanan dan melepak minum sambil layan cerita sensasi ekonomi malaysia jatuh, hahaha. Oklah, takpa, nak kurus kenalah makan set kurus ok ? Sekian sahaja untuk kali ini, semoga anda kekal langsing walaupun makan nasi lemak berpinggan-pinggan. 

nasi lemak pak ayub

Misteri Nasi Lemak Bungkus Shah Alam

Salam sejahtera, korang tahu tak, aku dah lama tak update bLOG ? Confirm korang tak tahu, sebab korang mesti dah lama tak tengok blog nih. Hahhaa. Oklah, takpa, sebab aku sibu update blog lain. Ok takpa jangan risau, apa kata kite citer misteri nasi lemak bungkus.

Kenapa Aku Suka Layan Mamak HAMEED Tesco ?

Mamak tesco shah alam, berada betul betul di bulatan roundabout yang bahaya itu. Di situ kami selalu lepak, lepas hantar anak ke sekolah little caliph, jawabnya nak lepak sebelum ke tesco membeli barang yang masa tu belum ada GST. Tapi, ada satu masa tuh, kami ternampak nasi lemak bungkus, pergh apa lagi, trry rasa dan makan, pergh sedap, sampai makan dua bungkus. Tapi yang tak bestnya, kekadang nasi lemak tak sampai situ. Jadi memang kena tunggulah waktu yang bertuah.

Pergi Kedai Mamak Seksyen 16 Shah Alam Semalam

Oklah, semalam sebenarnya kami saje nak sarapan kat tempat jauh sikit dari seksyen 8. Perghh, terjumpa juga nasi lemak yang sama. Apa lagi, aku pun ambil gambar . Kiranya gambar yang korang tengok ni memang dari handphone cap samsung yang selalu hang, bajet bagus. Oklah, memang sedap, dan sama sedap seperti di Hameed tesco. Pergh, mantap. Pekena pulak dengan teh tarik panas. itulah yang buatkan rakyat malaysia bijak dan comel !!!!

Nasi Lemak D’Anjung

Kepada taukey nasi lemak nih, diucapkan tahniah beribu ribu tahniah, sebab nasi lemak sedap. Waluapun saiz kecil, ianya membuatkan perutku memanggil manggil nasi lemak. Masuk kedalam perut ku dan memaksa pankreas ku untuk bekerja lebih keras untuk merembeskan insulin. hahhaha. Oklah, jaga jaga sikit  makan, jangan sampai jadi penyakit ok !!! Oklah, gambar terakhir ialah gambar anak kedua maryam. So mungkin korang boleh cari nasi lemak ini dikedai kedai mamak yang berkaitan. HOOO jom serbu. nasi lemak pak ayub

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply