Nasi Lemak Shah Alam

Nasi Lemak Shah Alam

Cerita pasal nasi lemak shah alam ni banyak. Jadi yang ni kiranya episod pertama, cerita sejarah nasi lemak yang pernah wujud dekat shah alam nih.

Nasi Lemak UTC Mahal ?

Hari ini kami membawa sepupu sepapat kakak yang nak buat IC. Bawa budak budak nih makan, depa ambil nasi lemak bungkus. Itupun sekarang harga RM 2.00. Rasa dia bolehlah makan, asal kenyang perut dan boleh buat kerja.

Saya pulak gatal nak cuba nasi lemak kedai ira n mom delight. Sekali ambil nasi sikit, sambal ,dan ikan bilis. Tanya akak kedai, harga RM 2.50. Hahaha, gelak saya. Minta discount tak dilayan.

Saya nak marah pun tak guna. Hakikat kita duduk sistem ekonomi yang dicipta untuk berlaku INFLASI setiap masa. Saya menonton tiktok, beginilah sistem yang sedang berlaku. Bila kerajaan cetak duit, harga makin naik. Lepas tuh ramai takde kerja, kerajaan cetak duit, berlaku inflasi dan kitaran ini terus berlaku.

Paling sedih, sepanjang kitaran nih, banyak insan yang akan KECUNDANG. Itu hakikat bila sistem ekonomi sekarang masih diguna pakai.

Kalau anda, apa yang anda akan lakukan ? tambah income ? setel hutang ? masuk gua ? tahan lapar ? circular economy ? jadi pencuri ? makan rasuah ?

nasi lemak ali corner seksyen 20 shah alam

Nasi Lemak Ali Corner Seksyen 20

Alhamdulillah, pagi tadi sempat membedal nasi lemak yang sedap, dulu rasanya kakak ni bertapak di restoran darul ehsan shah alam, seksyen 9, tapi lepas je search internet, memang ada rupanya kat seksyen 20, kat ali corner, dekat dengan KPJ shah alam. Pergh ini sudah mantop, hahaha, dengan pening kepala, terus je layan datang sini, apa lagi, makan jom

Wife kata sedap sebab nasi lemak paru dia sangat lembut, gua suka nasi dia, dan sambal dia agak lembut sikit, tapi nampak macam kedekut ikan bilis, so kena cari kedai yang bagi ikan bilis banyak sikit. Tapi restoran ini air dia boleh tahan, ramai datang walaupun kena gst, kan Ahmad Maslan dah cakap, memang tak effect pun, orang terpaksa makan, kalau tak lapar woo nak buat kerja. Jadi, apa tunggu lagi, kalau korang nak lepak seksyen 20 pagi-pagi, kenalah singgah ali corner nih, layan memang layan. Siap kaunter depan dia duduk dalam bilik kaca, takut kena ngurat dengan aku kot, hahaha. Oklah bye bye, selamat menjamu selera.

nasi lemak abah

Nasi Lemak Abah Seksyen 8

Alhamdulillah, kalau dapat makan nasi lemak, lagi-lagi free memang best, tapi yang ni nasi lemak yang selalu abah saya masak, rasanya tak perlulah nak direview, ianya memang sedap sampai ke hujung dunia. Hhaha, sambal ikan bilis, udang, ayam goreng, dan satu periuk nasi, memang best sebab boleh tambah dua tiga kali. yehaaa.

Bila abah buat nasi lemak, biasanya kami akan berkumpul, pagi-pagi datang, sarapan, biasanya hari minggu, atau ada yang request nak makan. Jadi biasanya macam-macam aktiviti buat, tengok video nursery rymes, atau layan video lagu klasik nasional, tak pun layan lagu 60an. Abah kekadang pulak tukar, buat goreng pisang, cekodok, mee hailam dan macam-macam lagi. Kalau takda masa, jawabnya bungkus jelah nasi lemak kat mawardah seksyen 4. OKlah, jom makan, ni minggu lepas punya resepi rasanya.

nasi lemak anak dara azmin kemaluan

Nasi Lemak Anak Dara ?

Tajuk refleksi kepada apa yang telah berlaku harituh, dari perilaku azmin dan masalah rakyat selangor, cerita hangat nasi lemak anak dara dan kisah silamnya, dan jugak beberapa tragedi kemaluan bahasa yang sangat berbunyi bunyi . 2 episod ini penting bila kita nak kenali Azmin.

Pada suatu pagi yang suci murni, macam biasa siti hajar ahmad dengan gelaran anak dara jual nasi lemak anak dara membuka gerainya betul betul dekat tempat kuasa TNB. Kat situ ,sebenarnya ada banyak gila kaunter nasi lemak, yang dara, teruna, janda, duda, bini orang, semua jual sepanjang jalan tuh. Tapi sebab kena serbu, cepat je viral. Oh ye, memang viral pun, setiap kelakuan anak dara tuh, mesti dapat tempat di media sosial. Jadi sehari lepas kena serbu, Azmin datang bawak apa , nak tolong anak dara,keluar paper, lepas tuh boleh berniaga macam biasa, sebab Azmin turun padang bagi lesen, anak dara untung gile siap masuk radio Erra dan rezekinya bertambah, Alhamdulilah.

Azmin Turun Padang

Cerita dari group whatsapp, semuanya menjadi terhibur dengan sekumpulan mereka yang ingin berjumpa dengan Azmin, nampaknya kumpulan itu marah sampai rasa malu dengan azmin, mereka berasa kemaluan kerana sikap Azmin yang tidak turun padang ini. Mereka ini tidaklah secantik Nasi Lemak Anak Dara yang berpunya ituh, tetapi mereka juga membawa satu perjuangan untuk anak. Tapi biasalah, kadang-kadang bahasa itu menjadi gurau senda, apa nak buat.

Memang juga ramai yang marah, masalah sampah, masalah PPR, sampai Noh pun salahkan Azmin, kesian Azmin. Takpalah , jangan pilih anak dara je, turunlah sekali tengok kawasan yang teruk tuh. Setelkan cepat masalah air. Gerai seksyen 7 tuh pun pili dah hilang, toilet takda air, kotor, dan macam-macam lagilah. Hahhaa. Kalau Azmin boleh turun tengok Nasi Lemak Anak Dara, tentu sekali Azmin boleh tengok masalah anak dara, teruna, janda, duda, bujang tua kat Selangor nih juga. Hahaha.

 seksyen 19 komuter

Nasi Lemak Komuter Seksyen 19 Shah Alam

Nasi lemak oh nasi lemak, hari rabu semalam sepatutnya nak pergi AEON big. Tapi tak pasal pasal lalu depan komuter, padahal nak cari toilet basuh berak mayram, hai sekali tengok apasal ramai berhenti depan CIAST nih, weih nasi lemak leh. Apa lagi, kasi bedal lah, pergi basuh berak dulu, lepas tuh cari parking baik punya. yehaa, jom makan

Ada beberapa syarat dan adab nak makan nasi lemak nih, walaupun rasa dia tak pedas, manis terlebih. Tapi terlebih dahulu marilah kita bersama-sama menjaga adab permakanan gerai depan rumah orang nih

  1. Bila parking tuh, silalah parking betul-betul, sebab depan rumah orang, kita parking pun dekat bahu jalan, jadi kalau kereta kita tak menghalang lalu lintas takpa, tapi kalau rasa kereta kita kena calar dan kena langgar, itu salah kita ok ?
  2. Silalah beratur dan bersabar, semua orang pun nak makan, jadi adab kita beratur, beramah mesra, menunjukkan bangsa dan keperibadian kita
  3. Jaga kebersihan , jangan buang sampah merata-rata, makan dengan tertib, sebab ianya dekat dengan longkang dan kawasan perumahan. Silalah jangan buat bising, nak berborak tuh ok, tapi mungkin ada jiran tetangga yang tak suka dengan gelak ketawa anda.

Tapi pesanan terakhir saya kepada makcik nih, sila buat pedas sikit, sebab rasanya terlampau manislah, jadi saya bagi kat makcik 4 bintang, memang best dan sangat lepak, suasana di sini nyaman, tapi kalau hujan, sukar sikit, hehehe.

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply