Nasihat Kejatuhan Ekonomi

Nasihat Kejatuhan Ekonomi

Jun lepas Pak Jokowi mengatakan Bank Dunia dan IMF menjangka 60 negara akan “collapse” tahun hadapan. Bulan Mei lepas pula PM Lee, Singapura menjangkakan kegawatan ekonomi akan melanda dunia dalam 2 tahun kehadapan.

Baru beberapa hari lepas PM Ismail Sabri pula petik kedua-dua tokoh ini menyatakan kerisauan beliau mengenai kejatuhan ekonomi yang mungkin boleh berlaku tahun hadapan. Apa indikatornya untuk rakyat biasa macam kita?

Untuk sektor swasta:

Bersedia untuk risiko layoff / VSS dengan menyiapkan simpanan 6-10 bulan gaji. Kalau gaji anda RM5,000 sebulan, pastikan ada simpanan RM30,000 tersedia. Macam mana caranya? Potong belanja yang tidak diperlukan dan mulakan side hustle.

Untuk freelancers dalam e-hailing / delivery atau kategori ekonomi gig:

Bolehlah mula cari pekerjaan tetap walaupun gaji tidak setinggi pendapatan buat delivery. Habis kerja, sambung buat delivery. Walaupun tiada cash lebih untuk simpanan, sekurang-kurangnya caruman KWSP tetap jalan dan bertambah. Ingat lagi iCitra?

Untuk penjawat awam:

Jika ada niat untuk resign dan buat bisnes full time, tangguh dulu niat. Buat dulu bisnes secara part time dalam 1-2 tahun ni. Dan berhenti buat personal loan untuk benda-benda yang tidak mustahak seperti renovate rumah dan beli kereta baru.

Untuk pengusaha / bisnes owner:

Sebagai persediaan untuk survive 1-2 tahun kehadapan, boleh la siapkan dokumen-dokumen penting untuk buat business loan.

Cashflow sangat penting untuk pastikan sekurang-kurangnya bisnes masih “hidup” walaupun dalam kerugian. Paling penting untuk kenalpasti kos operasi yang boleh dipotong mulai sekarang.
Yang tengah update CV,

Kredit: Ahmad Farid Sainuri

Leave a Reply

%d bloggers like this: