Nasihat Untuk Usahawan Newbies

Nasihat Untuk Usahawan Newbies

Pesanan untuk usahawan newbies :

1. Berniagalah dengan apa yang ada ditangan dulu. Caril ilmu, cari pengalaman, cari mood, cari kesesuaian dan cari pendedahan

2. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh. Jangan malas, jangan suka bertangguh dan jangan buat kerja sambil lewa

3. Jaga cash flow. Jaga cash flow. Jga cash flow. Jangan bagi stuck

4. Jika nak buka kedai, buatlah seadanya dulu untuk cukup syarat berniaga. Jangan terburu-buru habiskan duit ratusan ribu untuk sekadar renovasi. Itu duit mati.

5. Jangan berani meminjam bank / along sebelum mahir berbisnes.

6. Pinjaman dibuat untuk besarkan bisnes bukan untuk mulakan bisnes. Pinjaman hanya selepas bisnes yang nak dibesarkan itu dah nampak mampu buat duit dan boleh bayar ansuran pinjaman tersebut

7. Jangan terlalu awal buat keputusan beli kereta mewah, beli rumah mahal atas alasan reward diri sebelum anda betul-betul bersedia. Deposit beli kereta mewah, deposit beli rumah @ bangunan mahal ini sangat tinggi dan boleh ganggu cash flow bisnes yang belum betul-betul matang. Ramai yang hilang bisnes disebabkan beli & pelihara kereta mewah sebelum betul-betul mampu.

8. Jika tahun pertama, jualan sangat ok, itu bukan realiti. Itu masih lagi fantasi. Jika tahun kedua jualan makin tinggi, itu juga masih dalam mimpi. Jika tahun ketiga jualan makin tinggi, InshaAllah itu hanya permulaan. Ada 7 tahun lagi untuk sahkannya..

9. Jangan buat pinjaman untuk bayar pinjaman tertunggak. Cari ikhtiar lain untuk bayar pinjaman itu. Jika tidak, sampai satu masa anda akan terbelit selepas beberapa kali pinjaman. Pinjaman biasanya untuk tambah modal pusingan kerja bukan untuk bayar pinjaman lain.

10. Jika ada something wrong dengan bisnes anda, jangan terus buat gila nak teruskan. Berhenti sekejap (tarik handbrake jap), pergi belajar @ tanya usahawan-usahawan lain yang dah berjaya, baiki balik dan lepas tu cuba balik.

11. Simpan sedikit dari keuntungan yang dibuat untuk kegunaan masa-masa getir. Jangan pusing semua, jangan laburkan semua. Cash buffer mesti ada.

12. Apa jua bentuk marketing / iklan (yang patuh syariah) mesti terus bergerak. Iklan dan promosi semestinya terus berjalan sama ada berkos sedikit atau banyak, percuma tau berbayar.

13. Jangan terpesona dengan skim “ something too good to be true “, kerna kelak anda akan kehilangan semua duit anda. Selalulah berpegang kepada prinsip tak da benda mudah dalam bisnes ni.

14. Sampai satu masa, beli lah kepandaian / kemahiran orang dulu sebelum beli barang hiasan. Jangan risau, dengan kemahiran orang yang dibeli itu, ia bukan sekadar mampu bayar gaji dia tapi pekerja-pekerja lain juga

15. Benda yang kita boleh outsource, kita outsource dulu. Bukan semua kita wajib buat atau beli sendiri atas alasan nak jimatkan kos. Cth. : beli mesin besar-besar cash yang kosnya terlalu tinggi. Ia akan teruk sekali ganggu cash flow kita. Kecuali kita dah stabil atau beli mesin dengan pinjaman.

16. Nak mulakan bisnes, wajib ada guru / mentor. Jangan nak buat bijak sendiri tanpa ilmu, bimbingan, teguran guru dengan alasan, yotube kan ada.. Banyak masa dan wang akan terbuang dengan kegagalan buat bisnes tanpa guru ni.. Guru yang paling sesuai adalah guru yang telah melaksanakan, sudah melaluinya dan sudah berjaya..

17. Buat bisnes jangan sesekali tercabar dengan kejayaan orang lain. Buat dalam keupayaan kita. Stay dalam trek kita. Ini tengok orang lain buka cawangan 5, kita nak buka juga sampai 10. Bukan atas sebab bersedia atau sebab mampu tapi atas sebab terikut-terikut / tercabar / ingin impress kawan dan lawan. Last2 sekali kita terhumban.

Leave a Reply

%d bloggers like this: