Nota Bahagia Rasulullah

Nota Bahagia Rasulullah

Nota “Nabi Muhammad SAW Sa’eedan (Bahagia)” :-

1. Rasulullah SAW adalah insan yang paling bahagia.

2. Org yang bahagia memiliki hati yang penuh kerehatan, ketenangan, fikiran yang lapang dan sejahtera.

3. Sebab-sebab kebahagiaan yang hadir itu terkumpul kepada 4 perkara :-

🌹 Keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT – apa juga perkara hadapi dengan iman (sentiasa ada Allah SWT bersama dalam setiap perkara). Setiap kebahagiaan itu tidak akan dapat dilihat dengan mata zahir.
.
🌹 Ubudiyyah – Pengabdian kepada Allah SWT. Pengabdian diri (sentiasa patuh dan taat pada apa juga perintah dan larangan) kepada Allah SWT. Tidak merungut dan sentiasa menerima sekalipun merasa perit atau sulit kerana percaya itu adalah yang terbaik dari Allah SWT.

🌹 Penyerahan diri kepada Allah dalam semua perkara (penyerahan diri secara total) – ketidakmampuan pada diri hanya diserahkan segalanya hanya kerana Allah SWT.

🌹 Keyakinan, kepercayaan dan ikut semua syariat yang Allah SWT tetapkan.

4. Kebahagiaan itu hanya dapat dirasai dan dilihat dengan mata hati.

5. Mencari ketenangan (kebahagiaan) itu adalah satu ibadah.

6. Sentiasa meletakkan “Hasbunallah waniqmal wakeel, niqmal mawla waniqmannasseer” – Cukuplah Allah SWT bagiku. Hanya Allah sebaik-baik Pelindung bagiku (dunia & akhirat).

7. QS. An-Nahl Ayat 97
مَنْ عَمِلَ صَالِحًا مِّنْ ذَكَرٍ اَوْ اُنْثٰى وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَلَنُحْيِيَنَّهٗ حَيٰوةً طَيِّبَةًۚ وَلَنَجْزِيَنَّهُمْ اَجْرَهُمْ بِاَحْسَنِ مَا كَانُوْا يَعْمَلُوْنَ

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.
— Abdullah Muhammad Basmeih

8. Sentiasa beriman kepada Allah SWT, beriman kepada Rasul, beriman kepada tiap perkara yang ditetapkan samada baik ataupun buruk.

9. Mintalah pertolongan dengan Allah SWT dan jangan sekali-kali merasa lemah.

QS. Al-Fatihah Ayat 5
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ

(5). Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.

10. Jangan sekali-kali bergantung kepada makhluk.

11. Jangan menyalahkan diri (merungut) dalam apa juga keadaan yang kita lalui, tetapi menjadikan pengakuan tentang lemahnya diri saat dihadapan Allah SWT adalah perlu untuk menundukkan diri dan meletakkan diri sebagai hamba.

12. Redha dengan pembahagian yang Allah SWT berikan kepada diri, nescaya akan beroleh kelapangan dan sentiasa merasa cukup dalam apa jua yang dilalui.

13. Rahsia kebahagiaan Rasulullah SAW itu juga terletak kepada kesabarannya. Ia akan memudahkan apa juga kerumitan dan kesulitan.

14. Tidak ada pemberian terbaik kepada seorang hamba melainkan kesabaran, kerana melaluinya akan dimudahkan semua urusan hidupnya, diberi kelapangan dalam apa jua kesulitan yang ditempuhi. Sesungguhnya tiap kesabaran yang Allah SWT kurniakan sentiasa ada Allah bersamanya.

QS. An-Nahl Ayat 127
وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ اِلَّا بِاللّٰهِ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِيْ ضَيْقٍ مِّمَّا يَمْكُرُوْنَ

Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.
— Abdullah Muhammad Basmeih

Allahummarhamna Bil Quran.
Allahumma Solli ‘alaa Saiyidina Muhammad

#CintaWahyu💙
#PesanHambaUntukHamba

Leave a Reply

%d bloggers like this: