Nusa Mahsuri Presiden BAM ?

Nusa Mahsuri Presiden BAM ?

Nusah Mahsuri Presiden BAM ? Bagaimana kalau Presiden Nusa Mahsuri ini menjadi Presiden BAM gantikan Norza? Presiden BWF sekarang juga adalah bekas juara dunia dan pemenang emas Olimpik.

Bagaimana kalau digandingkan abang sulung nya pula sebagai Pengarah Kejurulatihan BAM gantikan Rexy Maniaky? Kurangkah kemampuan Misbun berbanding Maniaky?

Bagaimana kalau Lee Chong Wei pula sebagai Pengarah Akademi Badminton Malaysia? Beliau juga pemilik Lee Chong Wei Academy.

Keluarga Sidek telah banyak kembalikan kegemilangan badminton negara setelah suram selama 10 tahun apabila Razif dan Jalani Sidek menang All England pada 1982 selepas 10 tahun kali terakhir shuttler Malaysia memenanginya pada 1971.

Keluarga Sidek juga telah membantu membawa pulang Piala Thomas pada 1992 apabila Rashid, Razif, Jalani dan Rahman Sidek bersama Foo Kok Keong, Cheah Soon Kit & Soo Beng Kiang kalahkan Indonesia 3-2 di KL.

Misbun Sidek menjadi satu-satunya pemain Malaysia

layak ke final Piala Dunia Badminton di KL lawan Liem Swie King. Juga pemain Malaysia pertama mara ke final All England selepas 12 tahun Malaysia ketanduasan pemain badminton. Darah badminton dalam badannya sungguh pekat.

Tamat kariernya, dia menjadi Sifu melahirkan bekas pemain no 1 dunia, Lee Chong Wei sehingga beliau menang All England sebanyai 3 kali dan ke final 5 kali. Regime latihannya membentuk pemain, hanya pemain yang benar2 mahu jadi juara yang mampu ikuti.

Tak salah kalau adik beradik atau keluarga kendali organisasi nasional jika mereka sememangnya punyai track record, memang ahlinya dan dihormati serta disegani dalam bidangnya bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Presiden BWF adalah bekas juara dunia, Paul Erik Hoyer Larsen dan BWF nampak semakin berubah.

Sebagaimana komen Peter Axelsen dan beberapa pemain dunia lain semalam, masalah dengan pemain Malaysia sekarang ini hanyalah sistem latihan dan mental.

Cukup lama dah mereka2 di dalam BAM tu. BERUNDURLAH!!! UNDUR!!! UNDUR!!! Kami dah penat!. Jangan duduk dibelakang menteri dan gunakan nama menteri untuk buat U-turn dari pengunduran. Road To Gold program pun patut dirombak. 10 dari 15 athlit yang dibantu adalah dari BAM. 6 bulan lagi Olimpik, di bumi sendiri pun semua mereka tumbang.

Jangan salah sangka! Ini Piala Thomas 1988.

Merupakan Tahun kebangkitan Malaysia di Piala Thomas. Apa resepi nya! Tindakan bijak pengurusan BAM. ( Tan Seri Elyas Omar ). Siapa sangka arwah bijak memancing Coach & Pemain Terbaik Dunia.

  • Fan Kang Xiang.
  • Han Jian
  • Yang Yang

Semua tu Juara Dunia tiada tandingan selain Zhao Jianhua. Apa kata Presiden Baru BAM ‘ Foo Kok Keong’ melamar Li Yongbo, Lin Dan & Cheng Long berbakti untuk Malaysia. Pasti 2024 Malaysia Juara Piala Thomas dan menang Emas Sukan Olimpik Paris.

Pengulas Dato Hasbullah Awang mengulas penuh seni. Senarai pemain

  • Misbun Sidek
  • Foo Kok Keong
  • Rashid Sidek
  • Razif – Jalani Sidek
  • Ong Beng Teong – Cheah Soon Kit

Mimpi atau Angan2 kosong.

BAM THANKS CHOONG HANN FOR HIS ENORMOUS CONTRIBUTION TO MALAYSIAN BADMINTON

The Badminton Association of Malaysia (BAM) expresses its gratitude and appreciation to Wong Choong Hann for his significant contribution to Malaysian badminton since his appointment in 2018.

“Choong Hann has sacrificed much throughout his tenure with BAM, and we can not thank him enough for his services to our sport. On behalf of BAM and the Council, I want to thank Choong Hann for his contribution to our sport,” said BAM President, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria today.

“He was always passionate about his role, determined to deliver the best for Malaysia. Many players benefitted from his leadership.”

Choong Hann has expressed his gratitude to BAM for giving the opportunity to serve but felt it is timely for him to pursue his own interests.

BAM will now begin the challenging process of identifying a capable replacement to take over as the national singles coaching director. This process will take time, and BAM will leave no stone unturned to seek out the right candidate for the job.

After the process is concluded and a replacement is finalised, BAM will officially announce the new singles director.

Akhirnya tiba di MALAYSIA. Sudah terbau NASI LEMAK yang saya idamkan .

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Reezal Merican Naina Merican, Setiausaha OCM, Dato’ Nazifuddin, pasukan KBSMalaysia, Olympic Council of Malaysia, Institut Sukan Negara Malaysia dan Majlis Sukan Negara yang memberi sokongan kepada saya selama ini. Yang dihormati Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria @Norza Zakaria presiden OCM dan juga selaku presiden BAM yang sering memberi bimbingan kepada saya.

Saya juga berasa sangat bertuah kerana dibantu oleh Datuk Wira Lee Chong Wei Lee Chong Wei 李宗伟selaku CDM kali ini yang sering memberi kata kata semangat dan berkongsi pengalaman beliau kepada saya selama ini.

Seterusnya kepada semua coaches yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta pasukan yang sering memberi kerjasama dan bantuan kepada saya sepanjang Road To Tokyo 2021. Thanks for everything!

KRITIKAN BERASAS, IMHO

Pemerhati sukan negara, Zakaria Rahim berkata, Presiden Nusa Mahsuri, Datuk Seri Jalani Sidek merupakan orang yang tepat untuk menjadi presiden BAM selain Datuk Misbun Sidek dilantik sebagai pengarah kejurulatihan.

Zakaria berkata, kepimpinan dalam BAM perlu berundur selain program Road To Gold seharusnya dirombak untuk menilai kembali keberkesanan program tersebut. Pada Ogos tahun lalu, Mohamad Norza mengumumkan akan melepaskan jawatannya pada hujung tahun.

“Cukup lama dah mereka di dalam BAM tu. Berundur lah. Kami dah penat. Jangan duduk di belakang menteri dan gunakan nama menteri untuk buat pusingan U dari pengunduran.

“Sebagaimana komen Peter Axelsen (pemain perseorangan lelaki nombor satu dunia) dan beberapa pemain dunia lain semalam, masalah dengan pemain Malaysia sekarang ini hanyalah sistem latihan dan mental.

“Program Road To Gold pun patut dirombak. 10 dari 15 atlet yang dibantu adalah dari BAM. Enam bulan lagi Olimpik, di bumi sendiri pun semua mereka tumbang,” katanya. nusa mahsuri presiden bam ?

Leave a Reply