Obesiti Semasa Hamil Boleh Menyebabkan Kelahiran Pramatang
Obesiti Semasa Hamil Boleh Menyebabkan Kelahiran Pramatang. Kebanyakan wanita bersaiz besar boleh menjalani kehamilan yang sihat. Berat badan anda mungkin tidak mempunyai kesan terhadap kehamilan ataupun kelahiran bayi. Tetapi ada beberapa komplikasi yang boleh memberi kesan pada kehamilan dan berat badan yang berlebihan boleh meletakkan anda dalam risiko obesiti semasa hamil yang lebih tinggi untuk mengalaminya. Anda mungkin tidak akan mengalami komplikasi tersebut, tetapi lebih baik jika anda tahu perkara itu supaya boleh berhati-hati.
RISIKO OBESITI SEMASA HAMIL
Para doktor dan pengkaji masih tidak tahu dengan tepat apakah kaitan berat badan dengan komplikasi-komplikasi berikut. Terdapat beberapa faktor lain seperti umur, sejarah genetik, tahap penolakan insulin, gaya hidup dan latar belakang etnik seseorang wanita itu. Komplikasi kehamilan biasa yang dikaitkan dengan berat badan berlebihan atau obes termasuk kencing manis, darah tinggi yang diakibatkan oleh kehamilan, pra-eklampsia, pelahiran pramatang dan bayi besar (makrosomia).
Apabila tiba masa untuk bersalin, BMI yang tinggi boleh menyebabkan anda berkemungkinan untuk mengalami kelahiran dibantu (forseps atau vakum), pembedahan caesarean dan distosia bahu (bahu bayi tersangkut pada tulang punggung ibu semasa dilahirkan). Para penyelidik juga telah mengaitkan obesiti dengan pertambahan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub neural dan masalah-masalah lain termasuk kecacatan jantung dan kecacatan pada dinding abdomen. Pun begitu, risiko mengalami masalah-masalah ini sangat kecil.
Kebanyakan masalah dan situasi kesihatan tersebut boleh diuruskan, dan dalam kes-kes tertentu boleh dielakkan. Anda mungkin tidak mengalami sebarang masalah dan boleh menjalani kehamilan yang sihat dan bersalin tanpa sebarang masalah. Kebanyakan wanita bersaiz besar menjalani kehamilan dan melahirkan bayi secara normal.
Idealnya ialah anda patut cuba mengurangkan berat badan sebelum hamil. Tetapi jika anda sudah pun hamil semasa membaca artikel ini, anda masih boleh membantu diri dan bayi anda. Cara yang terbaik untuk mengurangkan risiko adalah dengan mengamalkan diet yang sihat, kerap bersenam dan mengikuti panduan penambahan berat badan.
BERDIET SEMASA HAMIL
Berdiet untuk menguruskan badan semasa hamil bukanlah idea yang baik. Malah, kajian menunjukkan terdapatnya kaitan antara berdiet semasa tiga bulan pertama kehamilan dengan bayi yang dilahirkan dengan kecacatan tiub neural, tidak kira bagaimana saiz si ibu. Perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri anda dan bayi adalah dengan mengikuti diet yang sihat dan seimbang, dan mengelakkan makanan yang kaya dengan lemak dan gula.
Senaman yang kerap semasa hamil adalah cara yang baik untuk membantu badan anda menghadapi kehamilan dan bersiap sedia untuk kelahiran. Ia merupakan salah satu cara yang paling efektif untuk menurunkan berat badan terutamanya apabila digabungkan dengan diet yang sihat dan boleh mengurangkan risiko melahirkan bayi yang besar.
Tetapi jika anda tidak biasa bersenam sebelum anda hamil, ini bukan masa yang terbaik untuk memulakan satu rejim senaman yang berat. Asalkan anda mendapat kebenaran doktor, anda boleh melakukan senaman ringan dan sederhana. Lakukan aktiviti-aktiviti berimpak rendah seperti berjalan atau berenang. Sesi senaman haruslah pendek dan anda perlu kekalkan hidrasi badan dengan meminum banyak air.
Penting juga bagi anda berbincang dengan doktor tentang faktor risiko individu anda. Adakah anda mempunyai sejarah tekanan darah tinggi atau kencing manis ? Adakah dalam sejarah keluarga anda mempunyai bayi yang besar? Apabila anda tahu faktor-faktor risiko peribadi ini, anda boleh bekerjasama dengan doktor untuk mendapatkan peluang terbaik melahirkan bayi yang sihat.
3 PENYEBAB OBESITI SEMASA HAMIL
- Mengidam -Ramai wanita hamil sering mengatakan diri mengidam itu dan ini. Misalnya makanan seperti buger, piza, ayam goreng (dan semua makanan yang di goreng) dan akan merajuk jika ada pihak menasihatkan supaya berhenti makan makanan yang berkalori tinggi ini.
- Tabiat – Ibu-ibu hamil yang mengamalkan tabiat makan untuk dua orang. Padahal bayi cuma memerlukan 100 kalori/kilogram sehari. Si ibu pula makan 3000-4000 kalori sehari,
- Manis – Ibu-ibu yang sering makan makanan dan minuman manis (ini termasuklah pengaambilan susu untuk wanita hamil yang berlebihan,minuman berkhasiat tetapi berkalori tinggi, susu pekat manis, kuih-muih, kek, roti, bun, gula-gula, aiskrin, coklat dan banyak lagi)
5 MAKANAN YANG BAGUS ELAK OBESITI SEMASA HAMIL
Bagi mengelakkan kenaikan berat badan yang mendadak, anda bolehla mengambil makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah. Elakkan makan makanan berkalori tinggi. Di antara makanan yang berserat tinggi dan berkalori rendah adalah :
- Sayur-sayuran – kecuali kentang dan ubi kerana ia berkarbonat tinggi dan hendaklah dimakan dalam jumlah yang minima
- Buah-buahan – Namun buah-buahan yang manis seperti anggur, durian, rambutan dan lain-lain hendaklah di makan hanya sedikit kerana mengandungi “gula” yang boleh menambahkan berat badan.
- Karbohidrat kompleks – seperti beras perang, bijirin penuh dan roti penuh
- Protein – tanpa lemak seperti ayam yang dibuang kulit dan ikan.
- Air kosong.
TESTIMONIAL AINUL MUSTAFA – TIADA OBESITI SEMASA HAMIL
7 bulan hamil berat naik 1.5kg. Makan macam biasa. malah berpinggan pinggan. Alhamdulillah tiada masalah ketika hamil, berat baby pun naik. Apa rahsianya ?
1. Makan makanan berkhasiat
bila pregnant jangan lupa makan atau cover cover nak makan.ada sesetengah wanita nak diet ketika hamil. Makan ikut masa dan jangan skip.jangan tinggalkan sarapan, makan tengahhari & makan malam.
2. Senaman
pregnant boleh pergi senaman ke? Bukan la pergi gym angkat berat. Macam saya cukup sekadar aktifkan diri buat kerja kerja rumah.basuh bilik air, mop lantai.cuma berhati hati la ye takut terjatuh.
3. Vitamin
makan jangan skip begitu juga makanan tambahan jika perlu. Saya amalkan vitamin sejak awal pregnancy. ini vitamin yang saya ambik. wajib ke ambil semua? Tidak..ikut budget dan keperluan anda.
Obesiti Sangat Berisiko Pada Covid19
“Dr, saya ingin merujuk satu kes covid tahap 2. Kes muda baru berusia 32 tahun, tetapi berat badannya mencecah 100kg dengan ketinggian 160cm , BMI 39”
“Baik, masukkan dia ke was covid segera, kes TIDAK BOLEH berada di rumah untuk pemerhatian Covid Assesment Centre (CAC) kerana sangat berisiko”.
Dalam kajian yang dilakukan kepada 399,000 pesakit covid didapati pesakit yang obese mempunyai 74% risiko untuk dirawat di ICU dan 48% lebih risiko kematian.
Puncanya adalah kerana ada banyak faktor. Pesakit yang mempunyai pengumpulan lemak di perut menyebabkan diagfram dan paru paru terhimpit dan menyukarkan fungsi paru paru.
Sel lemak juga boleh menggangu imuniti tubuh apabila sel lemak masuk ke organ yang penting dalam penghasilan sel darah putih seperti limpa dan tulang sum sum.
Selain itu, sel lemak juga merangsang radang dalam tubuh dan menyebabkan darah lebih pekat dan mudah membeku.
Sekiranya anda mempunyai BMI melebihi 30, sila ambil langkah pencegahan yang lebih kerana anda anda adalah golongan BERISIKO TINGGI jika dijangkiti Covid-19.