ANGGUR

Peluang Untuk Penganggur

P.Ramlee Most Versatile Talent Dalam Ibu Mertuaku

P.Ramlee Most Versatile Talent Dalam Ibu Mertuaku

Pada 14 hingga 19 April 1963, telah diadakan Festival Filem Asia buat kali ke -10 di Tokyo. Buat kali ke empat Tokyo terpilih menjadi tuan rumah untuk mengajurkan sebuah festival filem yang sangat betprestij di peringkat Asia.P.Ramlee Most Versatile Talent

Delegasi dari Malaya – Singapura diwakili oleh P.Ramlee wakil tunggal dari Shaw Brothers manakala Hussain Haniff, Latifah Omar, Roseyatimah, Wahid Satay dan Rahmah Ali mewakili Cathay-Keris. Antara filem Melayu yang bertanding di festival filem itu ialah Ibu Mertua Ku (P.Ramlee), Labu Labi (P.Ramlee), Chuchu Datok Merah (M.Amin), Masok Angin Keluar Asap (Hussain Haniff) dan Bayangan Di Waktu Fajar (Usmar Ismail).

P.Ramlee turut dicalonkan dalam ketegori Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Ibu Mertua Ku tetapi beliau telah tewas di tangan salah seorang pelakon dari Seoul iaitu Kim Seung Ho melalui filem Romance Gray. Sahabat P.Ramlee dari Jepun Toshiro Mifune juga turut dicalonkan tetapi turut sama tewas. P.Ramlee tidak kecewa dengan kekalahannya itu cuma beliau mengatakan jikalau pihak juri dari Indonesia mengundi beliau dengan memberi dua mata sudah cukup untuk membuatkan beliau menang Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik. Akan tetapi filem Ibu Mertua Ku berjaya memenangi anugerah Sinematografi Terbaik (Hitam & Putih) melalui A. Bakar Ali.

Setelah selesai semua penyampaian anugerah tersebut, salah seorang dari juri yang ada telah meneliti filem Ibu Mertua Ku. Beliau merujuk di atas kemenangan filem itu melalui Sinematografi Terbaik (Hitam & Putih). Apabila beliau teliti sedalamnya tentang filem itu, beliau mendapati filem ini sangat berbeza dengan filem-filem lain yang turut menyertai festival pada edisi itu. Mengapa insan yang bernama P.Ramlee ini terlibat hampir keseluruhan proses pembikinan filem ini. Beliau Pengarah, Pelakon, Penggubah Lagu, Penyanyi dan Penulis Lakon Layar untuk filem ini. Perkara tidak pernah berlaku katanya dalam sejarah industri seni di asia malahan di dunia pada ketika itu.

Lantas juri itu tadi telah mengutarakan perkara ini kepada kesemua juri-juri yang lain. Di masa itu juga telah diadakan perbincangan “kilat” sesama juri untuk menentukan apakah pengiktirafan yang patut diberi kepada seorang insan yang bernama P.Ramlee melalui filem Ibu Mertua Ku. Ketika perbincangan itu berlaku juga perselisihan pendapat dalam kalangan juri. Tetapi perkara ini dapat diselesaikan dan menemui titik persamaan. Semua hadirin yang hadir pada ketika itu ternanti nanti apakah yang dibincangkan oleh semua juri pada masa itu.

Akhirnya, 12 juri yang mengadili festival pada edisi kali itu telah sepakat dan sebulat suara memberi anugerah dari Golden Harvest Award : Most Versatile Talent kepada P.Ramlee kerana kemampuan ajaibnya dalam filem Ibu Mertua Ku. Semua para hadirin yang hadir telah memberi “standing ovation” kepada P.Ramlee termasuk bintang filem hindi yang terkemuka pada masa itu Raj Kapoor. Beliau mengatakan “He’s deserve it” (merujuk kepada P.Ramlee) kepada wartawan yang menemubual beliau.

Anugerah ini satu-satunya ada pada P.Ramlee dan tidak pernah lagi dipertandingkan di mana mana anugerah seni dalam dunia selepas P.Ramlee menerimanya dari dulu sehingga sekarang.

BICARA KLASIK : IBU MERTUAKU “KATA-KATA YANG ‘MEMBUNUH’ EGO & JIWA MANUSIA SOMBONG”

Ibu Mertuaku adalah salah satu filem Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang telah meruntun jiwa ramai orang yang telah menontonnya. Filem ini sangat banyak unsur nasihat, sindiran dan kritikan masyarakat yang dipaparkan. Samada tersurat mahupun tersirat disebalik jalan cerita, babak dan dialog yang disampaikan.

Dalam Ibu Mertuaku ini, Brader sangat tertarik dengan babak diperkuburan. Dimana berlakunya dialog antara Kassim Selamat dengan ibu mertuanya Nyonya Mansor.
“Apa ertinya semua ini…???”
“Ampun Kassim! Ampunkan Mak Kassim…!!!”
“Kalau ini bukan kuburnya Sabariah, di mana Sabariah sekarang…???”
“Sabariah ada. Sabariah mak sudah kahwinkan dengan doktor Ismadi.”
“Ismadi…!!?? Sekarang barulah aku tahu segala-galanya. Rupanya kamulah yang mengirim telegram palsu supaya aku boleh bercerai dengan Sabariah, bukankah begitu mak?!”
“Ya Kassim…! Janganlah cakap lagilah nak, mak dah tua, mak salah Kassim. Janganlah cakap lagi nak.”
“KU HAIRAN MAK, MENGAPAKAH KAU DICIPTAKAN ALLAH MENJADI MANUSIA…? KAN LEBIH BAIK KAU MENJADI HAIWAN…?”
“Astaghfirullahalazim Kassim! Anak mak Kassim! Aku dah tua, maafkan aku Kassim, aku salah Kassim! Kassim!

Kata-kata Kassim Selamat ini telah membunuh keegoan Nyonya Mansor yang sombong dan angkuh. Sehingga dia jatuh tergolek ditanah perkuburan sambil menjerit dengan penuh penyesalan. P. Ramlee ingin memberitahu kita, jangan sesekali menzalimi sesama manusia. Kerana perbuatan zalim akan dibalas oleh Tuhan didunia lagi, sebelum di alam akhirat.

Selain itu juga, P. Ramlee juga memberitahu kita, mengenai lidah yang lebih tajam dari mata pedang. Dimana dalam babak ini Kassim tidak mengasari mahupun menyentuh tubuh badan ibu mertuanya yang zalim itu. Dia hanya mengeluarkan kata-kata tajam yang penuh dengan penghukuman. Sehingga telah menghancurkan ego dan jiwa Nyonya Mansor.

Bagi Brader…. Babak ini sangat bermakna dan meninggalkan kesan kepada kita. Ia boleh dijadikan iktibar kepada ramai orang. Jangan sesekali sombong dengan sedikit harta, kekayaan dan pangkat yang dipinjamkan Tuhan. Kerana apa yang kita miliki saat ini, bukanlah milik kita. Kerana setiap apa yang kita ada, akan dipersoalkan satu persatu oleh Tuhan yang memberi pinjam kepada kita.

Filem ibu mertuaku arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan sebuah filem hitam putih yang diterbitkan sekitar tahun 1962. Posting ini , kami dedikasikan khas bagi mengenang jasa Allahyarham sebagai seorang anak seni yang pastinya tiada gantinya.

Filem ini mengisahkan seorang ahli muzik berkahwin dengan anak orang kaya yang kita boleh anggap darjat mejadi pilihan. Perkahwinan itu diputuskan oleh ibu mertuanya selepas tiga hari “sabariah” diberi peluang untuk memilih antara doktor dan ahli muzik. Bagaimana karier sorang ahli muzik dipersoal ketika itu menunjukkan darjat menjadi pilihan Nyonya Mansur. Pasangan pengantin baru ini dihalau keluar dari rumah sehingga si ibu sanggup memutuskan hubungan nya dengan anak sendiri.

Dimana nilai seorang ibu yang sepatutnya ada pada Nyonya Mansur..?? Apakah yang harus Kassim Selamat lakukan untuk meneruskan kehidupan? Sabariah pula… Adakah Sabariah benar-benar redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan untuk beliau..?

Penciptaan watak yang sememangnya memberi impak kepada sesiapa yang menonton filem ini.Dengan lagu ” Jeritan Batinku” dan jangan tinggal daku umpama rencah dan rempah yang sangat sedap dalam sesebuah masakan dan ianya sebati dengan masakan tersebut. Filem sepanjang zaman dan tidak muak untuk kita tonton. P.Ramlee Most Versatile Talent

Leave a Reply

%d bloggers like this: